*****
Rasa keindahan dan kebahagiaan di dalam mimpi hanya semata-mata untuk menyedapkan hati sahaja.. tetapi kebenaran itu tidak wujud.. hanya halusinasi sahaja yang memberi kebahagiaan kepada Sarah Adrina.. ketika remaja dahulu Sarah pernah berazam untuk membantu keluarganya dengan rezeki yang halal.. Sarah ingin menjadi orang yang berjaya dan berkahwin dengan orang yang sesuai dan dapat menerimanya kekurangannya.. tetapi semua itu tidak kesampaian kerana keluarganya yang tidak mampu membantunya untuk sambung belajar walaupun Sarah anak yang cerdik.. dia menjadi harapan kerana Abang Adi menjadi golongan orang kurang upaya kerana kemalangan ketika dahulu membuatkan dia kadang kala berfikiran seperti tidak normal.
...
Aku membuka mata ku perlahan.. kenapa aku rasa seperti badan aku kebas sangat.. penglihatan aku sedikit gelap kerana hari baru hampir timbul matahari.. jam sekitar 7 pagi.. tiada siapa yang menunggu akan kesedaran ku ini.. kenapa hati aku juga terasa kurang enak.. aku terasa seperti panik.. panas.. baham di dada.. kenapa.. aku berkeputusan untuk tidur semula selepas makan ubat yang telah di sediakan di meja tepi katil ku..
*****
"Cik Sarah, kami dah menghubungi keluarga Cik Sarah. Sila bawa bersabar ya." Kata nurse yang merawat ku dan aku mengangguk, lalu ia berlalu pergi.
Selepas hampir 2 jam, pintu wad aku dibuka perlahan.. Si dia masuk.. aku memandang sekejap kearahnya sebelum menunduk dan memandang ke arah lain..
"Kau keguguran.." katanya perlahan..
Air mata aku mengalir kerana aku tahu aku tidak kuat mempertahankan anak ku.. aku membiarkan air mata ku terus mengalir tanpa terdengar suara tangisan ku..
"Kenapa kau tak bagitau aku je kau mengandung? Kenapa kau nak diam?" Ashraf Daniel mendekatkan dirinya seraya berkata begitu.. aku menjadi tidak selesa dan mengundur di atas kawasan katil ku.. dia duduk di kerusi pelawat..
"Saya tak tahu saya mengandung encik.. tapi-" dia mendekatkan kerusinya dengan katil aku.. aku ketakutan.. air mata ku mengalir laju ketika dia bertindak..
"T-tapi saya muntah-muntah seminggu yang lepas.." aku memandang ke arahnya.
"Haih.." keluhnya.. aku menunduk kerana tahu aku akan dimarahinya.
"Kau tau tak Sarah.. papa marah aku sebab tak jaga kau.. kenapa susah sangat kau nak jaga diri sendiri.. lemah sangat ke kau ni." Dia menggenggam tangan ku dan menggerakkan tangan aku dengan kasar.
"Ugh! S-sakit.." aku menarik tangan ku dan menahan tangan ku.
"Kau tahu sakit. Kau ni tak boleh ke hidup tak menyusahkan orang lain hah?!" Pekiknya perlahan sambil melepaskan tangan ku kuat. Aku teresak-esak menahan air mata.
"Dahhh.. tak payah menangis.." aku cuba bertahan menahan tangisan ku.
"E-encik.. boleh saya minta tolong sekejap..?" Aku bersuara selepas agak lama bertahan.
"Apa?"
"Boleh saya nak jumpa keluarga saya?" Aku menangis memandangnya. Dia memandang ke arah ku.. dia mengeluh sebelum mancapai sesuatu di poket seluarnya.. lalu dicampaknya telefon pintar milik ku. Aku mencapainya perlahan..
"Kau jangan berani cakap bukan-bukan eh dekat family kau. Kalau tak nahas kau!" Dia menonyoh kepala ku sambil berdiri dari kerusi itu dan berlalu pergi.
Aku terkedu dengan perbuatannya.. air mata ku mengalir laju dan suara tangisan ku tidak dapat ku tahan.. aku menggenggam telefon ku dan mula mencari nama ibu ku..
*****
Melepaskan rasa kerinduan aku terhadap ibu ku akhirnya tercapai.. keluarga ku sekarang dalam perjalanan mereka kemari menemui ku.. aku berasa agak senang selepas menangis dan melepaskan rasa pedih di hati ku semasa di atas panggilan bersama ibu kesayangan ku..
Selepas hampir dua jam aku menunggu.. akhirnya tenungan ku diganggu oleh kedengaran nada dering phone ku.. aku memandang ke arah nombor yang terpapar.. jantung ku berdegup.. aku mengangkatnya perlahan dan menekan butang angkat..
"H-hello..?" Jawapku perlahan..
