Bella buka perlahan-lahan matanya. Terbuntang mata Bella apabila tubuhnya dipeluk Darius. Tubuhnya ditilik. Helaan nafas lega keluar dari bibir apabila Bella lengkap dengan pakaian. Tapi kejap... Bukan ni pakaian Darius ke? Siapa tukarkan?
" Aku yang tukarkan." Bagai mengetahui apa yang ada dalam fikiran Bella, Darius menjawab.
Buk!
Disebabkan terkejut, Bella tidak sengaja menyepak Darius. Kuat sehingga jatuh terpelanting di bawah lantai. Berkerut dahi Darius kerana sakit. Senak perutnya gara-gara sang isteri.
" Kau!" Darius tuding jari pada Bella.
Riak muka Bella biasa saja. Tak ada takut yang ditonjolkan. Malah Bella makin galak pandang ke dalam anak mata Darius. Turun naik dada Darius marahkan dia. Bella tak kesah sama sekali kalau Darius nak marahkan dia. Tak takut punlah!
" Kenapa tak bunuh saya? Kenapa biarkan saya hidup? Bukan awak yang beria nak bunuh saya?" jawab Bella berani. Hidung Bella berona merah. Bukti dia tengah tahan airmata dari menitis. Tahan banyak kali pun, Bella tahu yang dia akan kalah jugak. Beberapa titis airmata Bella jatuh. Bella kalah dan akan sentiasa kalah di tangan lelaki ini.
Darius tak berkelip pandang si Bella. Bella menampak dekat dengan lelaki itu. Dicengkam kuat baju Darius. Menarik Darius agar dekat dengannya.
" Tolonglah... Tsk... Tsk..."
Cengkaman Bella semakin kuat. Kekuatan Bella tinggal sedikit. Semua yang pernah terjadi pada Adam kian bermain di dalam benak fikirannya.
" Tolong lepaskan saya... Ceraikan saya..."
Terpejam rapat mata Bella. Sakit rambutnya ditarik hingga kepalanya terdongak ke siling. Bening halus turun lagi. Tak dapat dikira. Begitu lebat bagai air hujan yang entah bila akan berhenti.
" Aku takkan lepaskan kau. Ini permintaan kau bukan? Mahu aku kahwini kamu. Tapi sekarang mengapa perlu aku lepaskan kamu?" Darius bertanya tanpa nada.
" Saya menyesal dengan permintaan saya. Kalau saya tahu awak lelaki kejam..."
Bella menggeleng.
" Saya pasti takkan sesekali ajak awak kahwin dengan saya. Saya menyesal kahwin dengan awak. Tahu tak?!"
Bella meringis sakit. Rambutnya ditarik menuju ke kamar mandi. Bathtub diisi penuh dengan air. Bella hilang nafas. Secara tiba-tiba mukanya dihumban ke bathtub. Darius membiarkan beberapa minit sebelum kepala Bella diangkat naik kembali.
" Best?"
Bella menggeleng. Sakit hidung bila air masuk banyak kali. Untuk sekian kalinya, muka Bella dihumban masuk ke dalam air. Bella tak cukup nafas. Bella cuba angkat muka tapi Darius laju menghalang. Makin menolak kepala Bella ke dalam. Bella meronta kuat. Meminta untuk melepaskan diri.
Bella batuk beberapa kali usai Darius angkat kepalanya. Nafas Bella lelah. Ditarik rakus nafasnya. Bella meraup kasar mukanya. Hampir tubuh Bella tumbang ke bawah. Darius menyambut apabila menyedari akan hal itu.
" Kenapa buat Bella macam ni? Tsk... Tsk..." Bella menangis hiba. Sayu sekali anak mata Bella menatap ke dalam anak mata Darius.
" Jangan seksa Bella macam ni. Bella tak sanggup." Bella menangis lagi.
Esakan memenuhi kamar mandi itu. Basah baju Darius gara-gara airmata Bella. Senyum puas dipamer. Berpuas hati dapat menyeksa Bella.
" Dengar cakap aku kalau kau tak nak terluka. Faham?"
Bella mengangguk tanpa berfikir panjang. Cukuplah dia diseksa lagi. Andai bila dia mendengar kata dari lelaki ini dapat membebaskannya, Bella sanggup. Bella tidak mahu bersama satu rumah dengan Darius. Bella mahukan kebebasan.
" Satu kesalahan, satu denda dan denda itu mesti aku yang membuat keputusan bukannya keputusan kau sendiri."
" Tapi-"
" Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari kau. Kalau kau tak nak denda dari aku... Rasanya kau perlu bagi badan kau pada aku." Galak anak mata Darius bermain pada atas dan bawah tubuh sang isteri.
