ARES#16

35 2 1
                                    

"Manusia dekat bumi ni sampai berbilion. Benar dan tidak dapat disangkalkan lagi. Tapi masalahnya sekarang, kenapa dari bilion itu saya kena hadap dengan Encik ini!!" tengking Sofiy dengan orang sebelah yang duduk tidak jauh dengannya. Siapa lagi kalau bukan Danial.

"Habis itu kau nak hadap siapa pula. Kau ingat sikit , sekarang ini aku boss dan kau kuli aku. Jadi kuli mesti kena ikut cakap boss! Kalau aku suruh pergi buru beruang, kau pergi buru beruang. Kalau aku suruh kau tangkap ikan keli dekat Perlis, kau kena tangkap juga."

"Kalau Encik suruh saya buka baju, saya kena buka baju juga lah."

Terbeliak biji mata Danial dan makanan yang dia makan hampir sahaja dia muntahkan semula. Ada otak ke tidak Sofiy ini sekarang? Tiba-tiba sahaja banyangan Sofiy sedang buka baju di hadapannya muncul di minda Danial tetapi dia cepat istighfar.

'Ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini. Bukan sengaja nak terbayang , tapi memang dah terbayang.'

Terbatuk-batuk Danial sekarang dan membuatkan Sofiy menjauhi dirinya. Risau nanti dia pula kena penyakit nanti. Sudahlah dia doktor, mana boleh kerap kena penyakit. Macam mana nak rawat pesakit kalau diri sendiri pun tidak reti nak jaga.

"Ehem! Sudah, kau jangan nak merungut. Aku suruh kau teman aku makan masakan nenek aku. Banyak pula dia bungkus untuk aku pula ini."

Benar apa dikatakan oleh Danial sendiri. Malah Sofiy ini pun rasa dah berapa kali dia tambah nasi untuk makan setiap lauk yang dimasak oleh Puan Siti Khadijah. Antaranya seperti, sambal ikan keli, masak lemak pucuk paku, paprik campur, luma-ulaman dan lain-lain lagi. Niat Sofiy semalam nak diet pun terpaksa dia tangguh dulu bila nampak sambal ikan keli di depan mata.

Terkejut juga Sofiy bila Danial yang dia sangka hanya makan makanan korea atau sebaliknya suka pula makan-makanan kampung ini. Kalau darah melayu sudah mengalir dalam badan Danial, memang tidak terlepas lah untuknya menikmati dan merasai budaya rumah keduanya iaitu Malaysia.

Puan Siti Khadijah memang masak banyak-banyak untuk Danial. Maklumlah, cucunya seorang ini bukannya boleh berjumpa selalu. Dalam setahun hampir sekali ataupun sekadar 5 minit sahaja dia drpat bertemu secara depan. Kalau dia rindu, selalu juga dia melayari video pertandingan cucunya yang sering dimuat naik ni Youtube.

"Sedap sangat lah nenek Encik masak. Saya rasa diri saya kecil pula Encik sebab saya mana boleh masak sama level dengan nenek Encik." jujur Sofiy.

"Alah, nanti kau dah kahwin nanti confirm kau pandai masak punya. Kalau kau tidak pandai masak masakan kampung, mungkin masakan lain kau pandai. Sebagai contoh, baking, western, dan lain-lain. Jadi jangan rasa diri kau rendah sangat walaupun hakikatnya kau memang lagi rendah daripada aku dari segi tinggi."

Tajam pandangan mata diberikan oleh Sofiy kepada Danial. Mula-mula tadi dia rasa sejuk hati dengan kata-kata Danial yang membina, tetapi bila dah akhir sempat pula Danial mengumpat pasal Sofiy pula. Tahulah Sofiy ini pendek tapi tidak adalah pendek sangat. Tinggi standard kot untuk wanita pure Malay. Lainlah di Korea Selatan, anggaran ketinggian wanita semuanya 160cm dan ke atas.

"Bencilah saya dengan Encik ini. Sudahlah, bagi saya nikmati waktu rehat saya. Kejap lagi ada 2 operation saya kena hadap. Busy sangat saya minggu ini Encik. Nasiblah Encik faham."

Rungut Sofiy dengan baju pembedahan berwarna hijau yang tidak lepas dari tubuh Sofiy. Tadi baru sahaja dia habis satu operation dan alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun dia hanya sebagai pembantu sahaja. Ingatkan tadi dia nak tidur kejap tapi dikacau pula oleh Danial yang tiba-tiba serbu bilik kerjanya.

Nak atau tidak dia terpaksalah korbankan waktu tidurnya untuk teman Danial makan sekali di rooftop hospital itu. Nasiblah ada tempat makan, jadi tidak perlulah salah seorang daripada mereka membawa tikar.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now