*****
Kehidupan Sarah berjalan seperti biasa dan tidak ada bezanya seperti hari-hari yang berlalu.. Sarah malah terasa makin kesunyian kerana tiada siapa yang ada dengannya.. Sarah lebih meluangkan masa mengemas rumah agam milik Ashraf Daniel itu walaupun banyak kali dia telah mengemas dan menyentuh bende yang sama.. hanya untuk mengubat kesunyian dia sahaja.. hari-hari yang berlalu selama dua minggu itu amat lah membosankan.. selain dari itu.. dia meluangkan masa dia dengan membaca buku-buku yang ada di ruang tamu itu.. dia juga sering menghubungi Sufi kerana Sufi adalah satu-satu nya orang yang boleh gelak ketawa bersamanya walaupun mereka jauh dan hampir 4 bulan tidak berjumpa selepas kejadian yang menimpa diri Sarah..
*SARAH*
"Haih.. ya Allah bosannya.." keluh Sarah perlahan.
Dah hampir 4 bulan juga selepas peristiwa tu.. sunyi.. itu lah perkataan yang selalu sangat bermain di kepala ku.. walaupun aku tinggal dengan suami aku bukan bermakna aku tak sunyi.. kadang hampir setiap hari dia tak balik.. dan kalau dia balik pon, susah betul aku nak jumpa dia.. selama aku tinggal dekat sini tak pernah walau sekali dia sentuh masakan aku.. padahal dah hampir 4 bulan kot aku jadi isteri dia..
'Macam mana keadaan di kampung ye..?'
Aku tertanya-tanya macam mana lah keadaan dekat rumah tu.. ada penghuni ke tak ye sekarang?.. selepas aku kehilangan keluarga aku.. pak cik aku menguruskan rumah tu dan kami telah bersetuju untuk jadikan rumah tu sebagai rumah sewa.. alhamdulillah pak cik aku memahami keadaan ku.. dia memahami kalau aku punya keluarga yang tegas terhadap aku sekarang.. dia juga telah menguruskan wasiat ayah dan keluarga aku..
Tanpa aku sedari berlinang air mata hangat dekat pipi..
'Abang Mirul..'
Kenapa waktu sekarang aku teringatkan dia.. ya Allah rindu nya.. bersalahnya aku.. mungkinkah dia dah tau tentang aku? mungkinkah sekarang dia fikir aku perempuan yang hina dan tak tau malu?.. adakah dia masih fikirkan aku?.. tak mungkin lah.. takkan lah dia nak fikirkan orang yang dah mungkir janji dengan dia.. tapi Abang tak macam tu.. aku harap Abang Mirul dapat terima semua ni.. maafkan Sarah Abang.. kalau Sarah boleh contact Abang, dah lama Sarah buat.. tapi Sarah dah jadi hak orang.. dan salah kalau Sarah buat macam tu.. tapi..
*****
Tanpa Sarah berfikir panjang dia terus mencapai fon nya dan unblock nombor Abang Mirul.. dia mula mentaip..
'Assalamualaikum Abang..'
Sarah terhenti..
'Betul ke apa yang aku buat ni hah?.. tak salahkan apa yang aku buat ni kan..'
Sarah cuba memujuk hatinya..
"Ish.."
Tanpa Sarah ragu-ragu dia terus menekan butang hantar. Dia terus meletak ketepi fon di tangannya itu.
"Baik aku tak payah fikir, aku buat bende lain dulu."
Sarah mengalih pandangannya dan melihat jam di dinding.
'Dah hampir pukul lima!'
Melihat jam hampir pukul lima, Sarah bergegas ke ruang dapur untuk memasak kerana pukul enam petang adalah waktu Ashraf pulang, Sarah sudah tau bila waktu Ashraf pergi kerja, pulang kerja dan cuti. Walaupun pada hari cuti, Ashraf Daniel jarang sekali berada di rumah dan dia juga sering pulang pada lewat malam. Sarah menyediakan hidangan walaupun dia tahu Ashraf tidak akan menyentuhnya.
Selesai memasak Sarah akan menghidangkan makanan di atas meja dan menutupnya supaya tidak sejuk. Dia hanya menunggu kepulangan Ashraf, suaminya di atas meja makan.. tiba-tiba bunyi mesej masuk.. Sarah cepat-cepat mencapai fonnya itu. Melihat muka skrin, matanya bulat dan berkaca, dia menerima mesej dari Abang Mirul! Dia membuka mesej itu..
