*****
Sarah menghela nafas lega, dia tidak menyangka kalau angin Ashraf agak baik pada hari itu, dia juga tidak menyangka kalau Ashraf akan pulang lebih awal pada hari tersebut. Setelah Ashraf berlalu pergi, maka dia pun mengikutinya dari belakang untuk menyimpan barang Ashraf di bilik kerjanya. Mereka sama-sama menuju ke dalam bilik dan Sarah terus menuju ke bilik kerja Ashraf dimana ia adalah gabungan dua bilik yang bersebelahan dengan bilik Ashraf. Selesai meletakkan barang Ashraf, Sarah kembali dan bertanya kepada Ashraf,
"En-encik Ashraf nak makan?.. Sarah boleh masakkan.. maaf sebab Sarah tak tau encik akan balik awal.." tunduk Sarah.
"Sure.."
Sarah terkejut. Matanya membulat dan memandang Ashraf yang sedang membuka tie nya dan membelakanginya. Dia tidak percaya apa yang didengarkannya, dia bahkan tidak menjangka kalau Ashraf akan berkata begitu kerana selama ini dia hanya tahu bahawa Ashraf akan memarahinya sahaja. Tapi Sarah akan tetap menanyakan soalan itu kerana itu lah tugas Sarah sebagai seorang isteri. Dengan terujanya dia menjawap,
"Baiklah."
Ashraf menyadarinya, dia melihat ke belakang dan mendapati sosok Sarah meninggalkan bilik itu. Dia tahu walaupun perkara sekecil itu bakal membuatkan Sarah tersenyum. Ashraf menunduk seketika dan mengeluh perlahan.
_____
Sarah mengambil langkahnya menurun ke tingkat bawah, sepanjang dia berjalan dia hanya tersenyum gembira kerana itu adalah pertama kalinya Ashraf ingin merasa masakannya, dia terus menuju ke dapur, Sarah sudah punya idea apa yang ingin dia masak maka dia menyediakan bahan-bahan memasak segera.
_____
Ashraf sudah memikir secara panjang tentang bagaimana dia ingin mengawal emosinya terhadap Sarah kerana dia sedar bahawa dia amatlah keterlaluan dalam melayani Sarah. Walaupun begitu, Ashraf tetap dengan egonya yang membenci Sarah. Ashraf duduk di atas katilnya dan mengeluh.
'Shit, this is awkward..' Gumannya di dalam hati.
Ashraf tidak biasa dengan situasinya bersama Sarah kerana selama dia tinggal bersama Sarah, dia tidak pernah melayani Sarah dengan baik dan tidak pernah terfikir untuk berbuat baik terhadap Sarah.
Ashraf keliru dengan perasaan sendiri, dia sedar selama beberapa hari ini, dia kerap memikirkan pasal Sarah.
_____
Sarah menghidang ikan tiga rasa, sup tomyam ayam dan sayur kangkung masakan terakhirnya di atas meja selepas hampir satu jam Sarah memasak. Sebelum Sarah melangkah naik untuk memanggil Ashraf, dia membetulkan rambutnya dan pakaiannya. Kemudian dia naik, sampai di depan pintu bilik Ashraf, dia mengetuk pintu, kemudian membukanya perlahan. Dia melihat Ashraf sedang rehat terbaring di katilnya, dia terus berkata,
"E-encik, makanan dah siap."
"Alright.. I'll be there." kata Ashraf dengan tenang tetapi tidak memandang ke arah Sarah.
"Baiklah." balas Sarah. Dia melangkah keluar dari bilik Ashraf dan menutup pintu bilik itu.
*****
Sementara menunggu Ashraf datang, Sarah menyediakan nasi di atas pinggan dan membuat air tea.
Ashraf akhirnya turun selepas 15 minit Sarah memanggilnya tadi. Melihat Ashraf datang mendekat, Sarah terus mengeluarkan kerusi dan terus membiarkan Ashraf duduk.
