*****
Sarah meletak perlahan beg kerja milik suaminya Ashraf selepas sampai di bilik kerja itu. Dia menghela nafas perlahan..
'Kenapa benci sangat Abang Ash pada aku..' keluh Sarah.
'Teruk sangat ke aku ni sampai nak hina aku macam tu..? Tak cukup baik ke layanan aku selama ni pada dia..?' Gumannya lagi di dalam hati.
'Astaghfirullah.. tak baik lah Sarah.. kenapa sampai jauh sangat kau fikir..' marahnya terhadap dirinya.
'Baik aku turun sekarang.. kang tak pasal-pasal aku kene lagi..'
Sementara itu..
Sementara itu Ashraf bergerak ke dapur untuk mendapatkan air.. sambil dia berjalan tidak jauh dari meja makan itu, matanya jatuh ke atas telefon pintar milik Sarah.. sepertinya ada mesej yang baru sahaja masuk.. sambil tangannya meraba mendapatkan cawan yang dekat dengan meja tersebut.. dia cuba tidak menghiraukannya tetapi perbuatannya terhenti selepas dia nampak mesej yang diterima Sarah adalah dari pada seorang lelaki..
Dengan perlahan Ashraf meletakkan cawan tersebut di atas meja tanpa dia beralihkan pandangannya dari muka skrin telefon milik Sarah.. dia kemudian mencapai telefon tersebut..
'Abang Mirul..' gumannya di dalam hati menyebut nama penghantar.
Dia tidak teragak dan membuka mesej tersebut..
'Ye ke ni dik..? Ke adik tipu abang? Entah-entah suami adik kongkong adik tak bagi adik balik kampung ni? Abang gurau.. Then takpe lah.. kalau adik dah cakap macam tu abang nak buat macam kan? Haha.. sorry abang gurau je tadi.. tapi ingat tau.. kalau betul-betul ada masalah, adik boleh cari abang.'
'Sarah? Busy ke? Alright takpe lah, buat lah keje adik, kalau dah free boleh je mesej abang.'
Itu lah mesej yang dihantar Abang Mirul kepada Sarah. Membaca mesej itu, ekspresi wajah Ashraf berubah.. mukanya mula berkerut.. dia kemudian scroll down untuk membaca perbualan mereka..
*****
"Encik nak makan apa-apa ta-.."
Kata-kata Sarah terhenti apabila dia mendapati Ashraf sedang memegang telefon bimbit miliknya.. dia terpaku.. Sarah mula menggigil..
Ashraf dengan perlahan memandang ke arah Sarah selepas matanya seperti sudah selesai membaca perbualan mereka..
"E-en.. encik.."
"So.."
Belum sempat Sarah menghabiskan ayatnya, Ashraf memotong.. Sarah mula bergerak kebelakang dengan perlahan.. perlahan sangat.. Sarah ketakutan dan hampir pucat.. kerana Sarah amat takut akan Ashraf Daniel..
"Haih Sarah.." keluh Ashraf dan tersengeh.
"So sekarang ni kau nak burukkan aku la.. sape Abang Mirul kau ni? Buah hati kau ke?" Sambung Ashraf sambil mendekati Sarah dengan perlahan. Ekspresi mukanya berubah..
"T-tak.. bukan macam tu encik! Bukan!" Balas Sarah sambil menangis dan menjauhkan dirinya.. tindakan Sarah makin kebelakang.. dia kebelakang mengelilingi meja makan itu tetapi Ashraf tetap mendekat. Sarah mengalirkan air mata kerana takutnya yang cukup terhadap Ashraf.
"Habis tu!!!" Teriak Ashraf.
"Encik tolong! Tolong.. Sa.. Sarah boleh explain!" Rayu Sarah sambil menggenggam kedua belah tangannya.. dia menangis teresak-esak.
Ashraf menghempas kuat telefon Sarah di atas lantai.. Sarah tersentap dan terkejut.. dia tidak berani melihat Ashraf..
"Encik tolong.. s-saya mera-.."
Melihat Ashraf datang dengan lajunya dihadapan dia terhenti.. Ashraf menampar pipi Sarah sekilas sahaja dia berdepan dengan Sarah..
