*****
Aku membuka mata ku dengan perlahan, tetapi penglihatan ku masih kabur seperti masih dibuai mimpi.. bunyi air terngiang-giang di telinga ku.. kedengaran seperti seseorang sedang mandi.. kejadian semalam tiba-tiba terimbas kembali mengingatkan aku tentang apa yang terjadi.. dan aku tersedar dan terbangun.. duduk di atas katil itu sambil menggenggam kain selimut tebal itu di sekeliling ku.. air mata ku mula mengalir di pipi ku.. tangisan ku mula kedengaran.. 'tidak.. tidak...' kata ku di dalam hati..
Pintu bilik air dibuka dan aku cepat-cepat menutup badan ku dengan selimut tebal itu.. dia melihat ku.. memandang tajam ke dalam mata ku.. kemarahan ku mula membara..
"A-apa encik dah buat dekat saya hah?!" Teriak ku sambil air mata ku mengalir laju. Aku menggenggam kuat selimut tebal itu.
Dia memandang tajam kepada ku dan mengeluh berat..
"Diam.." balasnya sambil mendekati almari baju dan mencapai satu set pakaian. Aku hanya melihatnya.
"Encik kena bertanggungjawap terhadap saya!" Jawap ku semula dengan terkedunya sehingga mengalir lagi air mata ku.
Dia memandang ke arah ku.. aku terdiam.. dia mendekati ku dengan perlahan dan merangkak mendekati ku. Dia kemudian menyentuh pipi sehingga ke dagu ku.. lalu memicit dagu ku dengan kasar,
"Eh pompuan, apa kau merepek ni? Dalam mimpi kau lah. Kau jangan harap kau dapat kawin dengan aku. Setakat kau ni aku boleh bayar lah." Dia kemudian menolak dagu ku.
"Lelaki tak guna!" Teriak ku dengan kuat dan satu tamparan diberikannya kepada ku sehingga aku terbaring semula di atas katil itu.
"Kau nak lagi ke hah?!" Dia menarik kasar rambut dan menolak ku semula. Aku hanya mampu menangis.
"Kau ni buang masa aku betol lah.."
*****
"Ye ye sekejap! Saya datang balik." Kata manager itu dengan cemasnya.
Sufi kulur-kilir sambil menggigit kukunya sambil memikirkan apa yang telah terjadi kepada Sarah kerana dia tidak pulang ke rumah. Jadi, Sufi mengambil tindakan dengan mencari Sarah di tempat terakhir dia berada. Selepas beberapa minit, manager itu datang semula dengan cemasnya.
"Saya dah dapat! Haa, semalam saya tugaskan dia di bilik khas yang telah disediakan khas untuk bakal CEO Bernas Holdings Encik Ashraf Daniel anak Dato' Khalid. Tengok dalam CCTV ni, lepas dia hantar barang-barang atas trolley tu, dia tak keluar keluar pon dari bilik tu." Katanya membuatkan Sufi risau.
*****
Ashraf Daniel mencapai keluar dompetnya dan keluarkan beberapa keping duit RM100 kemudian membaringnya ke arah muka Sarah yang masih sedang dalam tangisannya.
"Kau tak kan jumpa aku lagi lepas ni.." dia mencapai tombol pintu dan membukanya.
"Ya Allah Sarah!" Mata Sufi membuntang ketika ternampak Sarah dalam keadaannya separuh terbogel selepas sahaja pintu dibuka. Dia kemudian melihat ke arah Ashraf Daniel dan memekik,
"Apa kau dah buat dekat kawan aku hah!" Sufi menampar-nampar dada Ashraf Daniel memandangkan dia tinggi. Ashraf Daniel ditahan oleh orang-orang Jabatan Pencegahan Maksiat yang telah dipelan awal oleh Sufi. Sufi kemudian berlari ke arah Sarah yang meraung namanya. Dia mendekati Sarah dan memeluk Sarah dengan kuatnya. Sufi juga menangis melihat keadaan kawannya itu.
"Ya Allah. Apa dah jadi kat kau ni? Ya Allah Sarah. Bawak dia keluar!" Teriaknya ke arah mereka yang sedang menahan Ashraf Daniel. Dia mengusap-usap muka Sarah dan tidak berhenti meminta maaf kepada Sarah kerana meninggalkannya bersendirian. Dia memeluk Sarah erat.
*****

YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...