Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka.
Akibatnya mereka harus hidup...
Qaiser & Dyan mulai berjalan pulang ke aparment setelah waktu akademi mereka mulai tamat. Ketika sedang berjalan, tiba-tiba kelihatan sebuah kereta mulai berhenti di kawasan itu.
Dyan yang melihat kereta itu terus saja menarik Qaiser pergi dari situ. Walaupun begitu, orang yang memandu kereta itu terus saja keluar dari situ & memandang mereka.
"Hai, Dyan kesayangan ayah! Kamu nak pergi mana tu?"tanya Encik Dayle sambil tersenyum.
"Oh, Encik Dayle rupanya,"kata Qaiser yang tiba-tiba saja memberhentikan lariannya sehingga menyebabkan Dyan tersadung.
"Dasar orang tua tu, kenapalah dia boleh datang ke sini pulak?"kata Dyan sambil menepuk-nepuk bajunya yang penuh dengan debu.
"Oh, Dyan! Jom lah balik ke rumah. Ayah rindukan anak kesayangan ayah ni,"kata Encik Dayle dengan penuh dramatik sekali.
"Diam jelah!! Ayah ni tak malu ke buat benda macam tu kat tempat awam?!"marah Dyan sambil menahan malu & mencampakkan begnya ke muka Encik Dayle.
"D..Dyan, k..kau tak sepatutnya buat macam tu pada ayah kau,"kata Qaiser sambil cuba menangkan Dyan.
"Awww, itulah anak ayah. Sama saja macam ibunya. Sebab tulah ayah boleh jatuh cinta pada ibu kamu dulu, Dyan. Jadi jom balik. Bila ada masa lagi, kamu boleh lepak dengan Qaiser,"kata Encik Dayle.
"Takpe, Dyan. Aku takkan apa-apa. Kau balik lah. Tak baik tau lawan cakap ibubapa kita,"kata Qaiser sambil tersenyum.
"Huh, baiklah. Kau pun jalan baik-baik masa balik tu,"kata Dyan lalu terus saja berjalan masuk ke dalam kereta.
Dalam kesempatan yang ada, Dyan terus saja menendang belakang Encik Dayle kerana perangainya yang memang tidak betul bagi seorang lelaki dewasa yang normal.
"Err, baiklah. Selamat jalan,"kata Qaiser sambil melihat kereta yang dinaiki oleh Dyan mulai pergi dari situ.
"Nampaknya, aku patut pergi ke pasar raya dulu,"kata Qaiser yang mulai teringat akan barangan dapur yang hampir habis sejak Azrean & Dyan mulai tidur malah melepak di apartment nya itu.
Selepas membeli barang di pasar raya, Qaiser pun mulai berjalan pulang ke rumahnya sambil membawa beg plastik yang berisi barang-barangnya. Ketika dia sedang berjalan, dia terpandang seorang remaja lelaki berhood sedang duduk di lorong bangunan seorang diri & tiba-tiba saja menghilang daripada pandangannya.
"Erm?? Mungkin hanya imaginasi aku je kot. Lebih baik aku balik & berehat je,"kata Qaiser lalu terus saja berjalan pergi dari situ.
Keesokan paginya...
Qaiser yang sedang menggosok giginya dalam keadaan yang masih mamai tiba-tiba saja dikejutkan dengan panggilan yang datang daripada telefon pintarnya yang hanya terdapat di atas meja yang ada di luar bilik air itu. Dia tanpa melengahkan masa terus saja menjawab panggilan itu.
"Umm, helo, siapa ni?"tanya Qaiser.
"Qaiser!! Cepat datang ke bandar sekarang!! Kita ada masalah yang besar sekarang ni!!! Saya dah hantarkan lokasi kepada kamu!! Jadi datang ke sini cepat!!"kata Prof. Ramura.
"B.. baiklah!! Saya datang ni!!"kata Qaiser lalu terus saja mempersiapkan dirinya.
Di kawasan bandar....
Kelihatan makhluk Creeper yang merupakan makhluk yang ada datang dunia game mulai keluar & mengerumuni kawasan bandar malah mulai menyebabkan huru-hara dikawasan bandar seperti berlakunya letupan.
