*****
"Aku terima nikahnya Sarah Adrina Binti Abdullah.."
Kami dinikahkan di sebuah masjid yang besar berdekatan rumah keluarga Ashraf Daniel.. iaitu suami ku yang sah.. aku mengambil keputusan untuk menikahinya.. atas sebab tertentu.. yang mana dapat menutup aib keluarganya dan juga keluarga ku.. walaupun keluarga ku tidak dapat menerima apa yang telah terjadi terhadap ku.. tapi sekurang-kurangnya aku tidak bersendirian.. dan kalau lah aku tidak menerimanya.. aku rasa aku hanya manusia yang tidak berguna yang pernah dicipta-Nya.. malam yang panjang tu..
*****Flashback*****
"Apa kau dah buat ni dik!? Kau malukan ibu dengan abah!" Ibu ku menepuk-nepuk dengan kuat dibelakang ku sementara aku tetap menangis..
"Ya Allah mak cik.. Sarah tak salah mak cik.. demi Allah kami jumpa dia dalam keadaan teruk menangis teresak-esak sebab jantan tak guna ni!" Kata Sufi yang sedang sedih mempertahankan diri ku.
"Hey you jangan nak kurang ajar eh! Jangan nak salahkan anak I! You yang tak pandai jaga anak tau tak!" Teriak Datin Naz kepada ibu dan Sufi sambil memeluk Ashraf Daniel. Dia memandang ku tajam dengan mukanya yang penuh dengan baran.
"Mak cik! Kalau Sarah cakap dia dirogol, anak mak cik ni boleh masuk penjara tau! Dan sekarang ni jugak, terpulang pada Sarah nak terima anak mak cik ni atau dia akan masuk penjara!" Ujar Sufi membuatkan Datin Naz terpaku.
Datin Naz mula mengeluarkan air mata dan menepuk bahu Ashraf Daniel berulang-ulang kali. Dato' Khalid hanya kelihatan risau dan cemas sahaja sambil dia cuba menenangkan isterinya, Datin Naz.
"Kenapa buat mama macam ni Ash!?"
"Mama.."
"Baik lah.. saya memohon pada ibu dan bapa Sarah untuk terima anak saya.." kata Dato' Khalid.
"Apa you cakap ni?!" Balas Datin Naz dengan tangisannya.
"Kita nak buat macam mana lagi?! Ni satu-satunya jalan untuk selamatkan anak kita!" Balas Dato' Khalid dengan garangnya. Dia mengeluh dengan kuat.
"Sarah, tolong uncle nak." Kata Dato' Khalid dengan sayunya.
Ashraf Daniel memandang ku dengan penuh dendam di matanya membuatkan aku tidak senang duduk. Sufi memandang ku dan mengusap muka ku, dan dia berkata
"Keputusan dekat tangan kau Sarah.." aku memandang ke arah Sufi dengan mata ku yang lebam akibat tangisan ku. Aku kemudian bersuara selepas beberapa saat lamanya.
"Baik lah.. saya terima.."
"Alhamdulillah.." Dato' Khalid bersyukur sambil mengusapkan mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
"Tapi.. ini hanya untuk menutupkan aib keluarga saya.. dan juga keluarga uncle sahaja.. dan.."
"Baiklah.. uncle setuju.. dan uncle akan pastikan Sarah dapat hak Sarah." Balas Dato' Khalid dengan tenangnya.
Mungkin perjanjian tu.. adalah kesalahan besar aku.. salah satu sebab yang membuatkan aku hilang keluarga tercinta aku.. dan juga anak ku..
*****
Dia menyarungkan cincin emas itu di jari manis ku dimana ia menjadi pengganti cincin Abang Mirul.. Aku mengalirkan air mata ku ketika Ashraf Daniel mencium dahi ku.. entah kenapa aku gementar dengan sentuhannya.. melihat ke dalam matanya, dia mempunyai dendam yang teramat terhadap ku.. 'Ya Allah Ya Tuhan ku.. bantulah hamba-Mu ini menghadapi segala ujian-Mu selepas ini..'
