Bella berjalan keluar dari kolejnya menuju ke rumah sewanya. Beberapa meter dari kolej saja. Letih jugak hari ini. Banyak assignment yang perlu Bella sudahkan. Nak berjalan pun rasa malas.
" Bel, kau tahu tak dalam kawasan kolej kita ada lelaki mafia. Aku dengar cerita lelaki tu handsome." sambil berjalan Mary bercerita.
" Aku tak kesah pun dengan lelaki mafia tu. As long as dia tak kacau aku pun dah kira nasib baik." Bella baiki beg galas yang dipakainya.
" Kau balik sekali dengan aku tau."
" Tak naklah. Aku tak suka ganggu korang berdua. Kau pergi jelah dating dengan dia. Tak payah risaukan aku. Aku dah besar. Kau jangan risau eh?" pujuk Bella. Menolak tawaran Mary dengan cara yang baik.
Bibir Mary herot ke kiri dan ke kanan. Pasrah Mary mengangguk. Doanya semoga Bella tak jadi apa-apa. Malam ini dia mahu dating dengan si Lucas. Takkan nak bawak Bella sekali kan? Kalau boleh naklah privasi.
Kereta Lucas berhenti betul-betul di tepi jalan. Tak tunggu lama, Mary terus menerkam ke arah Lucas.
" Bye Bella. Kau balik dulu. Nanti aku menyusul tau. Kau hati-hati jalan."
Bella mengangguk aje. Senyuman diberi dengan lambaian tangan setia untuk Mary. Bella mengeluh halus. Buku yang dibawa dipeluk. Langkah dihayun menuju ke jalan rumah sewanya. Beberapa meter lagi untuk Bella sampai. Tak sabar nak rehat. Kepalanya jugak rasa nak baring aje atas bantal. Bestnya...
Buk!
Bunyi pukulan dekat dengannya buat langkah Bella terhenti. Bella melilau mata ke kiri dan ke kanan. Kedengaran suara tangisan budak kecil dari lorong gelap tidak jauh dari tempat Bella berada.
Spontan, kaki Bella tertarik untuk mendekati lorong gelap itu. Biarpun Bella rasa takut tapi dikuatkan hati untuk terus melangkah mendekati lorong gelap itu.
Terbuntang mata Bella apabila seorang budak sedang dipukul oleh seorang lelaki. Paling pantang Bella bila budak kecil dipukul. Tak ada hati dan perasaan betullah!
" Hey!" Terhenti perbuatan lelaki itu dari memukul. Kepala dipanggung pandang sang gadis yang berlari anak ke arahnya.
Buk!
Penuh berani, muka Darius ditumbuk. Konconya yang mara untuk mendekat diberi isyarat agar berhenti melangkah. Membiarkan dirinya dipukul. Darius senyum senget. Nak lawan? Okay, jom!
Tanpa perasaan, ditarik baju Bella dan disepak sehingga tubuh kecil itu terpelanting di bawah lantai.
" Awak kejam! Budak kecil pun awak nak pukul. Awak tak patut dipanggil manusialah!" lantang Bella memarahi Darius.
Darius tertawa sinis. Dirapati perempuan yang dia sepak tadi. Tak ada rasa belas kasihan. Malah Darius makin suka apabila menatap anak mata Bella. Nampak takut akan dirinya.
" Aku tak suka bila kerja aku diganggu." Darius memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.
Bella meringis sakit. Dilihat bahagian siku kini sudah berdarah akibat perbuatan lelaki itu. Perutnya juga sakit disepak tadi. Penuh lemah, Bella bangun. Budak lelaki, mangsa pukulan lelaki itu cuba ditariknya tapi sayang, lelaki itu terlebih dahulu menjauhkan budak lelaki itu darinya.
" Apa yang awak nak? Lepaskan dia! Dia tak bersalah. Tak patut awak pukul dia! Dia seorang budak lelaki yang naif. Tak tahu apa-apa!"
" He's the one who's looking for trouble with me first." mendatar suara lelaki itu tapi disetiap bait kata Darius tersingkap akan sesuatu yang tak baik.
" Dia nak duit kak. Saya tak ada duit." adu budak lelaki itu.
Pang!
Tergamam Bella apabila budak kecil itu ditampar Darius. Bella mengempal penumbuk. Tajam ditatap muka tampan Darius.
" Kurang ajar!"
Mendadak Bella bangun. Entah di mana Bella dapat kekuatan untuk menampar Darius. Dan...
Pang!
Pijar pipi Darius. Terteleng ke kanan kepala lelaki itu. Sakit dan buat hatinya kian membara. Darius mengetap kuat giginya. Okay. Kau nak sangat main dengan aku. Okay. Baik!
