Part 1

3.3K 25 1
                                    


*SARAH*

'Apa yang patut aku buat sekarang...? Ibu... abah... adik rindukan ibu dengan abah... adik sengsara hidup dalam keluarga ni... sakitnya ibu...' aku memejamkan mata ku menahan tangisan... memeluk diri ku... memujuk diri ku supaya bertahan.

Lalu pintu bilik ku diketuk...

"Sarah, mari makan nak. Mak Som dah siap masak, Datin pon dah panggil makan ni."

"ye.. saya datang Mak Som..." jawap ku dengan lembut sambil mengusap mata ku..

*****

8 bulan yang lalu...

"Ibu! Mana hadiah untuk Abang Mirul yang adik letak dekat atas meja ni!" Aku gelabah mencari hadiah yang telah aku siapkan untuk Abang Mirul sempena hari jadi dia yang ke 25 ni. Aku tak sabar sangat nak bagi dia hadiah ni. Alamak malunya!!! Guman hati ku.

Keluarga Abang Mirul telah mengadakan kenduri doa selamat serta hari jadi Abang Mirul alang-alang 2 hari akan datang adalah hari Abang Mirul meninggalkan kampung halamannya dan keluarga untuk pergi berdakwah di Pakistan bersama rakan masjid yang lain. Kami sekeluarga dijemput hadir ke majlis tersebut. Keluarga aku dengan keluarga Abang Mirul rapat sangat dah macam satu family, apa taknya kalau ibu abah dengan parents dia rapat dari kecil lagi, dan ibu dengan Mak Tin adalah adik beradik angkat, apatah lagi kami. Aku tergelak mengenangkan kisah waktu kecik-kecik dengan Abang Mirul.

"Ibu jom! Kita dah lambat ni!" Jerit ku.

"Sabar lah adik oi. Asal buah hati dia je, semua nak nombor satu kan" sahut ibu ku membuatkan abah dan abang Adi tergelak sekali.

"Ishhh budak ni" gelak abah.

Kami berjalan mengambil masa 10 minit ke rumah Mak Tin dan Pak Dolah , mak dan ayah Abang Mirul. Kami pon sampai selepas 10 minit berjalan bersama..

"Assalamualaikum" kami sekeluarga memberi salam sebelum disambut balik dengan salam dan mesra dari keluarga Abang Mirul.

"Masuk lah dulu makan sekali dengan kami eh meh.." kata Mak Tin kepada kami sekeluarga sambil tersenyum mesra ketika berjabat tangan dengan ibu.

Suasana majlis berjalan dengan lancar. Aku curi-curi keluar dari perbualan mereka dan pergi ke dapur selepas aku ternampak Abang Mirul melambai tangannya kepada ku dengan isyarat menyuruh aku ke dapur rumah dia. Aku mengundur diri ketika ibu dengan abah sibuk berborak sesama mereka. Aku bergegas terus ke dapur dengan harapan tiada siapa yang melihat. Aku sampai ke dapur rumah Abang Mirul yang luas tu, lalu..

"Baaa!" Aku terkejut beruk dengan kejutan Abang Mirul tadi hampir membuatkan jantung aku gugur.

"Abang!" Aku acah-acah mahu menepuk bahu Abang Mirul. "Ishhh! Jahatlah Abang ni! Nak gugur tau tak jantung adik!" Teriak ku dengan perlahan.

"Maaflah" ucap Abang Mirul dengan menunjukkan mukanya yang sejuk dipandang tu terhadap ku. Aku menjadi malu lalu aku beralih pandangan ku ke tempat lain.

"Jom pegi belakang. Abang macam nampak something je tu dekat tangan adik. Untuk Abang ke?" Kata Abang Mirul sambil memandang tangan ku.

"Ye, ni untuk Abang. A-a.. jom lah kita gi belakang kat pondok tu." Aku berlalu pergi dengan muka yang agak memerah menahan malu. Abang Mirul mengikuti ku dari belakang dengan senyumannya yang manis tu.

Aku membelakangi Abang Mirul memegang erat hadiah tu ditangan ku. Lalu,..

"Sarah? Adik nak bagi ke tak nak hadiah tu?" Abang Mirul tergelak kecil. Aku berpaling memandang Abang Mirul dengan air mata yang mengalir di pipi ku... lalu aku menghulurkan hadiah itu kepadanya,

"Nah, ni untuk Abang. Maaf eh sebab adik tak mampu nak beli hadiah yang mahal sikit." Kata ku sambil memandang ke arahnya.

