ARES#13

41 7 0
                                    

Muram sahaja muka Sofiy walaupun cerita lawak yang ditayangkan pada laptop milik Sofiy, masih tidak mampu mengurangkan kesedihan dia. Seminggu sudah berlalu, dan dalam waktu itu jugalah Mia sudah pergi meninggalkan Sofiy serta dunia ini. Cawan yang berisi air chocolate yang daripada panas bertukar menjadi sejuk.

Arwah Mia pesan agar Sofiy makan, namun Sofiy makan tetapi tidak banyak. Hanya sekadar alaskan perut dia sahaja dan bukannya untuk kenyang sehinggakan berat Sofiy turun sedikit. Sudahlah dia kurus, makin kurus lah jawabnya.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menyedarkan Sofiy dan cepat-cepat dia dia minum air chocolate yang sudah sejuk itu. Muka Sofiy bertukar cemberut kerana rasa chocolate itu sendiri bukan macam selalu dia minum.

"Sofiy, Tuan Pengarah panggil kau suruh jumpa dia."

Matanya melihat pintu biliknya dan ternyata Kak Dona.

"Oh yeke. Kejap lagi Sofiy pergi." jawab Sofiy.

Sebelum Kak Dona menutup kembali pintu sempat lagi dia memberitahu Sofiy sesuatu.

"Sofiy, maafkan akak tau. Hehehe."

Terus dia tutup pintu. Pelik sungguh Kak Dona ini sampai buatkan Sofiy blur seketika. Kenapa Kak Dona tiba-tiba minta maaf dengannya? Dia ada buat silap ke? Setahu Sofiy selama beberapa minggu ini tiada pun salah yang Kak Dona buat. Kecuali dia yang selalu cari masalah dengan Kak Dona.

Apapun Sofiy biarkan sahaja, dicapai kot putihnya untuk dia pakai sebelum jalan menuju ke bilik Tuan Pengarah. Gementar Sofiy masa nak pergi. Sudah macam budak-budak SPM berjalan nak masuk dewan peperiksaan. Ha gitulah gementarnya.

Setibanya dia di hadapan pintu, diketuk pintu itu sebanyak 5 kali. Kenapa bukan 3? Atau 2 atau lain-lain? Tuan Pengarah ini agak sensitif juga dengan nombor. Pernah hari itu Kak Zety cerita yang dia kena tengking dengan Tuan Pengarah 1 jam gara-gara ketuk pintu bilik dia 4 kali. Sofiy yang dengar terus takut-takut.

"Come in!"

Tegasnya suara dia. Kalau tidak tegas nanti senang-senang orang nak sabotaj dia kau tahu idok?

Dengar sahaja pelawaan Tuan Pengarah yang tegas itu, Sofiy membuka pintu perlahan-lahan dan kembali menutup juga dengan perlahan. Dia jalan juga berhati-hati agar bunyi tapak kasutnya tidak kedengaran. Macam filem 'A Quiet Place ' pun ada juga sekarang.

Melilau mata Tuan Pengarah itu melihat Sofiy dari atas, bawah, kiri dan kanan. Tangannya menyuruh agar Sofiy duduk di sofa yang memang tersedia untuk tetamu duduk. Bukannya sebagai hiasan purba atau apa. Mod robot Sofiy pun apa lagi, hiduplah. Tuan Pengarah kata ini dia ikut, suruh ini juga dia ikut.

Bila dia sudah duduk, kertas putih diletakkan di atas meja betul-betul berhadapan dengan Sofiy.

"Isi borang itu."

Tiada angin tiada ribut dan tiada khabar berita pun, disuruhnya Sofiy untuk isi borang itu. Pen yang tersedia di sebelah digunakan oleh Sofiy untuk mengisi maklumat pada borang itu. Ternyata borang itu adalah borang untuk Sofiy mengikuti program sukarela di Langkawi. Namun dia di sana bukan sebagai sukarela sahaja, lebih tepat lagi sebagai team medic!

"Kenapa saya Tuan?" soal Sofiy yang masih bingung.

"Aik, Addiena kata kamu memang suka program sukarela begini. Jadi saya pun ikut cadangan dia untuk pilih kamu bagi program kali ini." balasnya.

Muka Sofiy nampak tenang, tapi di hati hanya dia dan Tuhan sahajalah tahu yang betapa dia geram dan rasa nak cekik sahaja leher Addiena atau nama glamournya , Kak Dona! Kenapalah mulut Kak Dona ini tiada insurans langsung.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now