ARES#19

24 2 0
                                    

Empunya badan sedang meneliti baju serta tudung yang dipakainya ketika ini. Walaupun Sofiy hanya sarung jubah ekspress yang memang dia sediakan dalam almari, keanggunannya sebagai wanita melayu tampak terserlah. Kalau mahu tahu, jubah itu boleh dikatakan pakaian kecemasan Sofiy kalau dia mahu keluar sebentar atau ambil barang di luar rumah.

Masakan pula dia mahu keluar dengan kain batik serta baju t-shirt yang memang merupakan pakaian rasminya di dalam rumah. Betul sekali, Sofiy tersangat obses pakai kain batik di dalam rumah. Kalau selongkar almari miliknya hanya ada 5 sahaja seluar sukan, dan seluar itu semua untuk aktiviti riadah dan bukannya untuk dipakai dalam rumah.

Shawl instant dia sarung dengan kemas di atas kepala sebelum dia bergegas keluar sebentar ke rumah untuk berjumpa dengan Danial yang datang tanpa dipelawa. Memang auto terkejutlah minah pendek itu dengar berita yang Danial akan tiba dalam 10 minit untuk berjumpa dengannya.

Gara-gara tidak mahu membuat Danial menunggu lama, Sofiy rembat sahaja mana-mana selipar yang ada lalu terlihat kereta mewah milik Danial yang tidak jauh 'parking' dari kediaman rumahnya.

Danial pula menggayakan fesyen 'airport' yang serba hitam dari atas ke bawah sehinggalah kasut. Paling penting pelitup muka sememangnya wajib untuk dirinya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Encik lama tunggu."

Tegur Sofiy sejurus sahaja di depan Danial yang sedang meneliti telefon pintar miliknya. Fokusnya sekarang ini beralih pula kepada Sofiy yang tampak ayu di depan matanya.

Buat sekian waktu nampak reaksinya tergamam yang berselindung di paling pelitup muka dan topi yang dipakainya hari ini. Mungkin ini kerana Danial selalu melihat Sofiy yang selekeh, yang baru habis operasi dan jarang melihat Sofiy berpakaian gaun atau jubah.

"Beautiful!"

"Apa dia Encik?"

"Eh bukan, aku baru ingat 'pool' dekat villa aku itu nak kena cuci."

Jawapan Danial tidak sama langsung dengan apa yang didengar oleh Sofiy. Dia yakin yang Danial ada memujinya. Malah suara Danial saat itu agak kuat dan boleh dengar dengan jelas. Tapi, sekarang ini Sofiy malas mahu basa-basi dengan Danial kerana matahari tengah naik. Sudahlah mereka berdua sama-sama pakai baju warna hitam.

Jodoh kah?

"Ada apa ini Encik nak jumpa saya ?"

Tanya Sofiy.

"Bukan, aku......saja nak jumpa engkau. Nanti seminggu kita tidak jumpa dan kau boleh buat sesuka hati kau dalam tempoh itu. Aku sebagai boss engkau beri kau cuti 7 hari 7 malam bermula hari ini. "

"Itu sahaja Encik nak cakap? Kalau macam itu lebih baik Encik mesej saya senang. Tidak perlu lah encik susah-susah ke sini Encik. Tidak pasal-pasal sifat malang saya ini buat Encik tertinggal flight."

Jari Sofiy mula bermain dengan kain jubahnya dan semasa dia berbual dengan Danial, tidak sesekali pun dia memandang mata Danial. Entah kenapa dia rasa sebak, padahal mamat depan dia ini pergi bukannya 10 tahu, hanya seminggu sahaja.

"Sofiy..."

Ini yang buatkan Sofiy lemah. Tidak sanggup Sofiy dengar apabila namanya dipanggil dengan lembut oleh Danial. Kalau orang lain mahu dia rasa geli, tetapi Danial lain daripada lain.

"Look at me Sofiy Awliya."

Lambat-lambat Sofiy mengangkat kepalanya dan mencari mata Danial, namun alangkah dia terkejut apabila dia menerima sejambak bunga Daisy berwarna kuning iaitu warna kegemarannya, dan ini adalah daripada Danial! Malah bukan itu sahaja, satu kotak sederhana Danial dia berikan kepada Sofiy. Maka dengan ini, penuhlah tangan Sofiy dengan bunga dan kotak misteri daripada Danial.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now