*****
Aku tidak berani melangkah keluar dari bilik itu jadi aku berkeputusan untuk duduk ni dalam bilik itu.. kalau di luar pun aku tidak tahu untuk duduk di mana, apatah lagi di bilik Ashraf Daniel ni. Petang itu, aku mengumpul keberanian ku untuk keluar dari bilik itu.. aku membuka pintu dan melangkah keluar perlahan-lahan.. aku turun dari tingkat 3 sampai ke tangga tingkat 1 tetapi perjalanan ku dihentikan selepas sahaja aku mendengar tengkingan Dato' Khalid. Aku berdebar.. aku menjadi cemas..
"You tu ha! Kenapa you setuju dengan keputusan pompuan kampung tu yang takde related langsung dengan keluarga kita! Entah-entah, dia yang goda anak kita lepas tu nak bolot semua harta Ash." Kata Datin Naz sambil menyilangkan kedua tangannya.
"Ya Allah you ni pun. Tak boleh ke fikir positif. Haa, you manjakan sangat lah si Ash ni and tengok sekarang apa dia dah buat dekat anak dara orang? You ingat semua ni main-main ke? Habis kalau dia tiba-tiba datang mengaku tu anak Ash, tak ke malu kita." Dato' Khalid mengeluh dengan kasarnya.
"And Ash, kalau Ash melawan cakap papa dan berkeputusan untuk ceraikan Sarah, papa tak teragak-agak untuk bahagikan hantar Ash dengan Sarah. Papa dah setuju untuk tunaikan permintaan Sarah. Papa nak cucu dari Sarah Adrina." Katanya memberi amaran sambil menunding jari kepada Ashraf Daniel. Ashraf dan Datin Naz terkejut dengan keputusan bapanya dan cuba untuk melawan.
"Apa papa cakap ni pa!? Sebab salah Ash je papa nak bahagi harta Ash dengan perempuan kampung tu?!"
"Ash! Jangan kurang ajar eh dengan papa!"
Ashraf Daniel mengeluh kasar kerana keputusan oleh bapanya. Dia tidak puas hati dan melangkah pergi meninggalkan mereka. Aku gelabah mendengar tapak kakinya semakin mendekat. Aku tidak sempat untuk naik tangga lalu tangan ku digenggam kasar oleh Ashraf..
"Kau buat apa hah kat sini..? ikut aku!" Dia menarik tangan ku dengan kasar dan mengheret ku sampai ke biliknya kemudian dia menolak ku sehingga jatuh ke lantai.
Dia menutup pintu di belakangnya dan mendekati ku lalu menggenggam rambut ku. Aku tidak dapat melawan dan air mata ku mengalir jatuh. Aku cuba menahan..
"Heh pompuan! Kau dengar sini eh, sampai aku mati aku tak kan anggap kau sebagai isteri aku tau tak! Sebab kau tu tak layak jadi isteri aku! Aku akan pastikan kau mati sebelum aku Sarah! Kau dengar tak!?" Dia menarik lagi kasar.
"E-encik s-sakit!.." aku menggenggam tangannya.
"Ohhh kau tau sakit. Macam tu lah jugak kau buat dekat aku bodoh! Lagi satu, kau dengar baik-baik. Kau ni bukan isteri aku tau tak, tapi tempat aku lepas nafsu aku. Kau faham tak? Kalau kau berani cakap apa-apa dekat papa, aku tak teragak nak hancurkan keluarga kau pulak. Setakat keturunan macam kau ni, pegi mati lagi baik lah." Dia menolak dengan kuat kepala ku.
Aku menahan tangisan ku dan membetulkan posisi duduk ku sementara dia mencapai kunci keretanya dan meninggalkan ku di dalam bilik itu..
*****
*ASHRAF*
Aku melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta lalu aku menghidupkan enjin kereta. Aku mula memandu kereta dan memecut laju keluar dari kawasan perumahan ku.. sampai di satu corner aku berhenti..
"Bodoh! Apa kau cakap Ash dekat dia?! Kenapa kau bodoh sangat layan dia macam tu?! Apa je dia dah buat kat kau?!" Aku menghentak tangan ku di handle kereta.
Aku terbayang wajahnya yang ketakutan melihat ku. Tiba-tiba di hati ku timbul rasa bersalah dan kasihan.