" Sa-saya nak denda." Bella memberi jawapan tanpa berfikiran panjang.
Darius ketawa sinis. Pinggang Bella dirangkulnya. Mukanya rapat. Seinci saja. Bella telan air liur kasar. Kepalanya masih menunduk. Takut!
" Look at me." suruh Darius dengan suara di celah gigi.
Seperti apa yang disuruh, terus Bella pandang ke arah Darius. Terkebil-kebil mata Bella. Hidungnya berlaga dengan hidung Darius. Tak cukup itu, hidung mancung itu bergeseran pada permukaan pipi Bella.
" Sa-saya..."
" Shhh..."
Bella berdebar. Berdetak hebat jantung Bella. Hampir Bella terbuai dengan setiap perbuatan lelaki itu padanya. Menyedari kekhilafannya, dada bidang milik Darius ditolak menjauh.
" Sa-saya nak keluar."
Buk!
" Berani kau tolak suami kau sendiri." Darwish mendekat.
Bella bangun mendadak. Meliar matanya mencari sesuatu. Barang yang ada di sekelilingnya dilempar ke arah Darwish. Malangnya tak kena walaupun satu barang. Bella mendecit geram.
" Nak lempar apa lagi? Lemparlah. Aku sedia menerima." mendatar suara Darwish.
Bella mencapai tombol pintu.
Buk!
Sekali lagi tubuh Bella jatuh di atas lantai. Rambut Bella ditarik begitu saja. Bagai seekor binatang Bella diperlakukan. Bella berdoa dalam hati. Berharap penyeksaan ini akan menyusul hilang dalam hidupnya.
" Awak kejam! Saya tak ada salah apa-apa pada awak dan awak seksa saya macam ni! Untuk pengetahuan awak, saya boleh buat aduan dan awak akan masuk penjara. Saya mahukan keadilan dalam hidup saya." jelas Bella dengan muka memerah. Nampaklah Bella tengah marah ketika ini.
" Untuk pengetahuan kau, aku sedikitpun tak kesah dengan setiap yang kau katakan pada aku. Keadilan?" Darius ketawa kuat.
Rambut Bella dilepaskan. Berombak ganas hatinya mahu hambur marah. Kembang kempis dada Darius. Setiap bait kata Bella menyakitkan hati Darius.
" Kau nak keadilan untuk diri kau? Habistu keadilan untuk aku mana?! Cuba kau cakap! Mana?!" jerkah Darius kuat.
Terangkat bahu Bella. Tegang raut wajah Darius. Bagai diganggu sesuatu fikiran lelaki itu. Mahu ditanya, tapi takut kalau Darius melenting mahupun mengamuk.
" Apa yang awak cuba cakap ni? Saya tak faham." Berkerut dahi Bella cuba memahami.
Darius menggeleng. Fikirannya penuh dengan perbuatan perempuan itu. Sakitnya tak dapat digambar. Terlalu emosi sehingga bayangan perempuan itu menjelma. Darius ketap kuat giginya.
" Kau yang buat semua ini..." Darius mara mendekat manakala Bella kian menjauh. Kenapa dengan Darius ni?
" Apa yang awak cuba katakan? Saya ngak ngerti sama sekali." Terkeluar bahasa Indonesia campuran Melayu. Bella pukul perlahan bibirnya.
Tubuh Bella terhempas di atas katil. Undur sampai tak tengok belakang beginilah jadinya. Bella hilang nafas. Tubuh sasa Darius menindih kuat tubuh kecilnya.
" Lepaskan saya! Apa yang terjadi pada awak ni?!" soal Bella aneh. Tadi elok saja Darius bercakap dengannya. Tapi kenapa sekarang bertukar jadi harimau?
" Aku akan pastikan kau menderita. Ini janji aku..." Raut wajah perempuan itu tersenyum sinis padanya menjelma.
Darius ketap gigi geram. Tanpa apa-apa isyarat, Bella dikerjakannya. Tangisan dan tolakan dari Bella dibiarkan. Jelmaan dari raut wajah wanita yang dia benci buat Darius tak sedar akan siapa yang sedang dia bersama. Hangat leher Bella dicium Darius. Bella menggeleng. Teresak-esak Bella menangis. Kejadian hitam itu berlaku lagi. Allah...
YOU ARE READING
The Ruthless Mafia ( IN EDITING)
RomanceBook 20 [ Dαrius & B€llα ] Darius Ryan Amsyar seorang lelaki tak ada perasaan. Semua dibunuhnya andai bermain api dengannya. Disebabkan kejadian hitam itu membuatkan dia berubah seratus peratus menjadi seorang yang kejam. tidak ad...