*****
3 bulan kemudian...
Aku menanggalkan seragam pelayan ku lalu ku bersandar di dinding bilik store di sebuah hotel di mana aku ditugaskan. Syukurlah dapat berehat sekarang ni kalau tak aku dah pengsan kot. Aku mencapai pinggan yang ada berdekatan ku dan mengisi nasi dan lauk di atas yang telah disediakan awal-awal untuk pekerja yang bertugas. Aku mula menyuapkan makanan itu di dalam mulut ku.. Ya Allah nikmatnya dapat makan ni.. ehmmmm..
*Bersendawa*
"Alhamdulillah. Hmm.. dah pukul berapa dah ni?" Lalu aku melihat jam. Mata aku buntang melihat jam tepat pukul 2.30. Dengan gelabah aku cepat-cepat mengangkat pinggan ku dan basuh kemudian aku terus keluar dari bilik store itu dan terus berlari ke surau yang ada di dalam hotel tersebut.
"Ya Allah macam mana boleh lambat ni! Tak pasal-pasal nanti ni mesti kena marah dengan Encik Kamal." Aku terus berlari sambil memejamkan mata ku. Macam-macam benda yang difikirkan.
*****
"Haa macam mana kerja tadi? Kau nampak penat semacam je ni. Ada apa-apa jadi ke waktu aku takde tadi?" Sufi berkata selepas sahaja kami masuk ke dalam perut kereta dan sedia untuk pulang ke rumah.
"Haih.. macam-macam jadi. Entah lah kenapa hari ni aku rasa bad luck pulak. Dah lah tadi kena marah dengan Encik Kamal sebab lambat 30 minit. Lepastu kena marah dengan customer hotel tu." Balas ku panjang lebar tidak puas hati dengan apa yang jadi siang hari tadi.
"Ishhh kau ni pun. Alaaa biasa lah kan kerja. Mesti lah kena ada baik buruknya jugak kan." Ujar Sufi selepas mendengar keluhan ku.
"Untung lah kau jadi manager kitorang.. kalau lah takde kau tadi aku rasa dah lama kot aku ni kene terajang keluar." Kata ku dengan penuh lelah. Sufi hanya tergelak mendengar keluhan ku.
*****
Aku melangkah keluar dari bilik selepas sahaja selesai membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib. Aku kemudian melangkah ke ruang tamu dan mendekati Sufi yang sedang asyik melayan drama English kesukaannya itu. Aku melabuhkan punggung ku di sebelahnya dan menghembuskan nafas lega ku.
"Haih kak, penat semacam je kau ni hari ni." Ujar Sufi.
"Hmmm, biasa lah kerja." Balas ku sambil mengurut-urut bahu ku.
"Tak call pulak ibu kau hari ni. Selalunya tiap-tiap malam kau call. Haha." Acah Sufi saja mengusik ku.
"Call lah. Tadi dalam bilik dah call.. risau lah.." balas ku sambil membuat muka sedih.
"Kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke?" Tanya Sufi.
"Takde lah sangat.. ayah aku tu.. dia boleh accident keluar dari masjid asar tadi.." jawap ku dengan sedih.
"Astagafighrullah, macam mana boleh accident pulak?"
"Entah lah wey. Mak aku cakap dia pitam time bawak motor. Aku dah mula risau lah." Jawap ku dengan penuh rasa resah.
"Mengucap wey. InsyaAllah ayah kau boleh baik ni. Doa yang baik-baik. Jangan lah overthinking sangat pasal benda yang tak elok. Allah nak uji kita wey kau kena ingat tu. Lagi-lagi time kau tengah kerja nak mulakan hidup baru macam ni. Macam-macam boleh jadi tau. Doa yang baik-baik supaya semua dipermudahkan oleh Allah Sarah." Balas Sufi panjang lebar cuba untuk menenangkan aku. Aku hanya membalas dengan mengangguk sahaja. Sufi hanya memandang muka sedih ku lalu dia menepuk bahu ku dan berkata,
"Dah dah. Jangan sedih lagi. Esok big deal tau tak."
"Big deal? Maksud kau?" Tanya ku dengan perasaan ingin tau.
"Hmmm.. kesian pulak kat kau kalau aku bagitau ni."