"Encik makan lah dulu, Sarah buat keje lain eh. Nanti Sarah datang kalau nak apa-apa." Kata Sarah dengan gentarnya. Dia hanya teruja dan malu.
"Hmm.." jawap Ashraf.
Sarah berlalu pergi.
_____
Melihat makanan di depan matanya, Ashraf terdiam, dia tidak bergerak.
Gulp..
Kemudian dia mengambil sudu dan mencapai sup tom yam. Ashraf menghirup sup itu.
Mata Ashraf membulat.
'Wow.. well alright.' Gumannya di dalam hati.
Ashraf mula lah menjamu masakan tersebut.
Sementara Sarah pula, dia tersenyum gembira selepas meninggalkan Ashraf di ruang makan. Di dalam hatinya boleh dikatakan perasaannya membuak-buak. Dia gembira sangat kerana Ashraf ingin makan masakan dia.
Hal yang berlaku pada hari ini membuatkan dia tertanya sama ada Ashraf sudah membuka hatinya atau mungkin Ashraf dalam keadaan mood yang baik,
'Abang Ash dah okay ke dengan aku? Dia dah boleh terima aku ke?... hmmm.. tak lah.. tak kot..'
Walaupun begitu, Sarah tidak ingin meletakkan sepenuhnya kepercayaan bahawa Ashraf sudah boleh menerimanya. Dia tahu bahawa keadaan ini terlihat mudah, dia tidak ingin masuk dalam 'perangkap' itu. Lalu, Sarah meneruskan kerjanya dan tidak ingin hiraukan selalu fikirannya.
_____
Mendengar air terbuka di ruang makan, Sarah terus pergi ke sana, dia melihat Ashraf mencuci tangannya di singkir, maka dia terus berkata,
"Encik Ashraf nak apa-apa lagi? Sarah ada buat manisan." Katanya sambil memandang Ashraf.
Ashraf berpaling dan berkata,
"Fine by me."
"Okay, nanti Sarah bawakkan ke bilik encik." Balas Sarah sambil tersenyum ke Ashraf.
Melihat Sarah tersenyum, Ashraf berpaling ke tempat lain, perasaannya terasa lain. Lalu dia melangkah pergi.
Sarah mula mengemas meja makan tersebut. Melihat pinggan makan Ashraf bersih dari sisa yang tinggal, dia gembira, hatinya tenang. Dia mula membasuh dan segalanya.
_____
Selesai mengelap meja, Sarah mengeluarkan puding telur dari peti sejuk di bahagian chiler. Dia memotong manisan itu ke beberapa bahagian dan meletakkannya di atas piring kecil.
Sarah mengangkat piring itu dan sediakannya di atas dulang setelah menyediakan air juga. Sarah mula bergerak menuju ke tingkat dua bilik Ashraf.
*Knock knock..*
Sarah membuka pintu dan masuk. Dia terus menuju ke bilik kerja Ashraf setelah ternampak Ashraf berada di sana.
"Encik Sarah letak kat sini ye." Kata Sarah setelah sampai di meja kecil Ashraf.
Ashraf hanya mengangguk sahaja sambil menghadap komputernya.
Sarah terus meletakkan dulang itu di atas meja tersebut dan meninggalkan bilik Ashraf.
*****
Entah mengapa, bagi Sarah hari itu adalah hari terbaik baginya. Dia tidak terfikir begitu tetapi hatinya membenarkan kenyataan itu. Hari itu berlalu dengan amat tenang sehingga waktu malam Sarah masih gembira. Walaupun begitu, dia tidak meletakkan harapan penuh bahawa sesuatu akan berubah kerana dia tidak ingin melukakan hati sendiri dan dia tahu bahawa apa yang terjadi hanya lah permulaan sahaja.
*****
Bukan sahaja bagi Sarah, Ashraf juga perasaan sesuatu pada hari itu, dia terasa kalau dia telah membuka ruang sedikit kepada Sarah. Sambil dia menikmati puding telur yang manis di petang hari itu, dia memikirkan Sarah..
'Sarah..'
Ashraf tersenyum..
*****

YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...