Bab 17

1K 43 4
                                    

Bella masuk ke dalam bilik bawah tanah. Rasa gembira meruap di dadanya. Mahu saja Bella melompat bintang kerana terlalu gembira. Bella berjalan gontai ke arah Darren. Satu langkah diambil, Bella terkejut apabila Darius menarik tangannya dengan muka cemberut. Naik aneh Bella. Tadi muka beku sangat, sekarang dah tegang? 

" Jangan senyum." tegur Darius keras. Cemburu!

Berkerut dahi Bella. Senyum pun salah. Kalau begitu, baik Bella buat muka cemberut saja. Barulah tak ada komen apa-apa dari Darius. Darius merangkul pinggang Bella. Tepi pinggang Bella dipegang. Halang Bella dari rapat dengan Darren. Bella mendecit tidak suka. Tak boleh Bella nak bergerak bebas kerana lelaki itu.

" Jangan pegang pinggang saya. Saya tak boleh nak bergerak bebaslah." Bella menepis kasar tangan Darius. Rimas!

" Aku pegang saja. Bukannya aku buat benda tak elok dekat kau." Darius berkata dengan raut wajah keruh. Sesekali anak mata itu mengerling Darren. Darius mengetap kuat giginya. Geram tengok senyuman sinis Darren.

Bella buka pita pelekat yang ada pada mulut Darren. Tak ditepis tangan Darius dari melekat dengannya. Biarlah. Lagipun Darius takkan dengar cakap Bella. Kalau suruh dilepaskan, mustahil untuk Darius melepaskan.

Sebak menghimpit hati apabila tubuh Darren nampak susut. Sedih Bella lihat keadaan Darren. Darren tak cukup makan kerana dikurung Darius. Kasihan Darren. Maafkan Bella Darren...

" Darren... Sa-saya mi-minta maaf..." Penuturan Bella tersekat-sekat.

Setiap rasa bercampur baur. Perasaan serba salah Bella kian bercambah. Bella gigit perlahan bibirnya. Airmata Bella menitis beberapa titis. Bella risaukan Darren.

" Awak nak makan Darren?" Darren mengangguk.

Bella senyum pahit. Tangannya ditarik tanpa sempat Bella bergerak untuk ke dapur. Bella pejam seketika matanya. Tahan diri dari marah si Darius. Darius sengaja nak halang Bella pergi dapur bukan?

" Biar konco aku ambilkan." Bella merentap kasar tangan Darius.

Anak mata Bella menyoroti setiap langkah konco Darius yang baru keluar dari bilik bawah tanah itu. Bella menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya Darren dapat makan hari ini. Itu sudah memandai bagi Bella. Bella menjeling tajam si Darius. Darius buat tak tahu. Bella geram, sejak tadi pinggangnya dirangkul Darius tanpa dilepaskan. Darius nak apa sebenarnya?

" Bella sihat?" Soalan dari Darren membawa lari mata Bella agar berpusat pada raut wajah tampan Darren.

" Alhamdulillah. Sihat." Bella menjawab dengan senyuman manis.

" Aku tak nak tanya sihat ke tak?" sinis suara Darius menyoal Darren.

Darren ketawa kecil. Sinis tawa itu bagai mengejek Darius. Untuk apa tanya soal kesihatan pada si Darius sedangkan lelaki itu yang mengurungnya di sini. Sedikit sebanyak Darren bencikan Darius. Biarpun akui Darren salah dalam hal ini kerana mencabar Darius. Tapi tak sepatutnya Darius mengurungnya sehingga tak bagi makan sebegini. Ini tidak adil!

" Tak perlu." Darren buat muka sombong. Malas nak berbaik dengan si Darius.

Bella menggeleng. Dua lelaki ini ada saja perkara yang ingin digaduhkan. Bella bukan apa, Bella tak nak apa-apa jadi dekat si Darren. Kalau Darius marah bukannya boleh kira, semuanya ditembak dan dihukum tanpa apa-apa perasaan. Entah bagaimana Bella boleh sayang si Darius ini.

" Darius, Darren. Please jangan mulakan pergaduhan ini. Saya tak nak kamu berdua bergaduh lagi. Cukuplah. Boleh tak korang berbaik untuk kali ini?" Bella pandang Darius dan Darren silih berganti.

" Master..."

Makanan yang baru dibeli dihulur pada Darius. Selaku boss besarnya itu. Darius menyambut baik. Bella menolak makanan yang Darius berikannya. Bella tunding jari dan memberi isyarat supaya Darius menyuap Darren.

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now