Aku membuat muka bingung dengan apa yang dimaksudkan Sufi.
"Macam ni.. esok aku terpaksa hantar kau dekat Hotel Banyan Tree dekat KLCC tu.." terkejut dengan apa yang diberitahu Sufi lalu aku menjawap.
"Apa?! Kenapa pulak?"
"Ya Allah kau ni. Dengar lah dulu kalau ye pun!" Balas Sufi geram dengan reaksi ku yang tidak sabar-sabar. Aku terus menundukkan kepala ku acah-acah merajuk.
"Esok ada event besar dekat sana and diorang tak cukup orang so that's why jugak aku hantar kau pegi sana. Ramai jugak lah diorang nak pakai orang sampai kau sekali aku terpaksa hantar. Dah lah esok pon aku takde dengan kau kat sana sebab jaga event dekat-dekat sini. Hmmm.. sorry eh wey aku terpaksa hantar kau jugak." Sambung Sufi dengan keluhannya.
"Hmmm.. nak buat macam mana dah tu kerja kau kan? Takpe lah aku faham. Aku pon tak boleh nak selfish jugak kan..?" Keluh ku juga.
"It's okay, sehari je kan?" Ujar ku sambil memandang ke arah Sufi.
"Haah, don't worry okay?" Jawap Sufi.
*****
"Esok mama nak Ash pegi jugak meeting tu dengan Dato' Harun together dengan Khalisa. No bantah-bantah.. hari tu mama suruh Ash pegi meeting dengan diorang pon Ash hilang entah ke mana kan?" Ujar Datin Naz sambil menjeling ke arah Ashraf Daniel. Ashraf Daniel hanya menghembuskan nafas berat setelah mendengar kata-kata Datin Naz.
"Just because nak jaga hati Dato' Harun and Khalisa tu, mama nak Ash pegi jugak? What's the point meeting them just because of that bitch." Balas Ashraf dengan perlahan di akhir katanya untuk cover.
"Dengar je lah cakap mama tu Ash... and dengar sini eh, Ash tak kan dapat contract tu kalau Ash tak pegi. Papa tak kan benarkan Ash join walau macam mana pon kalau Ash tak pegi." Ugut Dato' Khalid kerana bantahan Ashraf itu.
"Okay then.." jawap Ashraf Daniel dengan selamber nya sambil berdiri meninggalkan Dato' Khalid dan Datin Naz menuju terus ke biliknya. Mereka berdua memandang sesama sendiri dan Dato' Khalid menggelengkan kepalanya kepada Datin Naz isterinya.
*****
Belum sempat Ashraf baring di atas katil nya, telefon milik nya berbunyi. Nama Khalisa terpapar ni muka screen phone miliknya. Ashraf Daniel mengeluh selepas melihat screen phone nya. Dia mengangkat panggilan Khalisa.
"Yes?"
"Hey babe! Missed you so much! You datang tak esok? Datang laa datang laa. Dah lama you tak spend time dengan I kan." Balas Khalisa dengan gediknya. Bagai nak pekak Ashraf Daniel dibuatnya sampaikan dia terpaksa menjauhkan telefon itu dari telinganya.
"Hmmm.. I terpaksa je datang.. kalau tak I tak nak pon datang.." balas Ashraf dengan keluhnya yang berat.
"You ni! Selalu sangat macam ni.. still marah kat I lagi ke..? Dah lah, lupakan pasal apa yang jadi dekat I dengan Fendy. Semua tu tak sengaja tau t-.."
Belum sempat Khalisa menghabiskan ayatnya. Ashraf Daniel mematikan panggilan mereka kerana marah yang tidak dapat ditahannya lagi. Ashraf terasa seperti diperbodohkan kerana permainan Khalisa yang menduakan Ashraf dengan Fendy. Dengan selambernya Khalisa meminta maaf kerana telah tidur bersama sama dengan rakan syarikat lain yang bekerjasama membangunkan syarikat milik Dato' Harun.
Ashraf Daniel tidak tahan mengenangkan waktu ketika Khalisa berterus terang dan meminta maaf atas apa yang berlaku lalu dia menumbuk dinding yang berdekatan dengan katilnya itu kerana amarahnya tidak terkawal.
*****
YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...