*****
Jam hampir 9 malam dan masih aku menunggu kepulangan suami ku.. entah kenapa hati aku gelisah tidak tentu arah.. bagaikan ada sesuatu yang menusuk di hati ku ini.. aku hanya duduk di atas kerusi meja makan di dapur.. termenung seketika sebelum aku tersedar dari hayalan aku kerana bunyi ketukan di pintu utama..
Aku bergegas pergi di pintu utama rumah agam itu dan membukanya.. aku terpaku.. terpaku melihat suami berpaut mesra dengan perempuan lain.. perempuan itu.. yang hadir dalam hubungan aku dan suami ku.. hati aku bagaikan diremuk-remuk sehingga runyai.. air mata ku mula bertakung.. aku menahan air mata ku dari terjatuh hingga ke pipi ku.. hati siapa je yang tak sakit kalau tengok orang yang kita sayang berfoya-foya dengan wanita lain.. hati siapa je tidak hancur melihat suami sendiri curang depan mata kita.. aku menunduk kebawah dan Ashraf Daniel hanya berlalu masuk ke rumah melanggar bahu ku.. aku menutup pintu rumah perlahan..
"So, this is your wife? Gosh.. look at her.. you selera dengan dia ni? Eee c'mon lah.." kata Khalisa menjeling ke arah ku.. aku menahan sebak di dada..
"Siapa cakap I selera dengan dia ni.. and I tak pernah nak anggap dia as my wife pon.." kata Ashraf sambil ber lalu pergi dengan Khalisa.. aku menyampuk..
"E-encik nak makan..? Saya dah masakkan untuk encik dan tetamu kita.." sambil aku mengelap air mata ku dengan cepat dan memandang ke arahnya.. dia berpusing..
"I'm not your guest you little maid. Respect me because I'm his and please okay! Panggil aku Miss Khalisa." Sampuk Khalisa. Aku menjadi agak berang.
"Aku dah makan dekat luar.. buang je makanan tu.." balas Ashraf Daniel dengan muka selamber nya itu.. aku tidak terkata..
"Baiklah.." jawap ku perlahan.
"Sayanggg.. jom lah pegi bilik youuuu.." rayu Khalisa dengan ngade-ngade.
Aku terkejut dan terus memandang ke arah Ashraf.. Astagafighrullah.. aku tidak tahu harus bertindak bagaimana.. ingin aku menggeleng kepadanya tetapi tidak kuat.. dia memandang ku semula.. 'apa yang engkau sedang fikirkan..' aku tidak sedar bahawa air mata ku jatuh di pipi ku.. aku menunduk.. seperti ingin pitam aku dibuatnya..
Mereka berlalu pergi meninggalkan aku..
'Ya Allah ya Tuhan ku.. aku berdosa kepada mu ya Allah.. aku tidak kuat wahai Tuhan ku..'
Aku tertidur jua akhirnya selepas hampir jam 3 pagi aku tidak melelapkan mata..
*****
Aku tersedar dari mimpi ku yang tidak berapa menyenangkan hati aku.. kepala aku sakit sangat kerana pening yang teramat ini.. aku membuka mata ku perlukan.. daripada penglihatan kabur ku ke cerah.. 'astagafighrullah..' guman hati ku.. aku terlepas solat subuh.. aku tidak mendirikan solat subuh ku kerana khayal dan leka dengan duka ku.. aku berserah pada takdir atas apa yang menimpa ku tanpa bertindak apa-apa.. aku bersalah..
Aku mencapai jam tangan ku dan melihatnya.. mata aku membuntang melihat jam yang hampir tepat pukul 9.30 pagi.. aku bergegas!
Mencapai tuala ku dan membersihkan diri ku.. selepas hampir 15 minit di dalam tandas, akhirnya aku keluar.. keluar dari bilik ku dan melihat sekeliling di kawasan dapur tempat bilik aku terletak.. walaupun hati tetap hancur tetapi kerja ku tetap kerja ku..
