ARES#6

43 8 1
                                    

"Sofiy Awliya!!!"

Sakit anak tekak Danial menjerit nama Sofiy, sehinggakan suaranya hampir sahaja hilang. Mana tuan badan bernama Sofiy ni?

Bagasi yang penuh dengan segala keperluannya dibawa turun sambil itu mata melilau mencari perempuan dengan ketinggian 161cm.

'Kalau dah pendek, berlari dekat rumah aku pun dah aku cop macam anak panda.'

Dicopnya Sofiy seperti anak panda pula! Bagi anda 161cm tinggi ke pendek? Cer komen.

Bunyi sliding door kuat kedengaran di telinga Danial. Nampaknya, Sofiy tercungap-cungap dan cuba untuk mengambil nafas dengan betul. Sepertinya Sofiy baru lepas keluar.

Keningnya dengan auto naik dan mendekati Sofiy manakala bagasi tadi dicampak ke atas lantai. Tak perlu risau rosak atau tidak, beg mahal kot tu!

"Sofiy Awliya, where did you go just now?! I've warned you to not touch anything either inside or outside my house!! Give me an explanation Sofiy!!"

Gayanya Danial marah sudah dengan Sofiy, selalunya ramai yang akan takut bila sahaja Danial Lee Dae Won ini marah. Tapi Sofiy pula buat sesuatu di luar dugaan Danial sendiri.

Dia berjalan menjauhi Danial dan menuju ke dapur.

"Sofiy, aku cakap dengan kau ni!!"

" Sabarlah Encik! Bagi chance sikit saya minum air 3 teguk dululah. Penat ni."

Tangannya mencapai gelas yang berada di kabinet atas dapur dan tanpa rasa bersalah dia membuka peti sejuk mencari minuman.

" Encik, air aloe vera ni belum buka lagi. Saya buka ye."

"Eh janga-"

Memang dah tak sempat Danial. Seperti penyedut habuk Sofiy minum air aloe vera yang dibeli oleh Danial di Korea Mart.

Dia bukan nak larang apa-apa, tapi ada lagi satu air aloe vera yang belum habis dalam peti sejuk dia tu. Jadi, kalau Sofiy buka yang baru ibarat macam membazir tahu, membazir!

Nak atau tidak dia pun ikut sekali mengambil gelas dan menghulurkan gelasnya pada Sofiy. Sofiy pandang gelas, dan Danial pandang Sofiy. Ecewah!

"Nak apa ni?"

Bebalnya kau ini Sofiy oi!

"Tuangkan lah aku air. Aku pun haus juga."

Mulut Sofiy membulat kerana baru dia faham keinginan Danial. Tanpa lengahkan masa, dia menuangkan air aloe vera itu pada gelas Danial.

Kemarahan Danial tadi beransur pergi lepas meneguk air aloe vera tersebut. Nak marah lama-lama pun tidak boleh. Kejap lagi menangis budak sebelahnya nanti. Tak pasal-pasal jiran sebelah ingat dia dera wanita ini pula.

"Beg Encik tu kenapa dekat situ? Encik ada nak pergi mana-mana ke?"

Mata Danial menjeling ke arah Sofiy yang sedang khusyuk memerhatikan begnya. Mungkin Sofiy sekarang ini rasa simpati akan riwayat hidup beg tersebut yang akan bertemu ke tempat pembuangan sampah tidak lama lagi?

"Kau rasa?"

Sofiy mengalihkan pandangannya kepada Danial yang berada di sebelah yang masih lagi memandang Sofiy. Bibirnya yang hanya memakai Vaseline dibuat main oleh jarinya. Tabiat Sofiy kalau sedang berfikir.

"Nak kata Encik lari rumah, ini rumah Encik. Besar pula itu. Kalau bandingkan dengan gaji saya setahun pun kalah."

Jawapan Sofiy membuatkan Danial mengangguk tanda setuju. Ada betulnya juga walaupun tekaannya salah.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now