"Makhluk jenis apa ni?"tanya Dyan.
"Ini bukannya makhluk biasa. Ni Creeper! Makhluk yang boleh meletupkan diri mereka sendiri seperti bom! Tapi, macam mana Creeper yang ada dalam game Minecraft boleh ada kat sini?"kata Radwan yang memang dah terlalu pakar dengan bab game.
"Nampaknya, mereka jauh lebih merbahaya dari apa yang kita fikirkan,"kata Katrina sambil membaca maklumat yang ada di tabletnya.
Pada masa yang sama, mereka terpandang seorang remaja lelaki berhood sedang duduk di atas sebuah bangunan sambil bergoyang kaki tanda senang.
"Siapa kau hah?!"tanya Radwan sambil memandang sang remaja itu.
"Wah, ada para awakend yang lain lah. Ni memang hebat. Apa kata kita main bersama-sama nak?"kata remaja lelaki itu sambil tersenyum sinis.
"Lebih baik kau hentikan semua ni!!"marah Dyan lalu terus saja mengeluarkan bebola api.
"Ala, tak seronok betul lah korang ni. Kalau macam tu. Creeper! Serang musuh kita!"arah remaja lelaki itu.
"Dyan, jangan gunakan kuasa api kau. Keadaan akan bertambah teruk kalau kamu buat macam tu sebab mengikut imbasan saya, badan mereka penuh dengan serbuk letupan,"kata Prof. Ramura.
"Rasakan ni!! Kuasa pembekuan!"kata Radwan lalu terus saja membekukan sebahagian daripada Creeper yang ingin menyerang mereka.
Walaupun begitu, masih terlalu banyak Creeper yang ada sehingga menyebabkan mereka susah untuk melawan mereka apatahlagi sebaik saja mereka mengetahui betapa bahayanya makhluk itu.
Tiba-tiba, salah satu daripada Creeper yang dekat dengan mereka mulai berubah menjadi merah & menunjukkan tanda-tanda ingin meletup. Mereka semua terus saja berlari daripada terkena letupan itu. Walaupun begitu, Creeper yang lainnya turut juga mulai melakukan hal yang sama.
"Habislah!"jerit Yamiko.
Boom!! Telah berlaku sebuah letupan yang kuat di situ. Walaupun begitu, Prof. Ramura sempat menyelamatkan mereka semua daripada letupan itu.
"Nyaris-nyaris je tadi. Katrina, ada apa-apa maklumat tentang musuh kita ni?"tanya Prof. Ramura.
"Mengikut maklumat yang saya ada, musuh kita ni adalah seorang awakend yang seringkali membuat masalah seperti kerosakan tetapi sama sekali tidak dikenali identitinya,"kata Katrina.
"Nampaknya, mungkin dia yang menjadi punca banyak berlaku kerosakan & kemusnahan di sekitar bandar sebelum ni. Mungkin disebabkan dia selalu saja gagal ditangkap mungkin menjadi punca identitinya tidak dapat dikenalpasti,"kata Prof. Ramura.
Tiba-tiba, remaja lelaki itu terus saja ditolak oleh seseorang ketika dia masih lagi berada di atas bumbung bangunan itu. Mereka semua hanya terkaku malah terkejut sebaik saja melihat hal itu terjadi & pada masa itu juga, kesemua Creeper mulai berhenti bergerak.
"Apa dah jadi kat atas sana tu?"tanya Dyan sebaik saja melihat hal itu.
Di atas bumbung bangunan....
"Adui, s..siapa pulak kau ni?!"marah remaja lelaki itu & kini sudah terbaring di atas bumbung bangunan itu.
"Eh?! Kau rupanya, Faizal?!"jerit Qaiser sebaik saja memandang wajah sang remaja lelaki itu.
"Q.. Qaiser?! Apa kau buat kat sini?!"jerit sang remaja lelaki yang bernama Faizal itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ehhh?!! Kau kenal budak tu, Qaiser?!!!"jerit mereka semua serentak sebaik saja mendengar perbualan mereka.