ARES#11

49 7 0
                                    

"Sofiy tunggulah abang!! Kenapa jalan laju sangat ini?"

Hanya satu perasaan yang boleh digambarkan oleh Sofiy saat ini. Malu! Dia malu sebab orang ini dari tadi asyik jerit-jerit nama dia sahaja. Kalau nak jerit pun pergilah taman tema ke apa. Ini dekat hospital pun kau nak jerit. Lainlah kalau ibu yang nak bersalin, itu boleh terima.

Lagi satu, kena orang itu bahasakan diri dia sebagai abang kepada Sofiy. Tidak mengaku Sofiy. Kahwin pun tidak.

"Hei Sofiy, pandang abang!"

Pergelangan tangan Sofiy lantas dipegang dengan kuat sehingga Sofiy dapat rasakan sakit pada salah satu anggota badannya itu. Sedap-sedap je orang ini ye.

"Fiqri,sudahlah. Jangan ganggu saya lagi. Awak sudah kenapa asyik nak ganggu saya terus. Kita bukannya ada hubungan apa-apa. Hanya kawan sahaja kan."

Kawan? Tapi annoying dia bukan macam kawan. Betul itu, nama lelaki ini Fiqri Azim. Antara salah satu kawan Sofiy ketika dia belajar dahulu. Mereka berjumpa pun dari sebuah kelab equestrian. Jadi nak kata rapat tidak, tapi itulah Fiqri ini gila kali ye.

Kalau nak ikutkan umur, Sofiy lagi tua setahun daripada Fiqri. Jadi buat apa dia bahasakan diri dia abang. Rapat pun tidak.

"Kawan boleh jadi lebih daripada itu kan Sofiy?"

Menyampah Sofiy dengan Fiqri, dengan sekali hayunan pegangan Fiqri terlepas daripada memegang Sofiy. Baru rasa selesa sikit tangan dia, dah macam kena gari pun ada.

"Saya bagitahu untuk kali terakhir ye Fiqri. Hubungan kita hanya sebagai kawan, kawan kelab!! Tak lebih daripada itu. Kalau awak masih berdegil, saya tak teragak-agak upah peguam dan laporkan awak sebagai kes mengganggu ketenteraman saya. Ingat itu!!!"

Amaran dari Sofiy akhirnya disebut sendiri daripada mulut wanita berusia 25 tahun dengan tinggi 161cm serta berat 45kg. Wah kurusnya kau dik!

Sebelah tangan diangkat menutupi separuh muka Sofiy kerana dia perasan ramai yang berada di hospital itu memerhatikan drama tak berbayar semasa dia berpaling ke belakang meninggalkan Fiqri. TV3, mohon ambil Sofiy jadi pelakon pembantu ye.

Tangan Fiqri dikepal-kepal seperti ais kepal di Ipoh, fuhh sedapnya. Geram kerana oenat-penat dia datang daripada jauh semata-mata ingin berjumpa Sofiy. Ayat-ayat Sofiy melekat di otak.

"Maaf Sofiy, tapi abang akan buat Sofiy ubah daripada Fiqri kepada abang."

Saat Fiqri hendak melangkah ke belakang, dia terlanggar dengan seorang budak kecil. Lebih parahnya lagi, budak kecil itu membawa satu cawan air milo ais dengan tiada penutup di atasnya. Habis seluarnya yang berwarna putih bertukar warna.

"Kau ini budak, lebih seorang, kau pula rosakkan mood aku. Siapa nak ganti seluar putih aku ini!!!"

Ternaik suara Fiqri satu oktaf sehinggakan membuat budak kecil itu meraung sebab kena marah kan. Namun, semuanya itu berubah tatkala ayah daripada budak itu menegur Fiqri.

"Aku boleh ganti tapi kau jangan nak marah-marah anak aku."

Selamba sahaja suara dia tetapi, habis kecur air liur Fiqri. Kalau telan pun rasa pahit. Melihatkan tubuh badan ayah kepada budak itu seperti 'The Rock' pun ada. Waktu itu juga, Fiqri merasakan yang dia cari pasal dengan orang yang salah.

"Eh, takpe bang. Takyah ganti pun takpe. Saya ikhlas..heheh."

Senyum Fiqri dengan harapan yang lelaki kepada budak itu tidak menumbuk dia tau menggunakan sebarang kekerasan kepadanya. Tolonglah! Tolonglah!!

Ayah budak itu seperti faham apa yang berlaku dan turut tersenyum. Dia menenangkan anaknya yang nangis tadi dengan menepuk-nepuk belakang badan dengan perlahan.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now