Part 22

1.2K 26 15
                                    


*****

Sarah keluar lalu menghempas kasar pintu bilik Ashraf. Selepas beberapa langkah ke hadapan dia terhenti. Dia tertunduk dan merintih sambil tangan kanannya menggenggam kuat botol kecil pil itu. Lalu, dia meneruskan langkahnya terus menurun ke tingkat bawah. Sarah berlalu ke dapur dan masuk ke biliknya. Menutup pintunya dan terus membawa dirinya ke katil. Dia baring di atas katilnya itu diikuti dengan rintihannya. Selama di biliknya dia hanya menangis sahaja..

"Ya Allah! Kenapa jadi macam ni?!" Teriak Sarah sambil kedua belah tangannya memeluk kepalanya. Sarah kembali meraung dan menangis.

Dia tidak lupa akan pil itu. Maka, dia pun bangun dan mencapai botol kecil itu. Sarah membuka penutup botol itu dan menuang beberapa biji pil ke atas telapak tangannya sebelum Sarah masukkan pil itu ke dalam mulut kemudian mendongak menelannya. Sarah kembali baring dan menyelimuti dirinya. Lama Sarah merintih akhirnya dia tertidur.

_____

Ashraf segar selepas keluar dari bilik mandinya. Dia maju ke hadapan sampai ke pintu almarinya lalu dia luncurkan ke tepi pintu almari itu dan mencapai pakaiannya. Selepas 15 minit Ashraf bersiap, dia mencapai kunci keretanya dan mengatur langkahnya keluar dari bilik sehingga ke tingkat bawah. Dia melihat sekeliling, seperti terbengkalai juga.. Sarah tiada dari pandangan.

"Sarah!.." pekik Ashraf tetapi tiada jawapan.

Ashraf sudah terfikir kalau-kalau Sarah lari.. fikirannya mulai negatif. Ashraf terus berjalan sehingga ke dapur dan masih tiada bayang Sarah lagi, lalu dia berkeputusan untuk terus ke bilik Sarah, membuka perlahan pintu bilik itu, dia ternampak Sarah terbaring nyenyak. Ashraf kemudian mendekati Sarah dan melutut, tangannya mencapai pipi Sarah dan mengusap lembut. Sambil dia membelai rambut panjang Sarah yang lurus paras bawah dada itu, dia terfikir tentang Sarah.. kalau-kalau Sarah kecewa ke.. tapi hakikatnya memang benar hati Sarah terguris mendengar kata-kata Ashraf.

Ashraf berpaling melihat botol kecil pil itu yang terbuka, jadi dia terfikir kalau Sarah sudah menelan pil itu. Dia menunduk dan mengeluh perlahan.

'I'm sorry Sarah..'

Ashraf bangun dan keluar dari bilik Sarah, dia menutup perlahan pintu bilik Sarah sebelum pergi meninggalkannya.

_____

Sampai di depan kereta Ashraf, telefon di dalam poket seluarnya berdering. Ashraf menyelup masuk dan menariknya keluar, dia melihat nama yang terpapar iaitu 'Benjamin'. Dia terus mengangkat panggilan itu sambil tangannya mencapai pintu kereta dan buka, lalu dia masuk ke dalam perut kereta.

"Hello Ben.."

"Yo hello bro! Luu kat mana?"

"Aku baru nak gerak laaa, sabar la." Bentak Ashraf sambil menghidupkan enjin keretanya.

"C'mon la bro kau ni lambat laaa.." balas Benjamin.

"Chill laa, kau nak cepat-cepat pegi mana hah? Dah la aku nak drive ni."

"Fineee! Cepat sikit ishhh!" Cemuh rakan Ashraf.

Ashraf terus mematikan telefonnya. Dia menjeling meluat dengan desakan rakannya. Ashraf mula memandu keretanya selepas 5 minit dia memanaskan enjin keretanya.

Benjamin adalah rakannya. Mereka bertemu buat kali pertamanya di USA ketika waktu itu Ashraf dan Benjamin masih belajar di sana. Benjamin adalah anak kacukan Melayu dan Irish dimana ibunya adalah Melayu dan bapanya adalah Irish. Selepas ibu dan bapanya berkahwin, mereka menetap di Malaysia dan bapanya telah menjadi warganegara Malaysia. Ashraf pula telah pulang ke tanah air selepas hampir 4 tahun belajar di negara orang, dan sudah lebih setahun juga dia menetap di Malaysia selepas pulang dari sana, termasuk waktu terjalinnya hubungan suami isteri antara Sarah dengannya.

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now