Part 21

1.1K 15 6
                                    


*****

Keesokan harinya tiba, adalah hari cuti bagi Ashraf. Dia tidak terfikir untuk melakukan aktiviti di luar rumah kerana dia lebih selesa untuk duduk di rumah sahaja. Sarah pula tidak menyedari bahawa hari Sabtu itu adalah hari cuti bagi Ashraf, kerana selama dia tinggal dengan suaminya, dia tidak tahu bilakah hari cuti Ashraf disebabkan suaminya itu kerap keluar membuatkan Sarah tertanya. Bahkan selalunya Ashraf tidak akan pulang ke rumah selepas malam Sabtu sehinggalah Isnin kemudian.

Pada pagi Sabtu itu, seperti biasa Sarah akan bangun dalam jam 8 pagi untuk memulakan tugasnya, selama waktu itu berlalu, Sarah tidak menyedari bahawa Ashraf masih di tingkat atas, setahu Sarah, sebelum jam 8 pagi lagi Ashraf akan keluar dan tidak akan muncul sehingga lah malam Isnin. Jadi, pada hari itu dia beranggapan bahawa Ashraf sudah keluar tetapi dia tidak terfikir untuk melihat kereta Ashraf sama ada ianya ada atau tidak.

Selepas setengah jam Sarah menyiapkan diri untuk memulakan harinya, dia akhirnya keluar dari biliknya dan bersarapan, kemudian dia mula melakukan tugas-tugas kecil di tingkat bawah seperti mengelap tingkap, menyapu habuk dan menyapu lantai. Seterusnya, Sarah berlalu pergi ke ruang mesin basuh dan mencapai bakul baju kotor yang kosong itu. Sarah kemudian melangkah naik ke tingkat dua untuk pergi ke bilik Ashraf. Sebaik sahaja sampai, dia membuka tombol pintu itu dan membuka pintu kemudian masuk.. dia terkejut kerana mendapati Ashraf masih ada di dalam bilik itu,

Hump!..

Dia terkejut, Sarah menutup mulutnya kerana dia takut telah membuat bising. Tidak lama itu, Sarah perasan bahawa Ashraf masih tidur dengan nyenyak. Melihat bilik Ashraf agak gelap, Sarah berkeputusan untuk membuka salah satu tingkap di bilik tidur Ashraf itu. Selepas membukanya, dia berlalu pergi ke tempat bakul baju kotor suaminya untuk mengambil pakaian kotor Ashraf.

'Aku tak tahu dia ada!' Guman Sarah.

Sedang Sarah membelek-belek dan mengibas-ngibas pakaian lain sebelum meletakkan di dalam bakul kotor yang dipegangnya, dia ternampak ada kesan warna di salah satu baju kemeja putih suaminya di bahagian kolar, jadi, dia mencapainya dan melihat lebih dekat, dia menggosoknya sedikit..

'Lipstick.. Khalisa..'

Sarah kecewa.. dia menunduk kekecewaan.. mukanya berubah.. dia tidak menyangka untuk mendapat 'hadiah' di pagi hari itu.. belum sempat Sarah meneruskan kerjanya, ada suara dari belakangnya,

"Kau buat apa dalam bilik aku ni?.."

"Hump! Encik Ashraf!" Sarah terkejut dan berpaling ke belakang sambil baju kemeja yang dipegangnya disorokkan  ke belakangnya.

"Maaf! Sarah hanya nak ambil baju kotor je.. ma-maaf Sarah tak tahu encik Ashraf cuti hari ni.." kata Sarah, kepalanya berpaling ke bawah.

Pada masa yang sama juga Sarah terasa malu dan hangat kerana Ashraf tidak berbaju dan hanya memakai seluar sahaja.

"Then? Kau buat apa lama-lama dalam bilik aku ni?.." soal Ashraf kepada Sarah.

Melihat Sarah tunduk terdiam, dia meralihkan pandangannya ke belakang Sarah, dia melihat Sarah sedang memegang kemeja putih miliknya, dia bertanya,

"What is that?"

"Tak.. takde apa-apa.."

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now