Awakend adalah manusia yang dilahirkan atau mewarisi beberapa kelebihan atau kuasa yang sangat luar biasa sejak dari lahir atau pewarisan keluarga. Tak semua awakend dilahirkan memiliki kuasa daripada keluarga mereka.
Akibatnya mereka harus hidup...
Kelihatan sebuah tingkap dari bahagian atas bangunan mulai dibuka oleh seseorang & tali mulai diturunkan oleh orang itu agar dapat digunakan olehnya untuk masuk ke dalam ruangan itu.
Sebaik saja memastikan ikatan tali sudah kuat & kemas, orang itu terus saja mulai turun lalu masuk ke dalam ruangan yang kelihatan gelap itu.
"Aku dah masuk ke dalam sekarang, over,"kata Faizal yang mulai menghidupkan lampu.
"Baiklah, sekarang periksa keadaan didalam sana untuk pastikan yang kawasan tu tiada ancaman, over,"kata Qaiser yang berhubung dengan Faizal menggunakan alat telekomunikasi yang dipakai pada telinga mereka.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Baiklah, aku akan pergi dengan berhati-hati, over,"kata Faizal lalu terus saja menggunakan kuasanya untuk mencipta sepucuk pistol & hanya mengigit lampu suluh yang dibawa olehnya menggunakan mulutnya untuk melihat keadaan disekeliling kawasan itu sebelum turun ke bawah.
Faizal terus saja turun ke bawah & mulai melepaskan talinya sebaik saja mendapati keadaan di situ selamat. Dia dengan berhati-hatinya terus saja berjalan pergi ke arah yang lain untuk memeriksa keadaan.
Sementara itu, di bahagian atas bumbung bangunan itu...
Kelihatan Katrina sedang memeriksa CCTV yang ada di dalam bangunan itu sebaik saja dia berjaya menggodam sistem komputer bangunan itu melalui laptopnya.
"Kau pasti ke yang budak penyangak tu boleh selesaikan misi ni?"tanya Radwan.
"Aku pasti dia boleh sebab dia ada banyak kelebihan,"kata Qaiser sambil memerhatikan skrin laptop Katrina.
Di dalam sebuah ruangan....
Faizal terus saja memberhentikan langkahnya sebaik saja terpandang pintu yang dikunci oleh sistem komputer. Dia hanya tersenyum sinis lalu terus saja menggunakan kuasanya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Heh, mereka fikir yang pintu macam ni akan halang aku ya? Kita lihatlah nanti,"kata Faizal lalu terus saja menggunakan kuasanya untuk memuncul beberapa buah hologram yang tertulis maklumat tentang sistem komputer bangunan itu.