Part 12

1.4K 25 1
                                    

*****

Hampir 3 minggu berlalu selepas kejadian itu...

Sedang aku membantu Mak Som di ruang tamu, aku perasan tiba-tiba kenapa dalam rumah ni ramai sangat orang padahal selalunya mereka tidak akan 'melekat' di rumah, ada yang busy keluar lah, ada yang pergi salon lah.. dan aku, hanya menjadi orang gaji yang tidak bergaji sahaja.. aku hairan kenapa Si dia ada di rumah..? Selalunya dia akan keluar entah kemana membuatkan aku tertanya-tanya apa yang dia buat di luar sana.. kadang, aku tidak sedap hati.. apa maksudnya itu..? Soal keluarga ke..? Ke pasal dia..?

Selepas beberapa minit aku di ruang tamu membantu Mak Som, aku meneruskan tugas aku di dapur memandangkan sejam lagi genap jam 1 petang, sebaiknya aku sediakan makanan sebelum aku kene.. selepas 45 minit masak di dapur, aku dan Kak Jah menghidangkan makanan di atas meja yang terbentang luas seperti meja di sebuah istana.. sementara Mak Som pula memberitahu Datin bahawa makanan sudah tersedia.

Datin berlalu lalu ke dapur mendekati meja makan dan duduk di atas kerusi,

"Mana Ash?" Kata Datin Naz.

"Takpe lah Datin, saya pergi panggil dia ye?" Kata ku dengan sopan.

"Hmm.." balasnya tidak menghiraukan ku..

*****

Aku membuka perlahan pintu bilik milik Si dia.. 'eh? Mana pulak dia ni?' Guman aku di dalam hati.. 'kat dalam bilik kerja dia kot..' aku lalu pergi di kawasan lorong bilik yang jauh di belakang.. sunyi.. sampai di hadapan biliknya aku mengetuk perlahan muka pintu.. lalu membukanya.. aku ternampak dia membelakangi ku, sepertinya dia sedang sibuk mengerjakan urusannya.. 'mungkin ni waktu yang salah..' aku mula dikelilingi rasa takut..

"Encik.. Datin panggil makan kat bawah.." aku memandangnya sementara dia sedang berpaling dari ku dan menunduk ketika dia berpaling memandang ku..

"Nanti aku turun.."

"Baik lah encik.. saya pergi dulu.." belum sempat aku berpaling dia sambung,

"Tunggu.." katanya, aku berpaling memandangnya, tepat di dalam matanya, aku tak sengaja.. entah kenapa waktu seperti terhenti.. dia seperti terpegun.. sinar matahari tepat di mata ku selepas aku berpaling menunjukkan iris mata ku yang berwarna coklat terang, dia mendekati ku dengan perlahan.. automatik aku menunduk, 'kenapa ni..' getar hati aku.. kepala ku didongak naik olehnya, aku tidak dapat mengelak jadi aku ikutinya sahaja.. tiba-tiba bibir aku dikucupnya lembut.. aku terkejut dengan tindakannya itu.. lama.. lalu ciuman itu menjadi agak kasar, tangan aku terpaksa berpaut di dada tetapi tidak dapat menolaknya.. dia kuat.. kasar.. dan tinggi.. kerana kependekan ku, dia menahan kepala ku supaya tidak terlepas dengan bibir ku.. ciumannya makin dalam.. membuatkan aku menolaknya perlahan..

Dan akhirnya dia melepaskan bibir ku..

"Ah-!" nafas ku menjadi laju kerana sesak menghirup udara.. aku tertunduk di dadanya.. aku tidak tahu apa yang menghasutnya..

"Kau ni memang menggoda.." bisikannya di telinga ku.. aku memejam mata ku selepas dia bisikannya itu.. dia akhirnya melepaskan aku dari terngiang-ngiang cuba mencapai lantai.. dia berpaling dan menyentuh bibirnya sebelum dia berkata,

"Pergi kemas barang kau.."

