Bab 9

1.3K 33 0
                                    

Darren menggeleng. Tak sangka sekejam itu Darius lakukan pada Bella. Yang paling dia tidak mengerti adalah Darius berkahwin dengan Bella sedangkan Darius seorang yang tak percaya akan cinta. Bahkan untuk mencintai seseorang bernama gadis pun dia tak mahu. Apa motif Darius berkahwin dengan Bella?

Bella yang ada di sebelahnya ketika ini dipandang. Keluhan berat dilepaskan. Kasihan Bella. Menangis teruk kerana Darius. Sembap habis muka cantik itu.

" Kau tak nak bercerai dengan dia?" soal Darren lembut.

Bella gigit bibir. Diramas baju yang dipakainya. Jawapan apa lagi yang perlu dia berikan kalau dia sendiri tak ada idea, adakah Darius akan lepaskan dia atau tidak. Sudah banyak kali dia keluarkan kata mahu bercerai dengan Darius. Tapi lelaki itu hanya buat bodoh. Adakalanya Darius sampai menyakitkan anggota badannya kalau dia soal tentang penceraian. Macam tak nak bagi dia sebut hal penceraian.

" Saya dah cuba. Dia tak nak." Cukup dua ayat itu Bella lontarkan membuktikan yang dia tak mampu untuk keluarkan kata lebih.

" Tapi kenapa dia tak nak lepaskan kau?"

Bella angkat bahu. Kalau dia tahu, pasti Bella ada jawapan akan tanda tanya yang dipersoalkan. Bella menghembus nafas berat. Biarlah kalau dia diseksa, sungguh Bella malas nak fikir lagi. Mungkin Bella mati dulu barulah si Darius itu puas.

" Susahlah... Takkan sebab masa silamnya, Darius lampiaskan dekat kau." Gumam Darren perlahan.

Berkerut dahi Bella dengan apa yang dikatakan Darren. Masa silam?

" Apa awak cakap? Saya tak faham."

Darren pejam mata seketika. Kerana mulutnya, rahsia Darius dah ketahuan. Kalau Darius tahu mahu dia dibunuh si Darius. Matilah aku kali ini...

" Erk... Tak ada apa-apa.." Darren garu kepala yang tidak gatal.

Darren berura-ura mahu bangun dari kerusi. Tak semena tangannya ditarik Bella sehingga Darren hampir memeluk Bella. Nasib baik sempat tangan Darren berpaut pada penyandar kerusi. Andai tidak pasti dia sudah peluk si Bella. Masa bagai terhenti seketika. Mata cantik Bella di tatapnya. Bella terkelu. Muka Darren makin merapat. Bella pejam mata. Menanti apa yang Darren mahu lakukan. Nafas hangat Darren dekat dengannya buat Bella berdebar.

Buk!

Terkejut Bella apabila Darren jatuh di atas lantai. Terjerit Bella melihat Darren ditumbuk bertubi-tubi. Darius tak bagi langsung peluang untuk Darren selamatkan diri. Bella menerpa rapat. Bella menolak kasar Darius.

" Apa yang awak cuba buat ni?" jerkah Bella kuat.

Darren ditujuinya. Bella duduk mencangkung di depan Darren. Mulutnya ditekup. Habis darah pada muka tampan itu. Bella menangis. Teringat pada Adam. Kerana dia Adam dibunuh dan sekarang, kerana dia Darren terluka. Allah...

" Awak tak apa-apa?"

Tak sempat nak sentuh pipi Darren, tangannya dicengkam kuat dan ditarik bangun secara paksa. Bella meronta minta dilepaskan. Tak lekang anak matanya pada Darren. Luka terlalu banyak. Mahu saja dirawatnya. Kasihan Darren menjadi mangsa.

" Apa yang kau cuba buat dekat Bella? Kau nak cium dia tadi kan?" Memetir suara Darius marahkan Darren.

Darren senyum senget. Bagai mencabar si Darius. Kenapa tidak Darren panaskan hati Darius? Lagipun Darius layak bermain api dengannya.

" Kalau aku cuba nak cium dia pun kenapa? Daripada kau! Lelaki tak guna menyeksa dia!" Sama lantang suara Darren menjawab.

Darius ketap bibir geram. Bella meringis sakit. Tangannya berubah warna. Sakit Darius mencengkam lengannya. Darius seperti sengaja menguatkan cengkaman pada lengannya.

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now