Mata Sofiy tercari-cari kasut yang dia pakai tadi di ruangan tempat letak kasut. Kalau diingatkan balik sebelum dia masuk ke dalam surau, dia letak kasutmya elok di atas rak kasut yang telah disediakan oleh pihak tertentu. Tetapi selepas sahaja dia selesai menjalankan amanahnya, kasutnya pula hilang tanpa dikesan.
Tidak mungkin ada binatang yang bijak mencuri kasut dia. Kalau hilang pun selalunya selipar atau hilang sebelah sahaja. Ini sampai dua-dua hilang, pergi ke mana pula? Lihat pada jam tangannya jelas dia ambil masa yang agak lama. Maklumlah wanita, selain betulkan tudung supaya elok terletak di atas kepala, muka pun kena elok juga.
Riak wajah Sofiy jelas kelihatan bimbang dan gelisah pada masa yang sama. Kalau dia tahu begini akan terjadi pada dirinya, memang awal-awal lagi dia keluar daripada surau agar kasutnya terjamin tidak hilang daripada radar. Dengan berkaki ayam dia jalan mengjengkek ke kiri dan ke kanan. Tetapi hasilnya hampa, dia langsung tidak menjumpai kasutnya.
"Mana kasut aku ini? Itulah engkau Sofiy, masa tengok cerita 'Upin Ipin', bila kasut mereka kena curi dengan Rambo kau gelak mengekek sampai orang tidak boleh bezakan kau dengan orang gila. Sekarang rasakan, kau sendiri alami benda yang sama."
Bebel Sofiy terhadap dirinya sendiri. Patut orang cakap, kalau mana-mana manusia ditimpa musibah jangan galak sangat gembira atau ketawa tidak ingat dunia, nanti terjadi dekat diri kita pula. Jadi, hari ini Sofiy belajar satu benda lagi.
Jangan sesekali gembira akan kesedihan orang lain kerana diri kita sendiri tidak tahu bila akan tiba. Mungkin boleh jadi pada masa itu juga, atau pada esok hari, atau sebelum ajal tiba.
Saat Sofiy berada di dunia dia sendiri, bahunya dicuit oleh seseorang dan itu mengganggu konsentrasi Sofiy dalam mencari kasutnya. Kepalanya dialihkan ke belakang dan Dalat dia lihat wajah seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an sambil mengendong anaknya yang Sofiy anggarkan dalam umur 5 tahun. Tetapi itu bukanlah apa yang Sofiy fokuskan sekarang. Dia lebih tertumpu pada kasut yang berada di tangan budak itu.
"Kasut saya!"
Budak lelaki itu minta ibunya untuk turunkan dia dan seterusnya melangkah ke arah Sofiy. Kemudian, kasut tadi diletakkan di atas lantai untuk memudahkan Sofiy memakainya semula. Budak lelaki tadi berlari-lari ke arah ibunya serta sorokkan dirinya di belakang tubuh badan ibunya. Mungkin dia takut Sofiy akan marah kepadanya.
Apabila Sofiy siap memakai kasut dia kembali memandang ke arah budak lelaki tadi. Langkah diatur kepadanya dan bila sudah berada dekat dengannya, Sofiy mengusap-usap rambut budak tersebut dan tidak lupa juga senyuman yang terukir pada bibirnya saat ini.
"Terima kasih adik sebab tolong akak."
Sangkaannya tadi mungkin Sofiy akan memarahinya namun sebaliknya, Sofiy tidak sampai hati dengan budak. Lagi-lagi budak yang comel seperti di hadapannya. Tangan Sofiy sibuk selongkar isi di dalam beg tangannya. Gula-gula berperisa strawberi yang dia bawa sebagai persediaan dia ambil dan berikan satu kepada budak lelaki itu.
"Ini upah untuk awak. Ambil lah."
Teragak-agak dia mahu ambil, mata pula dia mencari mata ibunya untuk meminta izin dahulu.
"Ambil lah Wan, orang beri kita patut terima."
Lampu hijau sudah diberikan oleh ibunya dan tangan si kecil ini laju mengambil gula-gula di tangan Sofiy yang dibiarkan tadi. Sebelum Sofiy pergi, dia sempat melambai tangan ke arah ibu dan anak tadi. Rasa seronok pula dia lihat keserasian antara mereka berdua. Kalau ibunya masih hidup, mungkin kasih sayang ini pun dia dapat rasai.
Buat masa sekarang dia harus ikhlaskan pemergian ibunya kerana itu kata-kata yang sering diucapkan oleh Encik Nadzir kepadanya.
Sedang dia jalan kembali ke kereta Danial, Sofiy terlihat lelaki itu sedang berdiri di luar keretanya sendiri dengan menantikan kehadiran seseorang. Yakin Sofiy, pasti dia tunggu adiknya Dee. Siapa dia kepada Danial ? Hubungan pula tidak lebih daripada majikan.
YOU ARE READING
ARES : Her Tyrant Hero
Romance•S E C O N D• [ONGOING] Dia hero aku, dan hanya aku 'Awliya' untuknya ••••• ' Mamat Tandas ' Gelaran yang diberikan oleh Sofiy sendiri terhadap lelaki yang tidak lepas laku mengacau dia! Malang, memang malang! Siapa Sofiy Awliya ? Wanita yang ma...