"H-hah? Kenapa encik..?" Aku sudah mula berfikiran negatif.

"Haih... kemas jelah jangan banyak tanya!" Katanya sambil berpaling memandang ke arah ku. Aku terkedu.

"B-baik lah encik, saya pergi dulu ye." Aku membuka pintu meninggalkannya selepas menjawap dengan penuh gentar.

*****

Aku dan Mak Som menunggu kehadiran Si dia, supaya Datin dapat makan sekali tanpa Ashraf Daniel anaknya. Selepas beberapa minit menunggu, Ashraf Daniel turun akhirnya..

"Hai Ash, kenapa lambat pulak turun?" Kata Datin sambil aku membantu meletakkan nasi di dalam pinggan.

"Ash kemas fail-fail Ash tadi.." jawapnya sambil sekilas aku dan dia terpandang.

"Ash,"

"Ye ma?" Jawap Ash sambil memotong ayam dengan pisau di tangannya.

"Mana Ash tidur? Lama Ash tak balik kenapa?"

"Ash tidur rumah Khalisa tapi-" aku tersentap seketika.. entah kenapa hati aku seperti dicincang oleh nya..

"Ash! Ash dah kenapa tidur kat rumah dia?"

"Mama.. Ash tak buat apa-apa lah dengan dia.."

"Ash ingat eh, kita semua bergantung kat perempuan ni tau." Kata Datin Naz sambil menjulurkan pisau kepada ku.. aku terdiam dan menjadi tunggul disitu..

Mereka menyambung semula makan dan seperti biasa aku akan menghidangkan nasi atau lauk di atas pinggan mereka. Kecuali bila Dato' Khalid ada, dia akan mengajak aku makan sekali dan meminta ku untuk memanggilnya 'papa'. Dia adalah satu-satu orang yang baik terhadap ku dibandingkan dengan ahli keluarga yang lain. Aku tertanya, dimana perginya adik-beradik Ashraf Daniel yang lain. Tiba-tiba Ashraf Daniel bersuara,

"Ma.."

"Hmm?" Jawap Datin Naz sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.

"Ash ingat hari ni Ash dah nak pindah balik rumah Ash lah.." katanya sambil memandang ke arah Datin Naz, aku menjadi hairan dalam diam.

"Eh? Kenapa tiba-tiba pulak ni? Bawak pompuan ni sekali ke apa? Eh no no, Ash keje jugak stay kat sini okay." Kata Datin Naz sambil menunding jari tidak kepada Ashraf Daniel.

"Mama.. habis kalau Ash ada rumah tapi takde sape nak duduk, buat apa ada rumah kalau macam tu? Ala ma, lagipun tempat Ash lagi dekat dengan company kita kan.. it just 20 minutes from here mom, and pompuan ni pun Ash bawak sekali.. nanti apa kata papa kalau Ash tinggalkan dia ni.."

"Tinggal je lah dia kat sini... ajar dia ni sikit buat keje kat sini.. daripada jadi penumpang kat sini tapi nak hidup senang je.." kata Datin Naz sambil menjeling kepada aku..

"Kalau dia tak buat keje kat sini, kat tempat Ash dia boleh buat.. kan?" Sambung Ashraf sambil memandang dan terus menjeling kepada ku.

"Haa bagus lah tu.. ikut Ash lah, nanti bagitau papa. Bincang dengan dia, kang tiba-tiba Ash pegi, mengamuk pulak papa nanti.." kata Datin sambil mengelap tisu ke bibirnya.

"Alright mom.."

Aku sedar yang bermula hari ini aku akan tinggal berdua-duaan dengan suami ku.. atau.. entah lah, mungkin ada orang lain?.. 'hishh... tak baik...' ujar ku di dalam hati.. aku harap aku akan baik-baik je tinggal di sana bersamanya..

*****

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now