"Danbi-ah, do you miss your eomma?"
Haiwan peliharaan Danial yang bernama Danbi itu, menggeselkan badannya pada Sofiy sebelum dia baring manja di atas peha Sofiy. Geram sungguh bulu lembut Danbi sampai digonyol-gonyol bulu Danbi ini pada muka Sofiy.
Wangi!
Mesti penjaga Danbi ini mandikan sehari 5 kali. Bau lavender pun ada dekat Danbi ini. Kalau dia dulu 2 kali sahaja kasi mandi ini Danbi. Asalkan dia tidak busuk sudahlah kan? Iyelah, Danbi ini mana suka mandi. Asyik mengelat je atau pun kadang-kadang dia hampir gigit tangan Sofiy yang putih melepak ini
"Janganlah gomol Danbi, kesian dia."ujar Danial yang sedang khusyuk memandu di sebelah.
Nampak segak sangat Danial sekarang ini dengan memakai kaca mata hitam beserta jaket kulit hitam yang tersedia di keretanya. Terkejut juga Sofiy tadi bila berjumpa Danial. Ingat tidak gabra ke gadis yang akan memasuki umur 26 tahun pada tahun depan.
Ingatkan tadi Danial suruh ikut dia adalah nak suruh si Sofiy ini buat kerja, ternyata sampai sahaja di kereta Danial, Danbi yang dibiarkan di dalam kereta itu teruja melihat Sofiy yang berada di luar. Habis cermin kereta penuh dengan kesan calar tapi tidak apalah. Danial pun sudah anggap Danbi ini seperti anak sendiri.
Awww~~~
"Encik, kita nak pergi mana? Tak apa ke kalau tinggalkan tapak program sukarela? Risau nanti mereka cari kita berdua lah Encik."
Terpampang jelas riak risau pada wajah Sofiy. Danbi yang seperti ada telepati dengan Sofiy, cuba untuk mengurangkan rasa risau Sofiy dengan menunjukkan mengeluarkan lidahnya yang comel. Lucu sekali haiwan ini! Hilang terus risau Sofiy.
" Don't worry Sofiy, aku dah bagitahu pengurus program tentang kita berdua. Jangan risau ."
Balas Danial terhadap soalan Sofiy. Walaupun jawapan Danial melegakan hati Sofiy, dia masih risau kalau pihak atasan di tempat dia bekerja tahu pasal ini. Silap hari bulan dia kena pecat pula nanti.
Bukan apa, nanti bising pula mama dekat dia nanti. Sudahlah mama dan Piah tidak bekerja, dua-dua ekor itu hanya berharap pada Sofiy serta Encik Nadzir. Ada lagi, Puan Supiah ini sudahlah suka mengumpul barang kemas namun bukannya dia beli guna duit dia, duit Encik Nadzir juga dia pakai.
Kesian juga Sofiy dengan ayahnya, asyik kena rompak sahaja duit dia dengan mereka berdua.
"Tapi Encik, saya.."
"Sofiy, ikut aku dan jangan banyak bunyi. Aku dah atur semuanya. Jangan risau kalau kau kena buang kerja sebab aku sudah bagitahu pihak atasan tempat kau kerja yang mulai sekarang kau hak milik aku." Terang lagi Danial.
"Eh Encik, memandai sahaja nak kata anak dara dekat sebelah Encik ini milik Encik seorang. Sejak bila saya kahwin dengan Encik pun tidak tahulah. Kalau nak sangat, masuk lah minang saya." Cakap Sofiy tanpa berfikir.
"Masuk minang kau? Boleh ke? Masalahnya kau bukan taste aku."
Pap!!
Kena setepek Sofiy dengan Danial. Dia yang masih muda dan digilai ramai lelaki di hospital ini bukan citarasa Danial??
" Kalau Encik tak mahu tidak apa, lagi banyak lelaki di luar sana nak dengan saya lah Encik. Saya petik jari je, banyak yang datang lah!"
Riak lagi Sofiy dengan mengangkat keningnya yang cantik itu. Danial yang dengar terlepas sudah ketawanya. Pelik Sofiy tengok, Danial ini ketawa sebab apa? Dia ada buat lawak ke tadi? Ke lepas balik dari negara kelahirannya terus mereng otak dia.
"Ramai ke nak dengan kau, masak reti ke tak tu? "
Perkataan 'masak' itu membuat Sofiy terdiam. Tak boleh dinafikan lagi yang dia memang tidak jaguh masak. Selama ini Encik Nadzir yang masak untuk anak perempuan kesayangannya ini. Memang lelaki nak cari perempuan yang pandai masak sahaja ke?
YOU ARE READING
ARES : Her Tyrant Hero
Romance•S E C O N D• [ONGOING] Dia hero aku, dan hanya aku 'Awliya' untuknya ••••• ' Mamat Tandas ' Gelaran yang diberikan oleh Sofiy sendiri terhadap lelaki yang tidak lepas laku mengacau dia! Malang, memang malang! Siapa Sofiy Awliya ? Wanita yang ma...