"Sarah.., kenapa tiba-tiba menangis ni..? Sebab Abang dah nak pegi eh..?" Balas Abang Mirul mendongak ke bawah memandang ku.. lalu aku mengangguk menyatakan ya..

"Sarah.., abang tau abang pegi lama jugak tinggalkan kampung ni.. tinggalkan mak dan ayah.. dan Sarah jugak.. tapi abang akan balik jugak kan? Tak lama pon, pejam celik dah setahun." Sambung abang Mirul. Aku tergelak dengan reaksinya untuk membuatkan aku tersenyum..

"Tapi abang.. setahun tu pon lama jugakkan.. adik takut.."

"hey.." ayat ku tergantung dicelah abang Mirul.

"Sarah.. hadiah yang Sarah bagi tu tak semahal cinta Sarah pada abang kan? Dan cinta abang takde siapa boleh ganti kecuali Sarah sayang abang sorang ni." Aku tersenyum malu menampakkan merah muka ku. Dengan cepatnya aku menekup muka ku dengan kedua-dua belah tapak tangan ku.

"Dah cair lah tu." Usik Abang Mirul terhadap ku.

"Ishhh dah lah abang ni!" Aku masih tersenyum menahan malu.

"Okay dah dah haha. Jom lah duduk kat kerusi tu. Panas ni." Ajak Abang Mirul mempelawa ku untuk duduk di bawah pondok. Aku mengikutinya dari belakang dan melabuhkan punggung ku di atas kerusi bersebelahan dengan Abang Mirul dengan jarak yang jauh sedikit. Kemudian, Abang Mirul membuka hadiah kotak kecil tu dari ku menampakkan seutas jam tangan,

"Bagi abang mahal jugak hadiah ni haha, dan sudah tentu abang suka hadiah ni.. terima kasih Sarah." Ucap Abang Mirul sambil tersenyum.

"Sama-sama Abang." Ucap ku penuh ceria.

Cuaca berlalu dengan angin yang sejuk...

"Bestnya kan angin macam ni.. sejuk je.. tak lama lagi pon dah nak bulan December.. lagi 3 bulan je ni.." aku berkata memecah kesunyian..

"Haah betul tu. Dan tak lama lagi jugak hari jadi adik jugak.." aku terpaku mendengar katanya, mengenangkan hari yang istimewa tanpa si dia..

"..sebab tu jugak abang bawakkan hadiah ni untuk adik.." Abang Mirul menghulurkan sebungkus kotak kecil dari poket bajunya lalu aku menyahutnya.. aku memandang, memikirkan apa yang ada di dalam kotak kecil ini..

"Buka lah." Sambung Abang Mirul sambil tersenyum manis memandang ku.. lalu aku membukanya..

Aku terpaku memandang kearah sebentuk cincin yang sangat cantik dan bersinar itu..

"A-abang.." aku tidak terkata lalu dibalasnya..

"Shhhhh... tak perlu tanya apa-apa.. abang belikan ni untuk adik sebab abang nak adik nampak lawa pakai cincin tu.. abang pon nak supaya adik tak lupakan abang.. kalau adik tak kebera-.."

"T-tak!.. a-adik nak sangat pakai!.." aku membalasnya dengan laju sampai aku tersedar yang aku agak gelojoh berkata-kata.. 'alamak! Malunya!' Lalu aku dan Abang Mirul ketawa bersama kerana sikap tiba-tiba aku sebentar tadi..

"Comel lah dia ni." Dilemparkan senyuman manisnya kepada ku.

Aku menutup muka ku dengan tangan menahan malu dengan pujian dari Abang Mirul dan sikap ku sebentar tadi... aku menyarungkan cincin itu dijari manis ku selepas kami berhenti seketika..

"Adik nampak cantik dan kene sangat dengan cincin tu.. jaga baik-baik eh." Kata Abang Mirul.

"Terima kasih abang sebab hadiahkan cincin ni untuk adik walaupun hari jadi adik lambat lagi.. dan adik janji yang adik akan jaga cincin ni elok-elok." Aku menjawapnya dengan penuh semangat dan Abang Mirul membalas ku dengan senyuman di mukanya.

Malam sebelum tidur...

Aku mengusap-usap cincin di jari ku itu mengenangkan kebahgiaan yang telah aku hadapi siang hari tadi.. senyuman terukir di bibir ku mengenangkan hal siang hari tadi lalu cepat-cepat memadamkannya sebelum menutup rapat mata ku..

*****

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now