*****
2 hari kemudian..
Aku bergegas berlari selepas sahaja sampai di KLIA meninggalkan ibu, abah dan Abang Adi. Aku terkial-kial mencari Abang Mirul dan keluarganya. Aku beralihkan pandangan ku ke seluruh tempat berharap akan nampak muka Abang Mirul..
Waktu berjalan perlahan...
Aku ternampak wajah 'Si dia' yang tampan itu berjalan terus dihadapan ku bagaikan bidadara dan akhirnya mata kami bertembung.. buat waktu yang lama, aku sedar bahawa aku hanya memerhatikan dia.. lalu..
"Sarah!"
Aku dikeluarkan dari lamunan tadi setelah terdengar suara Abang Mirul.
"Eh! Abang!" Pekik ku perlahan. Bergegas aku ke tempat Abang Mirul selepas sempat aku memandang kembali tetapi bayangannya telah hilang..
"Ya Allah abang, sorry Sarah lambat."
"Mana ibu dengan abah?" Kata Abang Mirul.
"Tu kat belakang Sarah je tadi. Abang Adi ade sekali. Adik gelabah sangat takut abang dah pergi dulu." Tunjuk ku ke arah ibu, abah dan Abang Adi yang dalam perjalanan kemari ke tempat kami. Aku menghembus nafas yang kuat kerana penat mencari tadi.
"Ishhh Sarah ni pon. Flight abang kan pukul 2:00 nanti. Sekarang baru pukul 1:00." Ucap Abang Mirul menepuk bahu ku dengan lembut. Ibu, abah dan Abang Adi sampai dan bersalaman dengan Pak Dolah dan Mak Tin. Pak Dolah dan Mak Tin menjemput kami untuk duduk di meja yang telah mereka duduk sebentar tadi. Aku dan Abang Mirul mengikuti mereka dari belakang sambil berbual mesra. Kami mula makan bersama.
Suasana airport yang sibuk...
"Abang.." kata ku dengan perlahan.
"Ye adik?" Balas Abang Mirul memandang ke arah ku.
"Abang jangan lupakan adik tau kalau dah dekat sana tu.. Sarah sentiasa ada untuk abang dan tunggu abang dekat kampung.." ucap ku perlahan dengan kedengaran sedih.
"Apa adik cakap ni..? Adik tau kan yang abang pon ada adik je? Siapa je lah yang tunggu abang dekat kampung tu selain adik, kan? Gelak ku dengan sopan selepas mendengar ayat Abang Mirul.
"Cincin yang abang bagi tu pakai eh? Jaga dia macam adik jaga diri adik ni. Abang janji abang akan balik sini dengan selamat lepas tu kita boleh curi-curi dating lagi.."
"Ishhh abang ni pon!" Gelak ku bersama Abang Mirul.
"Abang gurau je lah. Haha." balasnya dengan senyuman.
Abang Mirul tekun memandang dengan lama ke arah ku dengan muka yang tersenyuman manis. Lalu aku berkata,
"Abang dah kenapa?" Aku gelak kecil.
"Hmmm takde lah, abang hanya terbayang kalau kita dah besar nanti. Excited nak masuk meminang Sarah nanti." Balasnya sambil membuat muka.
"Eh, apa abang ni." Balas ku sambil tergelak kecil dengan usikan Abang Mirul.
"Takpe.. adik tunggu." Lalu aku tersenyum.
Waktu berlalu dengan pantas...
"Haa baik-baik jaga diri ye nak." Ucap Pak Dolah kepada Abang Mirul sambil memeluk anak lelakinya. Giliran Mak Tin untuk memeluk cium anak kesayangannya.
"Jangan lupa baca doa banyak-banyak supaya perjalanan dipermudahkan. Jangan tinggalkan solat dan puasa tu. Biar susah-susah mana pon nanti Allah permudahkan juga nak." Mak Tin memeluk anaknya dengan erat dan mencium dahinya. Kemudian, Abang Mirul bersalaman dan mencium tangan ibu, abah dan Abang adi dan akhirnya dia mendekati ku pula.
"Jaga diri eh abang. Ingat pesan mak dan ayah." Aku berucap kepadanya menahan air mata.
"Dah jangan sedih sangat. Adik tu pon jaga diri baik-baik nanti dekat luar sana. Jaga solat semua okay? Kalau abang boleh peluk sekarang dah lama abang peluk." Sempat Abang Mirul mengusik ku dan tergelak kecil bersama sebelum dia mengangkat begnya diletakkan dibahunya.
"Pergi dulu eh mak ayah ibu abah Abang Adi dan Sarah." Dia memandang ke arah ku selepas mereka. Dia melangkah pergi meninggalkan kami di belakang dan sebelum dia sempat hilang dari pandangan, dia melambai ke arah kami dengan senyuman di mukanya yang manis itu.
Bagi aku.. itu bagaikan kali terakhir aku melihat dia.. sebelum semua ni berlaku.. Ya Allah, aku memohon kepada Mu.. permudahkan lah segala urusan hidup ku di dalam keluarga ini.. aku tidak larat menghadapi dia lagi.. Kau berikan lah aku kekuatan..
*****

YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...