Part 6

1.7K 25 3
                                    

*****

Ashraf Daniel menelefon nombor room service untuk meminta makan malamnya dan juga beberapa barangan keperluan untuk mandi dan lain-lain lagi.

"Oh and yes, I don't lock the door so that your worker can get in okay." Sambung Ashraf Daniel sebelum menamatkan panggilan.

*****

Aku bergegas berlari untuk mendapatkan manager yang telah memberikan aku tugasan tersebut. 'Alamak garangnya Ya Allah muka dia.' Guman ku di dalam hati selepas sahaja hampir mendekatinya.

"Where have you been?" Kata manager itu dengan kuat sambil membuat muka berkerut itu.

"Maafkan saya, tapi saya tak sempat solat asa-"

"I told you what before? I don't wanna hear any excuses from you right?"

"Maaf encik." Balas ku dengan perlahan menahan sedih.

"Forget it. I nak once you done hantar ni semua baru you boleh pegi rest okay?"

Aku mangangguk menyatakan ya. Dengan tergesa-gesa aku bergegas ke trolley yang dipenuhi dengan barangan atas bawah tempat letak barang di trolley tersebut.

'Ya Allah banyaknya barang. Aku sorang je ke yang tukang hantar? Allah hai kalau berterabur pecah ni macam mana? Botol apa pulak ni? Arak ke?' Aku ternampak satu botol yang tinggi dan agak mencurigakan aku. Dalam hati ku aku berdoa supaya ianya bukan lah seperti yang ku duga.

"Okay baik aku cepat." Aku mula bergerak dengan cepat sambil menolak trolley yang agak berat itu.

*****

Setibanya sampai di depan pintu bilik nombor 610. Aku bersuara dengan kuat.

"Room service Sir."

Keadaan bilik tu dari luar agak sepi tapi.. aku dengan tidak sengaja tertolak pintu bilik tu dan ianya terbuka.

"Aik? Memang terbuka ke? Ke.. mungkin dia memang terbuka kot.." aku membuat keputusan untuk masuk sahaja dan meletakkan segala barang dan keluar dari bilik itu.

Aku membuka pintu bilik itu dengan luas dan melangkah maju memasuki bilik itu sambil menolak trolley itu sehingga masuk sepenuhnya di dalam bilik itu.. lalu aku menutup separuh pintu itu supaya tidak luas terbuka.

"Hmmm.. mana orang dia? Tak kan lah tengah mandi kot? Tapi takde pulak bunyi orang tengah mandi.."

Aku mencapai towel dan juga baju selepas mandi untuk menempatkan di atas katil dengan cantik keadaannya.. belum sempat aku meletakkannya, aku terlihat pemandangan yang menarik perhatian ku sehingga aku terberhenti daripada perbuatan ku..

"Wah.. cantiknya pemandangan dari sini.." tiba-tiba aku terasa terharu.

"Kau nak kerja ke kau nak curi tulang?"

Aku terlompat kerana sangat terkejut dengan suara yang tiba-tiba hadir dari belakang ku. Lalu aku berpaling ke belakang dan ternampak tubuh badan seorang lelaki yang hanya dengan sehelai  towel yang berbalut disekeliling pinggangnya. Dengan kelam kabut aku berpaling ke tempat lain dan berkata-kata,

"M-maafkan saya, saya tak bermaksud n-na-"

"Kau buat apa lama-lama kat sini?" Dia seperti menoleh ke arah dimana aku telah melihat setelah dia berkata-kata.

"Kau tak pernah tengok view eh?" Sambungnya lagi membuatkan aku terasa. Aku hanya terdiam dan menunduk ke bawah. Setelah itu..

"M-maaf, s-saya sambung kerja saya semula ye." Aku dengan gelabah bersuara perlahan-lahan.

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now