🍀16:Makcik Angkat Qaiser

1K 87 5
                                    

Di sebuah tempat...

Kelihatan beberapa orang sedang berada di situ & membincangkan sebuah hal. Mereka hanya saling membincangkan sebuah penemuan yang baru mereka temui buat pertama kalinya nya.

"Jadi, pihak kau temui budak yang memiliki kuasa awakend jenis peniruan ya. Menarik sekali. Aku pasti ini akan menjadi sesuatu yang sangat menarik untuk dikaji,"kata salah seorang dari mereka sambil memandang Pengetua Nazli.

"Ya, penemuan kami pada mulanya agak mengejutkan tapi saya datang ke sini bukan untuk bagitau perkara ni saja tapi untuk meminta sebuah perlindungan khas buat budak tu. Dia tinggal bersendirian tanpa pengawasan sesiapa. Dia mungkin akan menjadi sasaran penjahat dengan sangat mudah sekiranya perkara ini tidak dirahsiakan,"kata Pengetua Nazli.

"Baiklah, kalau itu yang kau cakap, aku akan sediakan apa yang kau minta. Tapi sebelum tu, apa nama budak tu?"tanya ketua mereka.

"Nama dia adalah Syed Qaiser,"kata Pengetua Nazli.

"Baiklah, buat sementara ni, aku nak perhatikan setiap pencapaian yang dia miliki dalam akademi. Sekiranya ia memuaskan hati aku, aku akan buat apa yang patut,"kata sang ketua itu.

"Baiklah, tolong segera melaksanakan perkara itu. Saya mohon demi kebaikan semua orang,"kata Pengetua Nazli.

Di apartment Qaiser...

Qaiser terus saja terbangun dari tidurnya sebaik saja terdengar bunyi jam loceng nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qaiser terus saja terbangun dari tidurnya sebaik saja terdengar bunyi jam loceng nya. Walaupun begitu, dia masih merasai suasana di situ masih gelap & dia mulai sedar yang rupanya Mike sedang tidur di atas mukanya.

"Mike rupanya. Ingatkan apalah tadi,"kata Qaiser sebaik saja menyedari hal itu.

Dia terus saja mengangkat kucingnya itu dari tidur di atas mukanya & meletakkan Mike ke bawah. Dia mulai bangun lalu mengemas katilnya & memulai rutinnya seperti kebiasaan. Dia terus mencapai tuala untuk pergi mandi sambil diikuti oleh sang kucingnya, Mike.

"Mike, aku nak pergi mandi ni. Pergi duduk kat ruang tamu,"arah Qaiser.

Mike terus saja pergi ke ruang tamu & hanya duduk di atas sofa sambil menanti tuannya itu.

Setelah beberapa minit...

Qaiser mulai berjalan menuju ke dapur & terus saja mengisi bekas makanan kucingnya. Mike yang terbau akan bau makanannya itu terus saja meluru ke arah Qaiser & mulai memakan makanan-makanan miliknya..

Qaiser hanya tersenyum melihat Mike & terus saja pergi ke ke dapur untuk mulai memasak sarapan paginya. Setelah selesai, dia terus saja memakan sarapan miliknya.

"Apa patut aku buat hari ni ya?"tanya Qaiser pada dirinya sendiri.

Setelah itu, dia terus saja mulai mengemas kawasan di tempat tinggalnya sehingga bersih berkilat & duduk di atas sofa. Pada masa yang sama, dia terpandang jam yang sudah menunjukkan pukul 2 petang.

Kisah Seorang Hero Yang PendiamWhere stories live. Discover now