ARES#10

43 8 0
                                    

"Akak,macam mana akak boleh jadi doktor? Ngap!"

Sebelum buah oren yang siap dikupas oleh Sofiy masuk ke dalam mulut Mia, sempat lagi dia bertanyakan soalan kepada Sofiy. Muka Sofiy nampaklah sedikit cuak. Iyalah, selalunya yang jadi doktor ini semuanya bijaksana belaka, sedangkan dia hanya atas pagar kuda.

Entah-entah kuda pun tidak sudi berkongsi pagar dengan Sofiy. Nasib, nasib.

Bila tangan Sofiy yang ligat mengupas dan mengasingkan bendasing pada buah oren tersebut, dia memberikan pinggan yang berisi buah itu kepada Mia.

"Akak sebenarnya kan...akak sendiri pun tidak tahu. Macam mana akak terjebak dalam bidang doktor ini pun kebetulan sahaja. Lagi satu, akak sendiri minat business tapi akak yakin rezeki dan aturan itu semua datang daripada Allah yang maha Esa."

Jelas Sofiy walaupun jawapannya agak kurang memuaskan. Mendengar perkataan ' aturan' sahaja lagi sekali Mia memikirkan sesuatu. Apa lagi yang difikirkan oleh budak botak ini?

"Mia ada nak cakap dengan akak ke?" soal Sofiy dahulu.

Kepala Mia diangkat dan memandang wajah Sofiy yang tidak jauh dengannya.

"Akak rasa aturan Allah dekat Mia macam mana menurut akak? Mia rasa Allah tidak suka Mia. Mia selalu berdoa agar umur Mia dipanjangkan oleh Allah SWT. Jadi, apa pendapat akak?"

Entah kenapa Sofiy seperti berada di ujian lisan subjek agama pula sekarang. Nak jawab ada rasa tidak selesa juga. Ini sebab dia bukanlah orang yang tepat dalam memberi nasihat ini. Namun, demi Mia dia cuba juga untuk memberikan jawapan yang diinginkan olehnya.

"Mia, jangan cakap Allah tak sayang Mia. Kalau Mia nak tahu, Allah sayang sangat dekat kita semua. Walaupun dosa itu berat, namun Allah akan tetap memaafkan kita semua, asalkan kita berusaha untuk tidak mengulangi lagi.

Soal aturan Allah pada hidup Mia pula, akak rasa mungkin Allah nak uji Mia dengan hadirkan penyakit ini. Kalau Mia nak tahu, semakin Allah uji kita, semakin sayanglah Allah kepada kita. Jadi Mia kalau rasa penyakit Mia ini hanyalah beban, mulai daripada sekarang Mia cuba untuk lawan. Itu sahaja Mia, lawan bukan bererti melalui rawatan sahaja, malah selalulah berdoa dan dekatkan diri Mia dengan-Nya. Insyaallah Allah akan berikan Mia hidup lebih lama lagi."

Panjang dan lebar betul penjelasan Sofiy. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak membahaskan isu sensitif yang mungkin boleh meruntuhkan semangat budak botak ini. Berdasarkan pengalaman dia dan rakannya, ada seorang pesakit yang sama juga menghidap barah otak dan baru sahaja menerima cahaya mata. Pada masa itu, doktor mengesahkan yang dia ada masa lebih setengah tahun untuk hidup.

Namun, siapa yang tahu akan kehendak dan aturan Allah. Pesakit itu selepas sahaja dibedah, dia dapat merasakan untuk hidup bersama dengan anaknya selama 8 tahun. Sekurang-kurangnya anak dia itu dapat juga mencipta kenangan dengan ayahnya daripada tiada.

"Jadi, Allah sayang Mia?" tanya Mia lagi untuk kepastian.

" Betul itu Mia, Allah sayang Mia. Jadi akak nak Mia jangan pernah putus asa tau. Janji!"

Jari kelingking Sofiy sudah kelihatan di mata Mia. Mendengar penjelasan Sofiy sedikit sebanyak membuatkan harapan Mia yang hampir-hampir sahaja mahu mengalah kepada sinaran yang baharu. Lalu Mia menyambut huluran jari Sofiy.

"Janji!"

Ujarnya dengan senyuman yang manis di bibir. Melihat senyuman yang muncul dari Mia harap dapat memberi semangat baru untuk Mia agar kembali yakin dan tidak putus asa untuk hidup.

💐💐💐💐💐

Badan Sofiy terhuyung-hayang selepas berada di dalam bilik pendedahan selama beberapa jam. Sengal terus badan dia. Dia urut juga bahunya yang terasa kurang selesa sehingga keluar bunyi 'prakk'. Keluar je bunyi itu, memang nikmat yang amat ye.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now