"Sarah.."
Aku tersedar selepas menyebut namanya.
"Ah! Dah lain macam ni, asal aku jadi macam ni aduhhh.." aku menutup muka ku dengan kedua-dua belah tangan ku. Aku termenung seketika tidak memikirkan apa..
"Haih..." selepas beberapa saat lamanya aku mula memandu semula.
*****
*SARAH*
"..Ya Allah Ya Tuhan ku.. Kau ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan di dalam setiap dugaan ku ini.. Ya Allah, Kau lembutkan lah hati dia supaya dia dapat menerima ku dan melayani ku dengan baik sebagai seorang isteri.. amiin.." air mata ku menitis laju.
Aku dikejutkan dengan kehadiran Datin Naz di dalam bilik Ashraf. Dia membuka laju dan kasar pintu itu. Dengan perlahan dia mendekati ku dengan tangannya yang bersilang itu dan melabuhkan punggungnya di atas katil empuk Ashraf Daniel suami ku.
"So.. ni lah permainan kau eh.. dasar perempuan kampung tak sedar diri.. kau saja je hadir dalam keluarga ni sebab nak bolot harta keluarga aku kan?" Dia menenyeh kepala ku dengan kasar.
"M-ma.."
"Hey! Jaga sikit mulut kau eh. Jangan kau sesekali panggil aku mama eh! Geli lah!" Tengkingnya.
"M-maaf Datin." Aku menundukkan kepala ku.
"Haaa tu baru betul. Jangan berangan nak jadi salah seorang dari keluarga aku eh." Dia menampar perlahan pipi ku.
"Memandang kau ni penumpang dan takde kerja dalam rumah ni, aku nak kau jadi salah seorang dari pembantu rumah ni. Dan esok pagi-pagi aku nak kau dah ada dekat dapur tolong diorang masak and kemas rumah. Pembantu rumah ni ada dua orang je, so, apa salahnya kalau kau jadi pembantu rumah yang tak bergajikan?"
"B-baiklah Datin." Kata ku dengan perlahan.
"Dah lah, aku rasa rimas lah duduk dalam bilik ni." Katanya memperli aku dan melangkah meninggalkan ku.
Aku menghempus nafas lega.
"Nasib baik lah dia tak pukul aku.. hmm.. elok jugak aku buat keje dalam rumah ni.. takde lah bosan." Kata ku sambil melipat telekung ku.
Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering.
Aku mencapainya dan melihat 'Ibu' di skrin telefon ku. Cepat-cepat aku mengangkatnya.
"Assalamualaikum ibu.." aku menahan air mata ku kerana rasa sayu yang ku rasa ketika itu.
"Waalaikumussalam.. adik okay? Kenapa macam tak okay je ni suara?"
"Y-ye.." aku mengelap air mata ku dan cuba bertahan dari bertukar kepada tangisan.
"Adik okay je ibu."
"Betul ni dik? Kalau ada apa-apa tolong bagitau ibu.. jangan sorok sayang.." ujarnya dengan sedih.
"Ibu jangan risau adik betul-betul okay." Aku membalas dengan riangnya.
"Diorang layan adik okay tak?"
"Ya ibu, baik sangat.." aku terpaksa berbohong untuk kebaikan mereka juga.
"Alhamdulillah.. bagus lah kalau macam tu. Ibu risau je adik dengan keadaan adik sekarang.."
"Jangan risau ibu adik okay."
"Hmm okay lah. Buat apa je tu? Busy ke?"
"Takde lah. Adik sorang-sorang je ni. Abang Ash keluar.." balas ku memandang ke katilnya.
"Hmmm yelah. Ibu nak gi masjid ni. Jaga diri eh adik. Apa-apa call ibu eh dik."
"Baik ibu. Hati-hati jalan tu. Assalamualaikum ibu.." ucap ku.
"Waalaikumussalam.."
Aku mematikan panggilan kami dan mengesat air mata ku. Belum sempat aku berdiri dari sejadah ku, pintu bilik itu dibuka dan suami ku muncul di dalam bilik itu. Aku memandang kebawah sekilas sahaja aku ternampak mukanya. Dia mencapai tualanya dan melangkah masuk ke dalam tandas.
*****

YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...