ARES#8

39 5 0
                                    

"Maafkan saya!!!"

Hampir sahaja Sofiy sujud di hadapan nenek Danial atau namanya Siti Khadijah. Berkali-kali dia cuba meminta maaf kepada Puan Khadijah, tetapi Sofiy beruntung yang wanita ini memaafkan kesalahannya tadi.

"Tak apa nak, lagipun cuma kepala nenek ni je yang sakit. Kuat betul kamu ketuk tadi."

Gigi Sofiy ditayang dengan tersengih-sengih, nasib baik Puan Khadijah sedarkan diri. Kalau tidak boleh masuk lokap dia nanti sebab cubaan mengetuk nenek boss sendiri. Kepala ini ibarat sistem utama, kalau ada something wrong dekat situ, memang error lah salah satu anggota badan.

"Danial ini pun satu, kenapa tak bagitahu awal-awal yang nenek ni nenek dia. Habis buang masa nenek dandan dari rumah tadi. Siaplah budak itu, kalau nenek dapat memang nenek smackdown terus. Hilang terus title juara dunia tu."

Mulut Puan Khadijah tidak henti-henti mahu menyumpah dan membebel akan angkara cucunya yang nakal itu. Wet tissue yang dibawanya dikeluarkan dan dia lap kesan contengan Sofiy tadi. Danial pun satu, boleh pulak main lepas tangan. Terus off video call!!

"Jadi kenapa anak ini berada di rumah cucu nenek?" soalnya dengan tangan buat kerja membersihkan contengan tadi.

" Saya ditugaskan oleh Encik Danial untuk jaga Danbi."

"Danbi?"

" Ye, haiwan peliharaan Encik Danial, nenek." jelasnya lagi. Kotkot lah dia lupa.

"Kamu nak tahu kenapa Danial namakan dia sebagai Danbi?"

Tanya dia kepada Sofiy dengan memandang tepat ke arah Sofiy.

"Nak!! Eh, Danbi!!! Nek, Sofiy lupa nak beri makan dekat Danbi. Kejap lagi kita borak ye."

"Sofiy? Nama kamu Sofiy?"

Puan Khadijah soal untuk kepastian. Teragak-agak Sofiy menganggukkan kepalanya.

"Kenapa?"

"Nothing. Pergi cepat ambil makanan Danbi. Nenek nak juga tengok haiwan kesayangan Danial."

Selepas Puan Khadijah bersuara, Sofiy pun kembali ke dapur khas Danbi mengambil makanan Danbi. Melihat Sofiy ke dapur dia bercakap sendiri.

"Sofiy? Kebetulan ke ini? Mungkin."

🌹🌹🌹🌹🌹

Walaupun sudah sebulan berlalu, namun Sofiy masih memikirkan perbualannya antara dia dengan Puan Khadijah.

"Danbi bermaksud welcome rain or sweet rain. Why Danial beri nama ini, kerana dulu dia bertemu dengan first love dengan keadaan hujan."

"Hujan?"

"Yes, waktu hujan. Danial sendiri beritahu dengan nenek yang saat itulah dia jatuh cinta dengan manusia yang membuatkan dia rasa untuk lindungi perempuan itu." sambung Puan Khadijah.

"Siapa perempuan itu?" dah macam makcik bawang juga Sofiy ini.

" Nenek tak pernah jumpa, tapi Danial pernah kata. Jodoh antara dia dengan wanita itu tidak seperti dia harapkan. Sehinggakan dia tidak fokus akan satu perlawanan dan menyebabkan dia tersingkir di pusingan awal. 6 bulan juga masa diambil untuk dia kembali ke dunia taekwondo."

Tidak pernah disangka oleh Sofiy yang boss dia yang perwatakan nakal dan menyakitkan hati boleh ada sisi begitu. Entah kenapa dia ingin sekali tahu siapa wanita tersebut yang mampu buat jaguh dunia itu hilang fokus.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now