Sarah jatuh ke atas lantai.. Sarah meraung kesakitan.. tidak cukup dengan itu Ashraf datang mendekati, kemudian menarik kuat rambut Sarah membuatkan muka Sarah menghadapnya tetapi Sarah hanya memejam mata sambil teresak-esak. Bibir Sarah berdarah dan lebam sedikit akibat tamparan kuat dari Ashraf.
"Wei pompuan! Pandang aku! Pandang la cepat!" teriak Ashraf di muka Sarah.
Sarah dengan teresak-esak perlahan-lahan membuka matanya dan cuba memberanikan diri melihat muka Ashraf.
"Kau ni memang pompuan tak guna kau tau tak! Pompuan murahan! Kau jangan berani nak burukkan aku atau keluarga aku dekat sape-sape! Aku tau kau contact and sebut nama aku lagi dekat sape-sape, nahas kau!" Ashraf menolak kepala Sarah dengan kasarnya.
Kemudian Ashraf berdiri dan berkata..
"Aku haramkan kau keluar dari rumah ni.. kecuali bila aku izinkan.." dia kemudian berlalu meninggalkan Sarah bersendirian..
_____
Selepas melihat bayangan Ashraf hilang.. Sarah bangun membetulkan kedudukannya sebelum dia memeluk dirinya.. dia mula menangis.. tangisannya mula kuat dan teresak-esak.
_____
Ashraf berlalu pergi.. dia melangkah naik ke tangga dan sampai di tingkat dua, langkahnya terhenti dan dia mendapati dirinya bersandar membelakangi dinding.. mendengar tangisan Sarah, dia terduduk..
"Ibu.. abah..!"
Dia terdengar apa yang diungkapkan Sarah.. sayunya hati dia mendengar teriakan itu. Tetapi kerana ego, dia tidak membiarkan dirinya lemah kerana wanita kampung itu. Lalu, dia bingkas bangun dan masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya dihempas kuat.
_____
Selepas puas Sarah menangis selama 15 minit, dia meleraikan pelukan dirinya itu. Sarah bangun dengan perlahan-lahan dan mendekati telefon pintar miliknya yang telah hancur dihempas Ashraf di atas lantai. Sarah mengutip setiap serpihan kaca dan aset letefon pintar itu.
Selesai membersihkan lantai itu, Sarah kembali ke biliknya, menutup dan mengunci dirinya di dalam bilik itu. Dia menghabiskan waktunya menangis di dalam bilik mengenangkan nasibnya sehingga lah dia tertidur.
*****
'Ibu..'
Pipi aku dibasahi dengan air mata ku yang hangat mengalir membuatkan aku terjaga.. aku tersenyum.. aku tersenyum kerana aku telah mimpikan ibu dan ayah.. kami meluangkan masa bersama.. ibu mengusap rambut ku.. mamai ku tidak membuatkan aku sedar sepenuhnya dan aku tidak sedar akan kesakitan yang aku rasa di pipi kiri ku..
Penglihatan ku samar-samar melihat matahari dari celah jendela bilik ku.. dan akhirnya mata aku luas.. penglihatan aku jelas.. tetapi masih aku terbaring di atas katil itu.. entah kenapa penat yang semalam tidak hilang..
"Aduh!"
Sentak ku setelah menyentuh pipi kiri ku.. aku bangun dan mendekati cermin di bilik ku perlahan.. teruknya sedih aku semalam sampai aku tak sedar ada darah di bibir ku.. sekarang darah itu beku.. di bawah bibir kiri ku pula terlihat hampir-hampir unggu..
Aku melihat jam di dinding jam hampir pukul 8 pagi.. aku tahu aku agak lambat tapi.. kalau aku cepat dan sediakan sarapan, belum tentu dia akan makan kerana selama ini dia tidak pernah menyentuh masakan ku.. walaupun di waktu pagi.. jarang sekali.. paling kurang Abang Ash akan minum air di dapur..
Mendengar bunyi enjin kereta dihidupkan, aku lekas mendekati jendela, menyelak langsir untuk melihat Abang Ash.. ku hembuskan nafas ku perlahan.. aku berpaling ke tempat lain dan maju.. aku termenung buat seketika sebelum aku mencapai tuala ku untuk mandi dan memulakan hari baru ku.. serta selesaikan bende yang sepatutnya..
*****
YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...