Aku mengemas rumah itu seperti biasa sambil memikirkan apa yang telah terjadi semalam.. 'apa yang mereka buat..?' 'Sanggup dia mengkhianati isterinya sendiri..?'aku mula berfikiran negatif.. 'siapa kah aku ini..?' Rasa kecewa dan sedih mula hinggap di hati aku..
Aku menyediakan makan pagi tetapi tidak ada yang sentuh sehingga lah waktu sekarang yang sudah hampir 12 tengah hari.. 'diorang keluar ke..? Mungkin..?'
Tiba-tiba kedengaran seperti orang turun dari tangga.. aku memandang ke arah tempat itu.. 'dia ni..'.. dengan pakaiannya yang seksi boleh memikat dan menarik pandangan lelaki di luar sana apatah suami ku sendiri.. rasa dendam mula membiak.. aku cuba bersabar..
"Morning maid.." katanya selepas Khalisa melangkah ke dapur dan mencapai kotak air orange dan cawan kaca.. aku hanya mendiamkan diri..
"Apa Cik Khalisa buat dengan suami saya buat hah..?" Aku akhirnya bersuara memberanikan diri.. walaupun dalam hati aku berdegup laju kerana perasaan takut ini..
"Ouh wow, hey beraninya you ni.. tak malunya you cakap macam tu.. Ashraf Daniel is not the right guy for you and dia hanya lelaki yang dipaksa jadi suami kau je tau tak!.." Khalisa mula bersuara tinggi sambil menyilang tangannya.
"Cik Khalisa yang tak malu sebab cuba menghancurkan hubungan orang lain.." jawapku cuba menahan amarah dan pada masa yang sama rasa takut ku.
"What?!" Khalisa mendekati ku dan menarik rambut ku.
"Hey you dengar sini eh! Ashraf dah tidur dengan I banyak kali tau tak and he supposed to be mine! Tapi sebab you je perempuan kampung!, dia terpaksa tinggalkan I tau?! You know what, last night, he had a very great night with me.." Khalisa menolak kepala ku dengan kuat sehingga aku terjatuh di lantai.. aku tidak menghiraukan kesakitan yang aku sedang rasai tetapi kemarahan dan kekecewaan.. air mata ku mengalir laju jatuh di paha ku..
"Khalisa!" Satu suara yang kedengaran dari belakang Khalisa.. aku menoleh kepadanya.. dia memandang ke arah ku yang sedang terduduk di lantai.. aku tidak memikirkan apa-apa dan terus menunduk dan menangis di atas lantai itu tanpa suara.. aku terasa seperti air mengalir dan lekitan di paha ku..
"Apa you buat ni..?" Tanya Ashraf dengan menahan marahnya..
"You, dia kurang ajar dengan I tau. Dia boleh cakap I rampas you dari dia." Balas Khalisa dengan mengada-ngada. Ashraf Daniel memandang ke arah ku yang sedang di lantai.
"Wey pompuan kau bangun sekarang!" Pekik Ashraf. Entah kenapa aku seperti tidak mendengarnya.. aku dah tau..
Cecair pekat yang berwarna merah mengalir dari selakan kain ku.. aku tersandar.. Ashraf Daniel dan Khalisa terkejut melihat apa yang baru sahaja terjadi.. dia dengan pantas mendekati ku tanpa ku duga dan mendapatkan aku.. aku tidak tahan rasa sakit di dalam perut ku.. senak di perut ku tidak dapat aku ungkap bagaimana rasanya..
"Apa you dah buat dekat dia?!" Tengking Ashraf kepada Khalisa. Khalisa hanya terpaku tidak terkata.
"Sarah, Sarah hold on please. Hold on." Dia memegang muka ku seraya berkata begitu dengan cemasnya.
Orang disekeliling ku menyeksa ku.. aku cuba bertahan.. baru sebulan aku tinggal bersama mereka tetapi rasa sakit itu seperti hati aku diseksa, dicincang dengan pisau yang tajam.. aku tahu bahawa aku tiada jalan keluar dari hidup ini.. fikiran aku telah terhasut akhirnya..
*****

YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...