ARES#2

70 9 0
                                    

Malam di Korea memang sejuk babe! Lagi-lagi bila kau datang time musim sejuk kat negara orang ni.Perghhhh!!!! Daripada satu helai selimut, berlapis-lapis jadinya sampai dah boleh disamakan dengan jenazah gitu!

Jadi,kepada sesiapa yang nak datang sangat ke Korea ni waktu musim sejuk,pastikan anda bawalah selimut tu banyak-banyak. Tak kira lah satu bagasi tu penuh ngan selimut korang, asalkan kau orang semua tak mati kesejukan.

Sofiy pula berguling-guling di katil double decker di dalam tempat penginapannya. Sudahlah katilnya di atas.Tak pasal-pasal jatuh kejap lagi. Dah pukul dua pagi dan dia masih tidak boleh lelapkan mata. Telefon pintar yang terlebih pintar di sebelahnya dilihat dan terdapat khabar atau berita yang keluar.

Dia berminat dengan berita tersebut dan dicapainya cermin mata yang seakan sama dengan filem Harry Potter. Wingardium Leviosa!

'Once again, Lee Dae Won won the 57th Taekwondo tournament'

"Lahhh,pasal mamat Korea depan tandas tadi itu ke?"

Keluh Sofiy dan menutup kembali telefon pintar yang terlebih pintar. Melihat aksi Dae Won tadi, memang dia sangat hebat dan jaguh dalam sukan kebanggaannya. Sememangnya patut gelaran juara dunia dirangkul olehnya.

Teringat pula tadi Kak Dona hampir hilang suara disebabkan mamat tandas tu. Sampai nak cakap pun, sudah seperti orang gagap. Haih Kak Dona muka macam donut.

Brrrr....

Cakap pasal donut, tetiba sahaja perut Sofiy berbunyi dengan seirama. Heh kau ni author! Melebih pula ye! Picit kang jerawat tu biar sampai bernanah!

Dengan automatik, Sofiy bangkit daripada katil dan ingin mengejut Kak Zety yang berada di bawahnya. Air liur pun terhasil dekat bantal yang sudah pun tersedia di sini. Nampak gayanya, pekerja sini terpaksalah simbah Downy banyak-banyak. Air liur Kak Zety tu boleh kalah telur busuk!

"Alah, Kak Zety tidur pula. Kak Dona ada dekat bilik sebelah. Malas pula nak ketuk pintu bilik orang malam-malam. Diingatnya minta sedekah nanti. "

Ngomel Sofiy dengan suaranya yang comel dan halus. Perutnya yang asyik berbunyi sahaja membuatnya untuk keluar mencari makan. Lagipun, kedai 7Eleven dekat sangat dari sini. Bolehlah isi perutnya yang manja sangat nak makan.

Hoodie berwarna kuning disarungkan terus ke badan. Kepala hoodie tersebut menjadi sebahagian daripada cara untuk Sofiy menyembunyikan auratnya. Dengan menyimpulkan dan mengikat tali hoodie tersebut, kini dia siap sedia untuk keluar.

Sejuk tu belakang kira. Lagipun dia pergi sekejap sahaja. Bukan lama. Kaca mata yang dari tadi dia pakai masih elok terletak di situ. Wallet dan telefonnya yang sangat pintar itu dibawa sebelum keluar daripada bilik.

'Sabar ye perut. Kejap lagi saya tunaikan permintaan awak. '

Sofiy akhirnya berjalan sambil melompat-lompat menuju ke 7Eleven.

💐💐💐💐💐

"Thank you and please come again. "

Bicara pekerja sambilan itu kepada Sofiy yang baru selesai membeli makanan. Tak ada lah banyak sangat dia beli, dalam lebih kurang dua plastik beg besar camtu.

Tangannya dimasukkan di dalam salah satu plastik dan mencapai 'Banana Milk' yang dibelinya tadi. Susu ni memang sedap, and I recommend you guys to try it!

Selepas dibuka, sambil dia berjalan, sambil itu dia minum susu pisang itu dengan rasa gembira. Kemudian, semasa Sofiy berjalan, matanya statik di bangku yang agak berdekatan dengan kawan penginapannya.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now