38.9 darjah celcius!
Itulah suhu badan terpapar pada termometer yang dipegang oleh Sofiy. Naik risau juga dia tadi apabila Danial tiba-tiba sahaja jatuh padanya. Terus dia mencari first aid kit untuk merawat Danila. Tuah Sofiy apabila semua yang diperlukan olehnya ada di dalam kit tersebut.
"Ya Allah Encik, macam manalah Encik boleh demam ini? Main hujan ke semalam? Tapi masalahnya semalam mana ada hujan. Apa lagi penyebab demam ye?"
Fikir Sofiy secara mendalam walaupun benda itu bukannya penting sangat pun buat masa sekarang. Malas dia mahu fikir lagi, Sofiy pun mencari tuala basah dalam bilik Danial. Habis berselerak bilik Danial gara-gara Sofiy tidak jumpa tuala kecil.
Akal Sofiy yang cerdik ada juga fikir nak letak sahaja ikan beku terus atas dahi Danial, jadi senanglah dia nak masak bubur untuk Danial. Masak bubur? Memang Sofiy tidak tahu masak tetapi zaman sekarang boleh je tanya Google!
"Haa, jumpa!"
Jeritan kecil Sofiy menganggu Danial yang masih terlantar sakit di atas katilnya. Mulut Sofiy pula ditekup sendiri oleh tuan punya badan supaya tidak kacau tidur Danial lagi. Berlari anak serupa anak biawak Sofiy ke arah tandas. Baldi kecil mana entah dia jumpa terus di isi dengan air lalu tuala kecil itu direndam ke dalam agar tuala itu meresap air.
Setelah itu, Sofiy menuju semula ke katil Danial kemudian tuala itu diambil dan diperah untuk mengurangkan air yang masih ada. Kalau tidak perah memang terus buat beauty routine dekat muka Danial walaupun mukanya flawless! Di atas dahi panas Danial kini terletak tuala kecil untuk mengurangkan suhu badannya.
Mata Sofiy masih terus menatap wajah Danial yang masih nyenyak tidur. Namun, Sofiy sedar yang Danial tampak kesejukan dan pada masa itu jugalah dia sedar yang badannya tidak memakai apa-apa pakaian sekarang. Lari terus mata Sofiy dari memandang badan Danial yang berbentuk itu.
"Kenapalah Encik ini tidak pakai baju sekarang. Habis cemar mata saya ini." bisik Sofiy seorang diri dengan bahang yang terasa pada wajah.
Sudah pasti dia rasa malu sekarang dan paling dia tidak jangka yang jantungnya berdegup dengan pantas. Dia terus mengawal degupan jantungnya dengan melakukan pernafasan yang betul. Dengan otak tidak dapat berfungsi, daripada perkara buruk berlaku, lebih baik dirinya berganjak keluar daripada bilik bujang ini. Macam-macam benda yang tak terjadi akan terjadi.
Sebelum beredar, Sofiy memastikan pesakit tidak rasmi miliknya dalam keadaan baik dan semua keperluan ada sekiranya diperlukan. Dia memutuskan untuk tinggal di sini untuk seketika waktu sebelum pulang semua ke teratak yang indah bagi ibu serta adik tirinya.
Badan Sofiy mula memberikan reaksi untuk bangun, akan tetapi terhalang apabila dia dapat merakan cengkaman yang agak kuat dan tidak mampu terlepas daripada tangannya. Berderau lagi darah Sofiy saat dia tahu situasi terkini.
Danial eratkan lagi genggaman tangannya dengan Sofiy, seakan-akan tidak mahu wanita itu berpisah dengannya. Walaupun wanita itu tahu perbuatan ini boleh mendatangkan dosa dan nafsu, entah kenapa dia merasakan agak selesa dengan sentuhan Danial. Bukan sekali, bahkan sudah banyak kali.
"Don't go. I beg you, please don't leave me."
Rayu Danial dalam keadaan dia tidak sedarkan diri. Apa yang dimimpikan oleh Danial sehingga dia bercakap sorang-sorang dalam tidur. Sofiy pula daripada menjauh dia dekatkan dirinya dengan Danial, tapi tidaklah terlalu rapat. Dia perlu kawal dirinya. Punggunya selamat berlabuh di atas katil dan bersebelahan dengan Danial.
Rasa lega pun ada sebab kalau nak ikutkan Sofiy, badan dia memang letih. Sudah lah kerja dia semalam sahaja banyak, letih pun tidak hilang lagi. Tambah lagi hari ini ada pesakit yang datang tanpa diundang. Kenapa nasib dia malang sangat.
YOU ARE READING
ARES : Her Tyrant Hero
Romance•S E C O N D• [ONGOING] Dia hero aku, dan hanya aku 'Awliya' untuknya ••••• ' Mamat Tandas ' Gelaran yang diberikan oleh Sofiy sendiri terhadap lelaki yang tidak lepas laku mengacau dia! Malang, memang malang! Siapa Sofiy Awliya ? Wanita yang ma...