Penat juga mahu layan karenah pesakitnya tadi. Hampir sahaja membuat Sofiy naik angin. Ini kalau dia bukan pesakit memang dah lama Sofiy bertekak sampai pesakit itu kejung! Dia sendiri tak mengerti, apa yang dimahukan oleh pesakit tadi sebenarnya.
Malas mahu layan, kaki Sofiy berjalan menuju ke vending machine yang tidak jauh dari pejabatnya. Duit not RM1 dimasukkan 3 keping dan air fresh orange yang sejuk menjadi pilihannya. Bila sudah siap, Sofiy mengambil cawan kertas putih berisi air yang dia mahukan.
Sedang dia berjalan untuk masuk ke dalam pejabatnya semula, seorang budak menarik perhatian si Sofiy. Sudahlah dia botak tetapi kenapa dia sendirian dekat situ?
Nak tegur takut budak botak itu terkejut pula muka Sofiy yang baru bengang dengan pesakit tadi. Haishh masih tidak hilang lagi marah dia dengan orang tadi. Silap-silap budak botak itu nanti lihat Sofiy seperti makcik minta hutang tuan rumah tak bayar 4 tahun. Teruk sangat dah tu.
"Adik,kenapa sorang-sorang dekat sini?"
Tegur Sofiy dahulu dengan berani. Bimbang dia kalau budak botak ini dibiarkan lama-lama di luar. Risaunya nanti masuk angin pula. Betul ke?
Reaksi terkejut oleh budak botak itu dapat dilihat oleh Sofiy dari belakang badannya yang ternaik tadi. Sudahlah seperti Ipin daripada animasi terkenal di tanah airnya sendiri. Dengan tiada rambut langsung di kepala, kalau tak Ipin mungkin Saitama.
"Doktor nak ambil nyawa saya ke?"
Aik?! Kenapa budak botak ni fikir yang Sofiy mahu ambil nyawa dia pula? Dia bukanlah dewa maut yang seperti drama 'Goblin' . Takkanlah muka marah dia tadi masih kelihatan. Pantulan cermin kaca berdekatan menjadi tumpuan Sofiy. Dia cuba menukar riak wajahnya kepada makcik peminta hutang kepada makcik jual karipap.
"Doktor kalau nak jadi pelawak boleh rasanya masuk ujibakat Raja Lawak musim ke 100. Saya jamin mesti Doktor adalah salah satu orang yang takkan dapat punya."
Selamba sahaja budak botak ini berkata seenak-enaknya kepada Sofiy. Muka lawa begini disuruh masuk ujibakat Raja Lawak musim ke-100. Tangan dikepal-kepal oleh Sofiy sebagai tanda geram dan mahu sahaja dia tumbuk budak botak ini. Namun sebaliknya satu kejadian berlaku terhadap budak botak itu.
Budak botak itu terbatuk-batuk sehingga dengan jelas pancaindera Sofiy sendiri melihat darah yang keluar daripada mulutnya. Meremang badan Sofiy melihat kejadian terbabit. Air fressh orange yang belum lagi habis diminum olehnya dibuang ke dalam tong sampah sekali dengan sisa-sisa air yang masih tinggal.
"Adik, mari ikut akak. Biar akak check condition adik." pelawa Sofiy.
"Taknak!!! Mia taknak!!! Jangan ambil nyawa Mia!!!"
Terjerit-jerit budak botak yang menggelarkan dirinya sebagai Mia. Aduh Mia ini, jangan degil sangat macam Mia Adriana dalam drama '8 Hari Mencintaimu'.
Makin gelisah Sofiy apabila orang yang lalu-lalang memandangnya dengan pelik dan sangsi. Iyalah, kata Doktor kan. Rawat pesakit, tapi ini lain. Histeria pesakit dibuatnya.
Suara pekikan Mia itu tadi semakin perlahan sehinggakan dia pengsan di pelukan Sofiy yang betul-betul di hadapannya. Nasib ada Sofiy. Kalau tiada dia, memang alamatnya kau landing atas lantai ye.
"Adik?!! Aduh waktu rehat akak lah kau ganggu."
Merungut Sofiy. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menjalankan tugasnya sebagai doktor dan membawa badan budak botak atau Mia untuk diperiksa.
💐💐💐💐💐
Terkilan Sofiy apabila melihat rekod kesihatan budak botak itu atau namanya Damia Batrisya. Baru sahaja berumur 12 tahun, belum lagi tempuhi UPSR tetapi disahkan menghidap barah otak stage 4. Sakitnya ini bukanlah dia sendiri yang mahu. Menurut apa yang tertulis di atas kertas itu, Mia menerima sakit barah otak disebabkan faktor sejarah keluarga atau keturunan.
YOU ARE READING
ARES : Her Tyrant Hero
Romance•S E C O N D• [ONGOING] Dia hero aku, dan hanya aku 'Awliya' untuknya ••••• ' Mamat Tandas ' Gelaran yang diberikan oleh Sofiy sendiri terhadap lelaki yang tidak lepas laku mengacau dia! Malang, memang malang! Siapa Sofiy Awliya ? Wanita yang ma...