Part 3

1.6K 17 1
                                    

*****

Sebulan kemudian...

"Jaga diri tu baik-baik dik. Jangan ikut perangai budak-budak sumbang tu semua eh?" Kata ibu sambil dicium tangannya oleh ku.

"Ye mak. Mak dah bagitau adik banyak kali dah." Balas ku selepas memeluknya.

"Ye lah awak ni pon. Kesian budak ni karang tertekan pulak." Sahut abah membuatkan aku tergelak. Aku bersalaman dengan Abang Adi dan memeluknya erat.

"Jangan nakal-nakal dik. Bahaya dekat luar sana tu. Banyak pengaruh." Kata Abang Adi. Aku mengangguk ya.

Aku mendengar bunyi hon teksi itu dan mengangkat beg ku. Pemandu teksi itu keluar dari keretanya dan membantu ku mengangkat beg ku lalu memasukkannya di dalam boot kereta. Aku kemudian masuk ke dalam perut kereta dan membuka tingkap kereta supaya dapat melambai kepada ibu abah dan abang. Mereka melambai semula kepada ku dengan senyuman terukir di muka mereka. Akhirnya mereka hilang dari pandangan selepas teksi mula bergerak.

Aku memandang ke luar tingkap kemudian beralih ke arah cincin yang aku sarungkan di jari manis tu. Tanpa aku sedar, aku mengusap cincin itu dengan ibu jari ku dari tadi. Rasa rindu terhadap Abang Mirul mula timbul.

Aku lalu mengeluarkan telefon bimbit ku yang berjenama Samsung J5 itu dari poket baju ku dan mula mencari nama Abang Mirul. Kemudian aku mula manaip.

'Assalamualaikum abang, adik dah gerak ni dari rumah.'

Aku beralih pandangan selepas menghantarnya dan berpaling semula ke muka screen selepas terdengar mesej masuk.

'Waalaikumussalam ohhh, haa jaga diri Sarah sayang. Hati-hati jalan nanti.' Terukir senyuman di bibir ku membaca mesej itu.

'Baiklah abang sayang. Abang pon. Nanti adik bagitau kalau dah sampai.' Tiba-tiba terasa baham malu disekeliling muka ku.

'Okay buah hati ku. Assalamualaikum.' Ucap Abang Mirul dengan meletakkan emoji kiss di pengakhir katanya.

'Waalaikumussalam.' Balas ku dengan emoji yang sama di pengakhir ayat ku. Aku mula tersenyum berseorangan dalam teksi lalu membuatkan aku tersedar bahawa ada yang boleh melihat.

Selepas 1 jam 15 minit perjalanan, akhirnya aku tiba di hadapan rumah sahabat ku dari kecil yang tinggal sekampung dengan ku Sufi. Rumahnya terletak di kawasan yang agak terpencil di bandar Kuala Lumpur ini. Teksi itu mula bergerak meninggalkan aku di belakang.

"Assalamualaikum Sufi!" Aku memberi salam dengan agak kuat kerana kelihatan seperti tiada siapa yang ada di rumah. Lalu..

"Waalaikumussalam. Eh Sarah! Ya Allah. Kenapa tak cakap dah nak sampai." Dijawapnya Sufi dengan terujanya sambil mengeluarkan kunci untuk membuka pagar rumah. Sufi memeluk ku dengan erat sekali seperti sudah lama tidak berjumpa dengan ku. Padahal dia ada melawat 2 minggu yang lepas sebelum aku datang.

"Eh jom lah masuk, aku tau kau lapar kan?" Acah Sufi dengan mukanya yang di buat-buat.

"Ummm.."

"Dah tak payah. Jom kita gi makan kat dalam." Sufi mengangkat beg ku selepas memotong percakapan ku. Aku hanya tergelak kecil dengan reaksinya.

Malam berlalu..

Aku duduk di atas sofa sambil termenung kemudian Sufi hadir menghulurkan aku pop-corn.

"Nah, okay malam ni kita layan movie. Girls time!" Ujar Sufi dengan gediknya.

"Haha kau dah kenapa? Kalau lagi 3 hari dah start keje, enjoy apa bendanya." Jawap ku perlahan sambil mengunyah pop-corn.

"Alaaaa kau ni ponnnnn. Sporting lah sikit. Kau kan baru je sampai petang tadi. Apa salahnya kalau aku nak fun fun sikit dengan sahabat kesayangan aku ni." Usik Sufi sambil jarinya acah ingin menggeletek ku.

"Sufi! Kotor lah!" Aku ketawa kerana usikan Sufi itu membuatkan aku berdiri di atas sofa.

"Eh eh dah tak payah nk geli geli sangat lah. Orang usik sikit dah nak bising." Balas Sufi melihat gelagat ku.

Setelah lama kami berdiamkan diri, akhirnya aku bersuara.

"Sufi, tempat kerja kita tu tempat macam mana?"

"Hmmm? Kenapa pulak tanya macam tu?" Ujar Sufi setelah mendengar pertanyaan ku dengan mukanya yang keliru.

"Takde lah, aku tertanya-tanya je." Jawap ku sambil memandang ke arahnya.

"Hmmm.. since kerja kau kerja catering, actually takde lah susah mana. Just layan tetamu lah and serve diorang makanan je lah.."

"Ohhh. Takde lah susa-.." belum sempat aku menghabiskan kata-kata ku, Sufi memotong percakapan ku.

"Tapi tu lah.. certain pelayan terpaksa layan diorang dalam bilik khas."

"Hah!? A-apa maksud kau wey?! Eee tak nak aku. Kang tak pasal-pasal jadi benda lain pulak." Balas ku sambil memeluk bantal yang ada di sebelah ku itu.

"Ishhh kau ni pun. Belum apa-apa kau dah cakap bukan-bukan." Balas Sufi sambil menepuk paha ku dengan perlahan.

"Jangan risau. Aku kan manager korang yang akan manage pergerakan korang. Sooo.. aku akan make sure kau tak kan jaga dalam bilik khas macam tu." Sambungnya semula.

"Alhamdulillah.. lega aku dengar. Nasib baik kau manager kitorang." Aku menghembus nafas perlahan selepas mendengar berita baik itu.

Aku bahagia bila ada Sufi dengan aku.. yang boleh tengokkan aku bila keluarga aku jauh dari aku.. rindu nak ada kenangan tu semua.. tapi tu semua dah berakhir.. aku tak kan dan tak kan pernah merasa kebahagiaan tu lagi..

*****

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now