Part 13

1.3K 21 1
                                    

*****

Selepas hampir setengah jam perjalanan pergi ke rumah milik Ashraf, akhirnya mereka tiba di hadapan pintu pagar rumah Ashraf, Sarah mencelik matanya dan memandang ke luar tingkap, 'besarnya...' terpegun Sarah dibuatnya.. memandangkan rumah milik Ashraf Daniel ini adalah sebuah Vila yang megah terletak di Bukit Damansara, ianya agak jauh dari kawasan perumahan yang lain, sepertinya tidak akan ada sesiapa pun yang mampu mendengar suara atau jeritan. Jarak kawasan Vila yang lain adalah hampir 50 meter dari setiap Vila yang ada dalam kawasan vila-vila tersebut. Sarah tidak dapat membayangkan apa nasibnya apakah dia mampu membersihkan satu rumah ini dalam masa sehari.

Pintu pagar rumah Ashraf Daniel automatik terbuka sendirinya dan Ashraf memandu masuk ke dalam kawasan pagar rumah nya. Akhirnya, mereka tiba dan Ashraf mematikan enjin keretanya. Dia dengan selamber tidak memandang ke arah Sarah sedikit pun dan terus keluar dari kereta. Perlahan-lahan Sarah keluar dari kereta Ashraf Daniel dan mendekati boot kereta. Tiba-tiba,

"Kau tunggu apa lagi? Dah tak reti nak angkat barang-barang tu ke?" Ujarnya dengan kasar selepas sahaja dia melihat seperti Sarah dibuai mimpi.

"Y-ye, m-maaf.."

Ashraf Daniel hanya berlalu pergi dan membuka pintu rumahnya yang besar dan luas. Boleh dikatakan hampir 3 orang boleh memasuki melalui pintu itu dengan serentak.

*****

'Haih... Ya Allah beratnya! Tak reti nak tolong ke..' guman di dalam hati ku.

Aku membawa barangan ku berserta barangan yang banyak mengalahkan aku. Apa tak nya, fail-fail dia bertimbun punya banyak.. aku mendekati pintu utama yang terbuka luas dan memasukinya.

'MasyaAllah megahnya..'

"Haa.. kau tunggu apa lagi? Letak lah barang tu kat situ.. aku boleh bawak naik sendiri.." kata Ashraf tiba-tiba mencelah ku.

Aku tidak melawan malah hanya mendengar sahaja.. aku hanya berdiri tidak tahu berbuat apa seterusnya.. dia memandang ku dan mendekati ku.. tiba-tiba dihulurnya kepada ku kunci.. aku teragak-agak mengambilnya..

"U-untuk apa..?" Aku memandangnya.

"Kunci ni kunci bilik store kat belakang dapur tu.." sambil jarinya telunjuk ke arah dapur belakang ku.. aku sepertinya sudah agak..

"..khas untuk kau, orang gaji dalam rumah ni.. start from now on.. kau tinggal kat situ je lah sampai kau.." sambungnya dan akhir sekali dia membuat isyarat tangan menyatakan ketiadakan ku suatu hari nanti.. hati aku bagaikan dicengkam sehingga tiada darah mengalir.. aku menahan kesedihan ku di hadapannya.. haih.. siapa lah diri aku ni kepadanya.. aku hanya penumpang.. kemudian dia hanya meninggalkan aku di belakang..

Aku mengangkat beg ku dan berlalu pergi melalui bahagian dapurnya.. membuka pintu itu dengan kunci.. bilik ini agak sejuk.. sepertinya kelengkapan memang cukup, ada katil untuk seorang, kipas dinding, almari dan juga bilik air.. walaupun bilik orang gaji tapi tetap nampak agak mewah..

'At least aku merasa..'

Selepas sahaja berkemas-kemas sebentar, aku melangkah keluar dan terlihat barang-barang miliknya. Lalu aku mengambilnya dan melangkah pergi mencari di mana Si dia berada,

"Sarah.." aku terkejut dengan panggilan darinya membuatkan aku menjatuhkan fail-fail miliknya.. berterabur..

"Woi kau dah kenapa hah?! Kau tengok apa kau dah buat! Aduhhh!!!" Ashraf menolak ku dengan kasar dan aku agak terhempap sedikit di lantai selepas sahaja dia membuka luas pintu dan mendekati ku. Dia mengutip kertas kerjanya.

"E-encik! Saya minta maaf! S-saya terkejut je!" Aku ketakutan..

Dia malah menghempas semua failnya dan menampar muka ku dengan kuat membuatkan aku tidak berani untuk memandang ke arahnya.

"Kau ni memang sengaja cari nahas dengan aku eh?! Kau nak sangat makan penampar aku kan?!" Tengkingnya dengan kuat sambil mencapai muka ku dan menampar aku berkali-kali. Aku menangis teresak-esak dan cuba mempertahankan diri ku. Tangan ku meronta-ronta menahan dari tamparannya. Aku menangis tidak terhenti. Dia kemudian menggenggam rambut ku dan menolak ku sehingga aku terbaring di lantai.

"Kau kutip sekarang bende ni!!!"

Aku menangis teresak-esak tidak terkata tetapi tangisan ku seperti kanak-kanak perempuan yang lagi terseksa.. aku trauma.. tetapi trauma ku tidak dihiraukan kerana aku tidak membuang masa mengutipnya kertas yang bertaburan itu.. aku tidak sedar sama ada aku diperhatikan atau tidak.. tetapi kenapa tiba-tiba suasana sunyi dan hanya tangisan ku kedengaran.. aku berhenti.. aku hanya terkedu-kedu sahaja menahan tangisan dan sebelah tangan ku mencapai pipi merah ku yang perit ditampar sebentar tadi..

"Kenapa kau suka sangat buat aku macam ni Sarah.. kau nak sangat kene seksa dengan aku.." kata-katanya kedengaran seperti pasrah..

Aku menggeleng tidak.. aku tidak terkata.. seperti sesuatu yang tidak memberi aku ruang untuk berkata-kata..

"S-sarah.. m-minta.. m-maaf.." aku terkedu..

Bahu aku ditarik dan dipeluk olehnya.. kenapa tiba-tiba.. dunia ini bagaikan tidak adil langsung terhadap ku.. aku tak faham semua ni..

Dia seorang yang penyayang.. tetapi kenapa sikapnya terhadap ku amat pelik.. membuatkan aku seperti meletakkan harapan yang tinggi kepadanya untuk berubah menerima ku..

"Sarah.. please stop buat aku marah.. aku dah penat.. kau suka ke apa yang family aku buat dekat kau hah? Kau terima ke suami yang takkan berubah macam aku ni hah..?"

Aku tidak terkata malah aku hanya diam membisu seribu bahasa di dalam pelukan dia itu.. dia lalu menolak bahuku dengan perlahan dan menjauhkan dirinya..

"Forget all these.. hari ni aku akan ajak someone visit aku.. I don't think I need to tell you.. just please prepare for our dinner.. don't make me repeat it twice.."

Aku terpaku.. dan hanya mengangguk.. waktu terhenti.. aku terkilan.. perasaan aku membuak-buak.. aku terasa mahu bunuh diri..

*****

Jaringan HatiWhere stories live. Discover now