ARES#22

33 2 0
                                    

"Bilik Dee sebelah bilik Sofiy. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh tanya Sofiy atau ayah Sofiy sahaja tau. Lagi satu Sofiy nak pesan, kalau jumpa Piah dan Mama, harap Dee boleh tahan dengan mulut mereka."

Pesan awal-awal daripada Sofiy kepada Dee yang akan tinggal di rumah ayahnya buat sementara waktu. Ini semua bukan kehendak dia tetapi Danial terus memaksanya untuk membenarkan Dee untuk tinggal sekali dengannya.

Alasannya takut nanti jiran berkata-kata mengenai dirinya dan Dee yang selalu berdua-duaan di dalam rumah agam milik Danial. Dengar sahaja penjelasan Danial semalam, ada perasaan kecewa di situ. Sebab Danial tidak jujur. Semua cerita yang dia pernah kongsikan kepada Sofiy mengenai wanita yang sudah merebut hati Danial hilang, gara-gara Dee!

"Jangan risau kak, kalau Dee dengar sahaja suara mereka berdua, Dee terus healing dekat luar. Lagipun, Dae Won bagi Dee ini."

Sengaja Dee tayang kunci kereta yang diberikan oleh Danial sebagai kemudahannya di Malaysia. Sifat ingin tahu Sofiy membuak-buak kerana, dia nak tahu juga, kenapa Danial sanggup melayan wanita ini? Apa yang istimewa sangat ada pada diri Dee?

"Bagus lah, tetapi kenapa panggil Sofiy dengan gelaran 'Kak' atau 'Kakak'?"

Dia perasan sejak pertama kali dia berjumpa dengan Dee, panggil hormat itu selalu dia sebutkan bila bersama dengan Sofiy.

"Memang lah Kak Sofiy, Dee baru 23 tahun. Masih muda lagi, belum lagi jadi anak dara tua. Lain lah macam Kak Sofiy, tahun hadapan nak masuk 26 tahun. Orang kata, had umur anak dara ini sehingga 25 tahun sahaja. Lebih daripada itu masuk dalam golongan anak dara tua."

Panas telinga Sofiy dengar penjelasan daripada Dee. Rasa menyesal pula tanya soalan tadi. Kalau tahu soalan dia ini boleh buatkan dia panas hati, memang dia tidak akan tanya dekat Dee.

Akan tetapi, dari cara Dee jawab dan sifat dia lebih kurang sama macam Danial. Suka memerli dan penuh dengan fakta dan auto yang Sofiy sendiri tidak tahu betul atau tidak.

"Amboi, kamu itu Dee. Lagi 2 tahun jadi juga anak dara tua, jangan memandai nak cakap orang sahaja. Calon sudah ada depan mata, bukan macam Sofiy ini."

Sayu kedengaran di bahagian akhir ayat Sofiy.

"Akak bawa bertenang. Dee tahu akak sudah seperti periuk nasi, panas dan hangat. Dee ini kan akak, sudah buat perancangan. Tahun depan Dee nak cari calon, dan tahun lagi satu baru Dee nak kahwin. Lagipula, calon suami Dee kalau boleh tidak mahu lah macam Dae Won."

"Kejap! Apa yang Dee maksudkan ini?"

Selama 2 hari ini dia sangkakan yang Dee adalah pemilik hati baru baru Danial, namun bila Dee cakap yang dia tidak mahu lelaki macam Dae Won, lagilah buatkan Sofiy tertanya-tanya.

Jadi, siapa Dee yang berada dengannya sekarang ini? Hantu kah?

"Akak tidak faham yang mana satu? Pasal anak dara tua? Ke pasal kahwin? Atau ada apa-apa yang Dee terlepas cakap tadi?"

"Bahagian yang kamu tidak mahu lelaki persis Encik Danial, dan lagi satu, macam mana kamu tahu umur Sofiy 25 tahun?"

Terang sahaja Sofiy, Dee angguk tanda faham manakala ibu jari dan jari telunjuk dia bawa main pada kedua belah pipinya sambil menutup mata. Beberapa saat kemudian, dia membuka mata tepat menadang ke arah Sofiy.

"Dae Won tidak cerita ke dekat akak, yang Dee ini adik dia? Pelik kenapa abang Dae Won berahsia dengan akak? Atau sebenarnya...akak? Kenapa akak diam?"

Membatu Sofiy sekarang. Sahutan daripada Dee dia tidak balas kerana dia perlu proses semula kebenaran yang baru dia dengar daripada mulut Dee.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now