Part 10

1.5K 21 1
                                    

*****

Ashraf Daniel melangkah keluar dari tandas selepas 15 minit dia membersihkan diri. Dia terhenti mengusap rambutnya yang basah ketika ternampak Sarah.. Sarah sedang terbaring di bawah lantai yang dilapik dengan sejadah nipis itu tadi di tepi katil Ashraf Daniel.. Ashraf Daniel mendekatinya dan melihat Sarah sedang tidur.. kelihatan seperti Sarah kesejukan.. dia berasa sedikit simpati tetapi kerana ego simpati itu hanya sementara sahaja..

"Hmm.. kau memang layak tido kat lantai.." dia mengalihkan pandangannya dari Sarah.

Ashraf Daniel sedia untuk tidur tetapi dia diganggu dengan rintihan kecil Sarah.. kemudian dia merangkak ke tepi katilnya sedikit untuk melihat Sarah.. didekatkan sedikit mukanya ke arah Sarah.. sepertinya Sarah sedang mengalami mimpi ngeri lalu dia mengejut Sarah dengan menggoyangkan badannya dengan kasar..

"Woi.." tiada balasan.

"Woi Sarah..!" Dia menguatkan suara membuatkan Sarah terjaga dan terkejut.

Sarah dengan automatik terbangun dan secara tidak sengaja kepalanya terkena batang hidung Ashraf Daniel.

"Aduh!" Ashraf mengaduh sambil menarik badannya ke atas katil.

"Ah!" Sarah memegang kepalanya selepas terhantuk dan mengusapnya.

"E-encik! S-saya tak- Ya Allah darah!" Dia kemudian merangkak naik ke atas katil dan mendekati Ashraf Daniel lalu memegang hidungnya yang berdarah. Kelihatan muka Ashraf Daniel seperti menghadapi perit yang tidak tertahan membuatkan matanya berair.

Sarah kemudian mengambil kain selimutnya dan mengelap hidung Ashraf Daniel. Ashraf Daniel berasa bengang dan serabut lalu dia menggenggam kuat tangan Sarah dan menolaknya dengan kuat sehingga Sarah terjatuh dari katil yang agak tinggi itu. Kepala Sarah terhantuk kuat di dinding tepi tempat dia tidur dan terbaring jatuh.

Sarah terasa agak pitam dan kebas di kepalanya. Sarah menyentuh bahagian belakang kepalanya kerana terasa seperti cecair dan.. Ashraf Daniel terkejut melihat darah yang ada di tapak tangan Sarah. Dengan cepat dia mendapatkan Sarah.

"Shit! Sarah!" Ashraf Daniel menutup kepala Sarah yang berdarah itu.

"Shit! I'm sorry I'm sorry!" Sarah menolaknya perlahan dan sempat berkata,

"T-tak... s-saya... oka-..." Sarah tidak sedarkan diri selepas itu dan disambut Ashraf Daniel.

*****

Aku tersedar.. penglihatan ku menjadi kabur.. kepala ku terasa sakit dan kebas sangat.. sepertinya aku berada di tempat yang lain.. aku bangun perlahan melihat sekeliling ku sangat cerah..

"Aku kat mana ni..?"

Aku memandang sekeliling dan ternampak Ashraf Daniel yang sedang terbaring di sofa. Aku terasa sesuatu di kepala.. rupa-rupanya balutan di kepala ku.. tiba-tiba aku teringat kejadian semalam yang berlaku di dalam bilik dia membuatkan kepala ku sakit..

"Auch!.."

Tanpa disedari aku telah mengejutkannya..

"Kau.. okay tak ni?" Aku terhenti.

"Y-ye.. saya okay.."

"Hmm.. baguslah.. cepat sikit kau balik, lagi teruk kau kene nanti.."

Aku terpaku dan hanya memikirkan apa yang bakal menanti ku.. dia hanya mengendahkan aku.. dia kemudian mencapai jaketnya dan melangkah keluar dari wad aku..

*****

"Haa, dah balik dah pon.. belum apa-apa lagi kau dah masuk hospital.. eh, engkau ni memang ngade-ngade eh pompuan tak sedar diri.. asal kau tak mati je semalam ah?" Tengking Datin Naz kepada ku dengan kasarnya. Aku hanya mampu menunduk sahaja.

"Daripada kau rehat kat atas tu, lebih baik kau buat keje dekat dapur tu." Pekiknya di telinga ku.

"B-baik lah Datin.." aku melangkah pergi menuju ke bilik meninggalkan suami ku dan ibu mertua ku. Ashraf Daniel hanya memandang ku dengan matanya yang tajam. Selepas bayang ku hilang,

"Mama.. dia kan baru balik hospital.. lagi pun last night salah Ash jugak sebab terkejutkan dia.." kata Ashraf Daniel dengan keluhnya.

"Yang Ash nak bela dia dah kenapa?"

"Mana ada.. ishhh mama ni.. complicated betol lah.." dia berjalan meninggalkan Datin Naz.

"Eh? Hish budak ni!"

Aku sedang meletakkan barang ku di tepi katil suami ku sebelum sedia turun untuk memulakan hari ku sebagai orang gaji yang tidak terbayar. 'Haih..' keluh ku di dalam hati. Pintu bilik dibuka dan Ashraf Daniel masuk ke dalam. Aku berdiri menunduk ke bawah.

"E-encik.. s-saya-.."

"Lebih baik kau senyap sebelum apa-apa jadi dekat kau.." Pandangan tajamnya membuatkan aku terkedu jadi aku menunduk. Aku melangkah keluar dari bilik dan turun ke bawah..

Aku seperti pencuri mengintik jika ada orang atau tidak di dapur. Ternampak dua orang pembantu rumah yang sedang membuat kerja mereka. Mereka terlihat ku dan memanggil nama ku,

"Eh? Sarah kan? Meh la sini nak. Takpe." Kata Mak Som.

"Eh Sarah." Kata Kak Jah kepada ku.

Aku melangkah mendekati mereka.

"Assalamualaikum.." aku memberi salam dengan senyuman di bibir ku.

"Waalaikumussalam Sarah." Mereka menjawap serentak.

"Datin ada bagitau nanti Sarah datang sini tolong kami." Kata Mak Som sambil tersenyum. Aku hanya mendengar dan tersenyum pahit.

"Panggil Mak Som je dan ni Kak Jah. Mak Som dah lama keje kat sini aa, jadi Mak Som tau semua rutin orang dalam rumah ni. Sekarang ni, Mak Som dengan Kak Jah tengah sediakan makan tengah hari. Haa jom lah kita buat sama-sama. Nanti Mak Som terangkan pasal yang lain ye." Katanya dengan riang.

"Baiklah." Balas ku.

"Kepala tu kenapa?" Kata Kak Jah.

"O-oh.. saya terjatuh sikit je semalam.." jawap ku dengan senyuman pahit di bibir ku.

"Ouh.. kalau macam tu takpe lah, Sarah buat keje sikit-sikit je lah eh." Balas Mak Som menandakan dia faham.

*****

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now