ARES#15

53 3 3
                                    

"Sadaqallahul azim."

Selepas sahaja figura gadis bertudung serta baju kurung cotton dengan corak bunga-bunga kecil itu membaca Surah Yassin, kitab yang dibawanya dari rumah diberi tanda hormat dengan dicium dari dahi, hidung, mulut dan akhir sekali bahagian dada sebanyak 3 kali. Air bunga yang dibelinya sebelum memasuki tanah perkuburan dituang bermula dari kepala batu nisan yang terukir nama insan tersayang gadis itu sehingga ke hujung.

Habis sahaja air bunga, gadis itu kembali duduk dan memegang kepala batu nisan. Air matanya mulai jatuh kerana rindu akan insan tersayang ini.

"Assalammualaikum ibu, Sofiy datang ini. Ibu sihat ke? Rindu Sofiy tidak?Kalau ibu nak tahu, Sofiy rindu sangat ibu walaupun Sofiy sendiri tidak pernah lihat muka ibu. "

Sofiy terdiam sebentar melayan kesedihan yang hadir tanpa dipinta. Sebak sangat dia setiap kali melawat kubur arwah ibunya yang tidak pernah memberikannya susu badan langsung.

"Ibu, kenapa nasib Sofiy malang sangat eh? Asyik-asyik malang, lagi-lagi jumpa Encik Danial! Asyik nak suruh Sofiy buat ini itu sahaja ibu. Geram Sofiy tahu tak!"

Ngadu si Sofiy dengan rasa geram-geram yang masih berbaki.

"Sudahlah ibu, rasanya sampai sini sahajalah. Insyaallah kalau diizinkan minggu depan Sofiy datang jumpa ibu lagi. Sofiy akan sentiasa doakan ibu di sana. Itu janji dan hadiah yang boleh Sofiy bagi kepada ibu. Akhir sekali, Selamat Hari Lahir ibu!"

Bangun Sofiy dari situ dan menuju ke pintu pagar tanah perkuburan islam ini. Terlihat dua pakcik yang bekerja di situ melambaikan tangan kepada Sofiy. Balas balik Sofiy kepada 2 orang pakcik itu, memang dia kenal sudah. Dari dia kecik lagi sudah dia kenali pakcik itu. Namun ,nampak sekarang mereka berdua sudah sangat terlalu tua.

Sofiy berharap agar mereka berdua diberikan kesihatan dan pahala. Amin.

Telefon pintar Sofiy dibuka dan mencari aplikasi wajib iaitu Grab. Maklumlah lesen kereta pun tidak lepas, naik jelah abang grab ni je oi! Dia memilih destinasi yang berikutnya ,yang pasti bukan rumah. Malas mahu menghadap muka dua ekor itu sekarang.

Selang beberapa minit kemudian, King of the Road aka Myvi datang menjemput Sofiy dari tanah perkuburan islam itu lalu menuju ke lokasi yang sudah dipilih Sofiy awal-awal lagi.

💐💐💐💐💐

Paket gula yang isinya 2kg sepaket diambil sebanyak 5 paket oleh Sofiy lalu dimasukkan ke dalam troli yang ditolaknya. Pen yang tersedia ambil dan memangkah perkataan 'gula' yang terdapat pada list barangan dapur yang perlu dia beli. Ayahnya awal-awal menasihatkan untuknya membeli barang dapur yang hampir kosong.

Tiba di bahagian makanan laut, Sofiy mencari udang untuk ayahnya masak pada malam nanti. Dengar cerita ,Encik Nadzir mahu masak masak lemak udang. Yummm! Mesti sedap punyalah!

" Jumpa! Maafkan saya wahai udang-udang yang comel di mata Sofiy, malam ini awak semua masuk dalam perut saya walaupun saya kata comel. Itulah, siapa suruh jadi makanan yang sedap sangat." Kata Sofiy sambil memilih udang yang dia mahu.

"Kejam sangat kau ini dengan udang, mereka pun nak hidup juga." sampuk suara husky dari belakang Sofiy.

Sofiy memandang ke arah suara tersebut dan terkejut apabila mukanya dekat sangat lelaki yang dikenalinya. Udang yang berada di tangan dengan spontan terbaling pada muka lelaki itu.

"Eh Encik! Maafkan saya. Bukan salah saya, udang ini ha pantang nampak lelaki mahu sahaja nak ngorat pula. Sebab itu dia terbang dekat Encik." alasan Sofiy diberikan kepada Danial.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now