" Take her to my Mansion."arah Darius tegas.
Konco Darius mengangguk. Separuh masih memukul budak lelaki itu. Separuh lagi bersedia untuk membawa Bella ke Mansion milik Darius.
" Awak please... Jangan pukul budak lelaki itu. Tolonglah..." rayuan Bella tidak dihiraukan. Masih konco Darius buat kerja mereka. Dengan sekuat tenaga, Bella menolak lelaki yang memegangnya. Digenggam erat baju yang dipakai lelaki itu. Selaku ketua yang memberi arahan tadi.
" Saya merayu dekat awak, please... Jangan pukul budak lelaki itu lagi. Saya sanggup buat apa saja untuk awak tapi please..."
Bella menggeleng keras. Beberapa titis airmatanya mengalir. Tak sanggup nak tengok budak lelaki itu kena pukul lagi. Pandangan sayu diberikan buat Darius. Darius angkat kening sombong. Tangannya diangkat. Automatik perbuatan konconya terhenti.
" Baik. Sebagai cagaran, aku nak kau yang kena semua seksaan budak lelaki ini. Boleh?" Darius angkat kedua keningnya.
Bella serba salah. Tak tahu sama ada perlu dia angguk atau menggeleng.
" I won't take no for an answer." tegas Darius.
Pinggang Bella dirangkul erat. Rontaan Bella dibiarkan saja. Dibisikkan sesuatu di tepi telinga Bella buat rontaan gadis itu terhenti. Darius ketawa sinis.
" Awak tak boleh buat saya macam ni." rintih Bella sedih.
" I can do anything. Follow me. Okay?" lembut suara Darius tapi penuh tersirat.
Bella mengemam rapat bibirnya. Langkah dihayun mengikut Darius. Budak lelaki itu kelihatan serba salah. Tak lama, budak lelaki itu berlari anak melangkah merapati Bella. Dipeluk erat Bella.
" Jangan kak..."
Bella menggeleng dengan senyuman. Biarlah dia berkorban untuk budak kecil ini dan dia akan pastikan semua ini berakhir dengan segera. Bella bongkok tubuh menyamai tubuh kecil itu.
" Adik jaga diri tau. Jangan risau, akak baik-baik saja. Kalau boleh laporkan polis." diperlahankan suaranya agar Darius tak dengar tapi sayang... Telinga lelaki itu terlalu besar sehingga setiap bait katanya didengari lelaki itu.
" What the hell are you doing??" jerkah Darius kuat.
Leher Bella dicekiknya. Kuat sehingga Bella tak dapat bernafas. Budak lelaki itu sudah teresak menangis.
" Lepaskan akak... Jangan buat akak macam tu..." rayu budak lelaki itu dengan esakan makin mendayu-dayu.
Darius melepaskan cengkaman pada leher Bella. Dibongkokkan badannya sedikit dan berbisik.
" Kalau kau berani laporkan pada polis... Jangan harap kau dapat hidup dengan tenang. Faham??" lantang Darius bersuara.
Budak lelaki itu mengangguk dengan sisa esakan. Bella ditatap sedih. Disalami tangan Bella.
" Aku akan bunuh perempuan ini kalau kau berani buat hal budak!"
Budak lelaki itu perlahan-lahan mengundur diri ke belakang dan melarikan diri keluar dari lorong gelap itu.
'Semoga akak baik-baik saja. Maafkan adik.' monolog budak lelaki itu sayu.
Bella mengetap kuat giginya. Dibiarkan saja tubuhnya dicempung Darius. Matanya dipejam rapat. Bella harap semua ini mimpi walaupun Bella tahu yang dia perlu menerima andai ini akibat yang dia dapat. Dia yang nak jadi... Bella kena hadap jugak biarpun macam manapun.
Terjerit Bella apabila tubuhnya dilempar begitu saja masuk ke dalam kereta mewah lelaki itu. Bella membawa pandangan ke luar tingkap. Beberapa titis airmata jatuh. Berkerut dahi Bella apabila tubuhnya disuntik akan sesuatu. Tak lama, tubuh Bella layu. Darius ketawa sinis. Ada rancangan yang akan dia sudahkan. Tak sabar!
YOU ARE READING
The Ruthless Mafia ( IN EDITING)
RomantizmBook 20 [ Dαrius & B€llα ] Darius Ryan Amsyar seorang lelaki tak ada perasaan. Semua dibunuhnya andai bermain api dengannya. Disebabkan kejadian hitam itu membuatkan dia berubah seratus peratus menjadi seorang yang kejam. tidak ad...