Aku memeluk ibu dan abah dengan erat sekali dan mengalirkan air mata yang hangat di pipi ku.. Aku terpaksa meninggalkan mereka lagi.. dan terpaksa juga aku untuk menetap bersama suami ku dan keluarganya.. aku tertanya bagaimana rasanya hidup bersama mereka.. aku kemudian memeluk erat Sufi sahabat ku yang sentiasa ada bersama ku bila aku memerlukannya..
*****
Selepas pernikahan kami dan juga ucapan selamat tinggal kepada keluarga ku.. kami akan pulang ke rumah keluarga suami ku.. aku memasuki tempat penumpang seat depan dan selama perjalanan, hanya kesunyian yang melewati dan tiba-tiba..
"Kau.. kau ni memang nak kena kan.. Sarah.." dia memandang ku ketika lampu trafik menyala merah.
"Walau macam mana pon.. aku akan pastikan hidup kau hancur.. jangan pernah terfikir kau akan bahagia lepas ni.." dia menjeling tajam.
Aku memandang ke tingkat kereta selepas sahaja lampu trafik menyala hijau selepas beberapa minit.. air mata ku mengalir hangat di pipi.. aku memejamkan mata ku dan berdoa di dalam hati memohon pertolongan semampu ku..
Setelah tiba.. aku keluar dari keretanya.. memandang sekeliling kerana kagum melihat rumah dihadapan ku yang megah berdiri.. cantik dan besar sangat.. tapi ini bukan waktu untuk memikirkan berapa megahnya rumah yang berdiri di hadapan ku.. tapi ini waktunya untuk memikirkan bagaimana caranya berhadapan dengan mereka semua..
Aku mengikutinya dari belakang.. dan kami tiba di pintu masuk rumahnya.. pintu dibuka dan kami disambut oleh Datin Naz.. aku hanya menunduk kebawah..
"Ma..."
"Haa, mana papa?" Tanya Datin Naz menjeling ke arah ku.
"Papa ada hal sikit kot kat luar.. dia minta Ash balik dulu dengan pompuan ni.." balasnya.
"Dah masuk lah dulu.."
Belum sempat aku melangkah masuk selepas suami ku, aku ditahan oleh Datin Naz. Ashraf Daniel memandang ke belakang.
"Eh pompuan kampung, kau dengar sini eh.. rumah ni tak pernah terbuka untuk kau tau tak.. dan kalau boleh lah kan, kalau tak disebabkan Dato', aku nakkkk je kau tinggal dekat garaj belakang tu tau tak.. dah masuk!" Tengkingnya membuatkan aku menahan air mata dari mengalir.
"Dah tak payah nak drama lah.. ikut aku.." kata Ashraf Daniel dan aku hanya mengangguk menunduk ke bawah. Aku mengikutinya dari belakang sampai lah ke biliknya. Aku menutup pintu biliknya di belakang ku setelah sampai. Dia berpaling ke belakang dan membuatkan aku bertambah berdebar.
"Kau tau kan aku tak suka kau.. so, kau sesuai sangat tido dekat lantai bawah ni.. kau nak sangat jadi isteri misali kan.. okay then dengar cakap aku.. kau jangan sentuh apa-apa dalam bilik ni untuk lapik lantai tu sebab barang-barang kat sini memang tak diprovide untuk kau tau tak.. pompuan kampung macam kau ni layak duduk dekat kandang kambing tu tau tak!" Dia menenyeh kepala ku dengan kasarnya. Aku tidak tahan dengan apa yang dikatakannya membuatkan aku menangis.
"Wey pompuan! Tak payah nak menangis lah kat sini! Baik kau diam sebelum aku tampar kau!" Tengking Ashraf Daniel terhadap ku membuatkan aku terkedu menahan tangisan itu kerana ugutannya.
Dia melangkah keluar dengan bengangnya. Aku terduduk di atas lantai itu dengan lemahnya. Aku menangis tidak menahan keperitan yang dirasai ketika ini. Aku tak mampu..
*****

YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...