Ketika ini, tandas yang sepatutnya menjadi kegunaan banyak pihak telah disekat oleh wanita yang bernama Sofiy Awliya setelah dia bertapa di dalam tandas selama 20 minit. Lagi segan apabila saat ini, tandas yang dia gunakan adalah di dalam rumah Danial.
Bukan dia sengaja nak cari tanah dalam rumah Danial. Tetapi, kenapa dia berbuat demikian adalah kerana, Sofiy di garisan permulaan sakit perempuan atau istilah senang faham 'period pain' yang sering dia rasakan sebulan sekali. Pelik juga dia sebab ada sesetengah tidak alami rasa sakit ini, malah menurut apa yang dia dengar ada yang muntah, ada yang makan banyak dan macam-macam lagi.
Malang sekali lagi datang buat Sofiy apabila senggugut lah yang sering dirasai oleh Sofiy. Nasib baik dia membawa tuala wanita yang sudah dia siap sedia ada dalam beg tangannya. Tetapi satu sahaja masalah dia ini. Dia lupa bawa minyak angin.
Jadi sebab itulah dia bertapa di dalam tandas. Nak tahan rasa sakit senggugut ini sehingga hilang. Patut lah sejak beberapa hari ini, selera makan dia bertambah, rupanya 'benda ini' yang nak datang rupanya. Masa makan tadi pun Sofiy hanya mampu telan sedikit, sedangkan masakan Dee seperti apa yang Danial agungkan. Memang sedap!
Tok! Tok! Tok!
"Sofiy, are you inside?"
Kenal Sofiy suara itu walaupun baru beberapa jam mereka berjumpa. Suara itu milik Dee iaitu kekasih Danial yang Sofiy sendiri sangkakan. Entahlah, dia hanya main sebut sahaja sebab memang betul. Kalau nak ikut daripada kelakuan mereka sumpah tidak kekok. Agaknya, Danial yang dia kenal dulu, setia dengan wanita yang dia sendiri selalu sebut di depan Sofiy telah digantikan dengan Dee.
Mungkin masa Danial di sana mereka berjumpa dan buat keputusan untuk kenal hati budi masing-masing. Lagipula, kriteria wanita idaman Danial memang ada pada Dee. Rambut panjang, seksi, comel dan pemalu itu sedikit.
"Yes I am. Dee, if you don't mind, can you help me with something?"
"Yes sure. Apa dia?"
"Wait?!?! Boleh cakap Melayu?"
Soal Sofiy dengan dia menahan sakit, sekarang bertambah lagi fikiran di kepalanya bila Dee bercakap bahasa ibunda Sofiy.
"Siapa cakap saya tidak boleh?"
Tersembur terus ketawa yang keluar daripada mulut Dee. Entah apa yang lawaknya pada soalan Sofiy. Mungkin Sofiy sendiri yang selalu fikir tidak panjang, usus dia lagi panjang daripada fikiran Sofiy.
"Okay stop now Dee, since you can understand Malay, then.....tolong saya Dee!!! Perut saya tengah senggugut dan saya lupa bawa minyak angin. Kalau Dee ada 'Hot Water Bag' yang untuk senggugut pun boleh juga. Lagi sedap perut Sofiy bila dapat bag itu. Please Dee?"
Macam rapper sudah Sofiy apabila dia tahu Dee faham Bahasa Melayu. Dia faham sahaja Bahasa Inggeris, namun kalau dalam badan kita masih ada darah Melayu, bila cakap Melayu itu sumpah rasa macam di syurga!
"Baik, Sofiy duduk dalam itu kejap. Dee pergi buat sekarang."
Telinga yang sudah dia bersihkan semalam memang dapat dia dengar jelas yang Dee sudah bertapak meninggalkan Sofiy di situ. Saat ini lega sedikit Sofiy apabila bantuan akan tiba tidak lama lagi.
5 minit kemudian, dia terdengar ketukan pada pintu tandas yang sedang dihuni oleh Sofiy.Barang kali mungkin Dee sebab Sofiy sendiri yang suruh dia cari benda bagi pihak Sofiy.
"Kejap Dee."
Tangan kanan masih lagi berada di perut untuk menahan sakit yang sedang dia alami, manakala satu lagi tangan iaitu kiri membuat kerja untuk membuka pintu bilik air ini untuk. Akhirnya, dia boleh lepas daripada penjara sementara ini.
YOU ARE READING
ARES : Her Tyrant Hero
Romance•S E C O N D• [ONGOING] Dia hero aku, dan hanya aku 'Awliya' untuknya ••••• ' Mamat Tandas ' Gelaran yang diberikan oleh Sofiy sendiri terhadap lelaki yang tidak lepas laku mengacau dia! Malang, memang malang! Siapa Sofiy Awliya ? Wanita yang ma...