ARES#18

24 1 2
                                    

Kalau anda sampai ke Villa yang mempunyai pemandangan yang tenang dan cantik, tiada gangguan dari dunia luar hanya anda sahaja di villa ini. Apa yang anda bakal lakukan?

Betul, semestinya bersantai, tenangkan fikiran, rehatkan badan dan minda daripada aktiviti harian. Hanya fokuskan pada diri sendiri kerana kita hidup hanya sekali. Tiada istilah hidup semula atau lebih senang faham adalah perkataan 'reincarnation'. Tetapi anda tahu apa yang dihadapi oleh Sofiy? Mari sini saya ceritakan kepada anda semua kejadiannya yang merubah Sofiy tidak jauh daripada makcik kantin.

Sesampai sahaja Sofiy di villa milik Danial, ada dua benda yang mengejutkan Sofiy sebelum masuk. Yang pertama pakaian Danial yang pastinya bukan baju yang dia selalu pakai. Tapi t-shirt polo hitam lengan pendek menampakkan otot-otot kebanggaan miliknya yang merupakan hasil titik peluh senamannya hingga kini. Pakaian Danial agak santai tapi dia memakai apron? Nak buat apa?

Yang kedua, Sofiy ingat sampai sahaja boleh masuk ke dalam villa. Tetapi awal-awal lagi Danial panggil dia untuk ke luar villa yang luas. Arahan Danial dia turut sehingga akhir. Pemandu Sofiy tadi pula tanpa disuruh, dia membawa plastik tadi ke ruang itu seperti Danial sudah maklumkan kepada dia awal-awal. Lagi awal daripada Sofiy.

"Encik, buat apa pakai apron gambar 'Sailor Moon'? Saya tak tahu pula Encik suka tengok anime ini, kalau tahu sudah lama saya belikan merchandise anime ini untuk Encik sahaja."

Macam biasa Sofiy bila dekat atau ada Danial sebelah dia, mulut auto becok. Danial pula terus ambil plastik-plastik pada tangan Sofiy dan letakkan ke dalam baldi pelbagai warna yang besar itu. Tidak sedikit pun dia berbicara dengan Sofiy sejak wanita itu jejakkan kaki ke villa ini.

"Encik, cakaplah encik. Jangan buat saya macam kayu tau. Saya tak pernah dengar simptom orang yang lepas balik demam, terus bisu tau Encik."

Sekali lagi dia dipalau. Apahal dengan Danial yang satu ini? Rindu juga Sofiy nak dengan bebelan Danial, suara Danial dan gurauan Danial. Dia sedar sesuatu, kenapa dia rindu dengan semua benda ini. Tepuk-tepuk muka dia dengan tangan untuk sedarkan diri.

"Yang kau ini tepuk-tepuk sendiri serupa macam monyet kenapa? Sini kau pakai apron dahulu."

Jeling terus Sofiy ke arah Danial dengan muka ketat lelaki ini menyuruh dia ke situ, tapi asalkan dia dapat dengar suara Danial pun bersyukur. Berkawad kaki Sofiy ke arah Danial dan setibanya di situ, ingatkan dia nak ambil apron dan pakai sendiri. Tapi sangkaan dia meleset.

"Eh Encik!"

"Shhhh, dengar sahaja cakap aku. Nak hadiah tak?"

Apa yang dilakukan Danial tika ini adalah, dia mengambil 'Sling bag' Sofiy lalu diletakkan di atas meja kayu. Selepas itu, dia memusingkan badan Sofiya untuk tidak menghadap dia. Apron di tangan dia pakaikan buat Sofiy.

Mula sudah hati Sofiya ini tidak keruan akan perbuatan Danial. Haruman dia yang maskulin dan dia tidak tahu sama ada dia mampu untuk menahan dirinya sendiri. Danial pula, tidak ganas pakaikan apron kepada Sofiy.

"Kau jangan salah faham, apron ini susah sikit nak pakai. Aku pun tadi ada masalah nak pakai apron tadi sebelum kau sampai. Jadi aku tak nak kau pun turut rasa apa yang aku rasa."

Baru Sofiy nak tersentuh akan perbuatan dan pengakuan Danial, Danial terlebih dahulu merosakkan segala-galanya.

"Engkau itu, sudah lah asyik malang. Nanti tidak pasal-pasal apron yang aku beli mahal-mahal ini rosak dekat tangan kau."

Ikatan reben di belakang melengkapkan segala-galanya dan Sofiy terus memandang ke muka Danial dan mulut becoknya mula bekerja.

"Eleh setakat apron gambar 'Minion' ini pun saya boleh beli lah Encik. Kalau rosak pun, saya boleh ganti dekat Encik 'on the spot'. Encik cakap sahaja berapa ringgit apron ini, saya boleh beli 10 apron dengan saiz, kualiti dan brand yang sama untuk Encik."

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now