Aku tidak menyangka apa yang ku dengarkan.. semua permainan dunia ini bagaikan mimpi.. aku tertanya.. bilakah semua ini berakhir.. dimanakah aku mampu mencari kebahagiaan ku sendiri.. aku tersesat di dalam kehidupan aku sendiri yang penuh misteri..
Telefon di tangan ku jatuh.. aku lemah.. tangisan ku seakan-akan tidak memberi ku ruang untuk menarik nafas.. aku meraung menangis memanggil ibu dan abah.. aku meronta-ronta di atas katil sehingga membuatkan bunyi kecemasan.. pintu bilik wad aku di buka.., doktor dan nurse serta Si dia.. melangkah masuk berlari mendapatkan aku.. aku meraung 'Tidak!.. Ibu! Abah!'.. tangan dan kaki ku dipegang oleh dua orang nurse..
"Cik Sarah! Tenang! Tenang!"
Aku meronta-ronta tidak mengendahkan kata doktor.. Ashraf mendekati ku dan mengusap kepala ku..
"Sarah! Sayang bawak bertenang!" Kata Ashraf..
Aku disuntik dengan ubat penenang.. kaki dan tangan ku mula lemah dan tidak dapat bergerak sangat.. penglihatan ku kabur.. aku hanya dapat mendengar sebutan ku sahaja.. sebelum aku tidak menyedarkam diri..
"Ibu... abah..." aku dibuai dengan hayalan ku di dalam kegelapan..
Pemergian mereka bertiga tidak dapat ku sangkal lagi.. aku menjadi kemurungan selepas beberapa hari.. aku dikurung dan tidak dibenarkan keluar dari hospital selama seminggu.. aku dikelilingi dengan rasa sedih ku yang teramat.. tidak dapat ku ubati.. rasa rindu terhadap mereka membunuh ku.. aku diberitahu bahawa bapa ku mengalami masalah jantung ketika memandu.. mereka telah mengalami kemalangan dan tidak ada yang terselamat.. adakah ini semua salah ku..? Adakah aku punca aku kehilangan mereka..? Aku diselubungi rasa bersalah.. aku mempersalahkan diri ku sendiri.. sepertinya tiada guna aku hidup di dunia ini.. walau hari telah menjelang larut malam.. aku masih tidak melelapkan mata.. karna aku kesunyian..
*****
Seminggu selepas itu..
"Alhamdulillah, Cik Sarah nampaknya dah bertambah baik.. jadi saya dah boleh benarkan Cik Sarah keluar dari wad ni. So kalau macam ni, esok saya akan benarkan Encik Ashraf bawa pulang isteri Encik ya." Kata doktor kepada Ashraf Daniel.. aku memberikan senyuman palsu ku..
"Okay. Thanks doctor." Balas Ashraf dengan senyuman sambil dia bersalaman dengan doktor Hisham yang merawat ku.
Aku memandang ke arah lain di luar jendela.. seperti yang telah aku rancang.. untuk keluar dari sini, aku terpaksa mengikuti semua nasihat doktor dalam pemakanan dan ubat-ubat ku.. aku juga memaksa diri ku untuk berpura-pura pulih.. aku tersenyum.. aku tertawa.. pahadal di dalam hati aku ni bagaikan sudah bersarang oleh labah-labah.. kegelapan sahaja..
Sebaik sahaja doktor pergi.. hanya kami berdua sahaja di dalam bilik wad aku.. aku hanya memandang di luar jendela.. dia menarik kerusi mendekati katil ku dan duduk disebelah ku..
"Sarah.." aku tidak memandang ke arahnya.. aku malah berhalusinasi..
"Sarah.. pandang sini.." dagu ku dicuit olehnya dan membuatkan aku terpandang mukanya.. mata kami bertembung.. entah kenapa perasaan ku seperti biasa sahaja.. dia memandang ku dan menggenggam tangan ku..
"Kau tak perlu berdendam dengan aku.. aku tau kau marah.. tapi Sarah sayang.. kau dapat apa yang kau sepatutnya dapat.." genggaman di tangan ku semakin kuat.. air mata ku mengalir..
"Kau layak dapat semua ni.. tapi kau tak layak ada zuriat aku.. perempuan macam kau ni layak dilayan macam sampah je.. sorry lah kalau aku kasar sangat tapi.. haih.." sambungnya sambil tersenyum.. aku menggeleng..
"No no.. kau tak perlu lah takut.. aku just dah lama nak tengok kau macam ni.. its okay Sarah.. you're gonna get used to it.." dia melepaskan genggamannya.. aku menutup mata ku dan menahan tangisan ku.. dia bangun dan memandang ku sekejap sebelum melangkah keluar dari bilik ku..
Aku dikelilingi dengan rasa ketakutan yang teramat.. aku tidak menahannya.. aku menggigil.. tangisan ku terus berlagu..
*****
YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...