'Waalaikumussalam adik! Adik sihat ke? Kemana adik pegi? Kenapa block abang? Adik boleh je cakap dengan abang.. abang tahu situasi adik..'
Membaca mesej Abang Mirul, Sarah teresak dan menarik nafas lega.. 'Alhamdulillah..' Sarah mula menaip..
'Alhamdulillah adik sihat je dekat sini.. maafkan adik sebab hilang selama ni.. maafkan adik sebab block abang.. adik minta maaf sangat-sangat.. adik tiada pilihan.. adik terpaksa.. adik tak nak hubungan adik dengan suami musnah..'
Sarah menghantar mesej itu. Tidak lama kemudian Abang Mirul membalas.
'Alhamdulillah.. selama ni abang risau sangat dengan keadaan adik.. adik tak perlu minta maaf.. abang yang patut minta maaf.. abang salah sangka.. sekarang abang baru faham keadaan adik..'
'Apa-apa pun adik ada melawat kampung? Abang ada bercakap dengan Pak Cik Man.. dia beritahu semua.. sebab tu abang tahu.. abang hanya nak kepastian dari pihak Sarah je.. abang minta maaf kalau tindakan abang berlebihan..'
Sarah terdiam membaca mesej itu.. banyak yang di fikirkan Sarah..
_____
Abang tak percayakan aku ke mula-mula.. dia pernah fikir aku hina ke?..
_____
Sarah mula menaip.. kemudian menghantar mesej seterusnya..
'Abang tak perlu risau, adik maafkan. Alhamdulillah, adik bersyukur abang faham keadaan adik.. tapi.. adik nak minta maaf lagi.. sebab adik tak dapat melawat kampung..'
Abang Mirul membalas pula,
'Kenapa tak balik kampung? Dah berapa lama adik tak balik..'
'Adik okay ke dengan suami?.. adik tau kan adik boleh share dengan abang.. abang tak paksa adik.. abang tak nak adik simpan dan pendam sorang-sorang.. abang ada untuk adik..'
Sarah menangis membaca mesej Abang Mirul.. dia tidak tahu ingin membalas apa.. tetapi dia cuba..
'Suami adik sibuk dengan keje.. adik pun nak balik tapi adik tunggu nak pegi dengan dia je.. dan adik okay dengan suami 😊.. maaf kalau adik susahkan abang.. adik tak nak bebankan abang lagi dengan fikir pasal adik..'
Itu lah yang di balas Sarah.. dia terpaksa menipu untuk menjaga aib suaminya.
Kemudian Sarah mentaip mesej kedua..
'Asik cakap pasal Sarah je ni haha.. adik sampai lupa nak tanya khabar abang..'
Belum sempat dia menghantar mesej tu, dia meninggalkan fonnya di atas meja dan terus berlari ke pintu utama kerana terdengar kereta milik Ashraf. Dia membuka pintu utama itu.. seperti biasa dia akan menyambut suaminya pulang dan membantu meletakkan barang Ashraf di dalam bilik kerjanya.
"Encik nak makan? Saya sediakan makanan ye?" Kata Sarah sambil mengambil beg kerja Ashraf dari tangannya.
Ashraf mengeluh kuat. Sepertinya hari ni kurang baik bagi dia.
"Haih tak payah.."
"Baik encik.." balas Sarah hanya menundukkan kepalanya ke bawah.
Belum sempat Sarah melangkah pergi ke bilik kerja suaminya, Ashraf berkata,
"Aku tak makan makanan kampung.."
Sarah terhenti.. dia tidak ingin apa yang dikatakan oleh Ashraf mengganggu fikirannya, jadi, dia terus meninggalkan suaminya itu di belakang. Manakala, Ashraf hanya memandang sikap Sarah itu dari belakang. Ashraf seperti dapat merasakan kalau Sarah amat sedih dan marah atas kata-katanya tadi. Dia tidak menghiraukannya malah berlalu pergi ke dapur.
*****
YOU ARE READING
Jaringan Hati
RomanceSarah Adrina merupakan seorang gadis kampung yang terpaksa meninggalkan kedua orang tuanya dan abang kesayangannya yang kurang upaya selepas kemalangan, Abang Adi, hanya untuk mencari rezeki yang halal di bandar Kuala Lumpur yang luas. Dengan harapa...