Bab 13

1.2K 41 3
                                    

Darius menggeleng. Air coklat panas dihulur pada Bella. Berendam dalam kolam lama sangat. Sampaikan demam. Terkejut juga Darius melihat Bella dalam kolam renang. Dengan kepala saja yang keluar. Ingatnya Bella tak pandai berenang dan telah lemas. Rupa-rupanya Bella cuma berendam saja. 

" Awak tak pergi kerja?" soal Bella sambil hirup air coklat panas buatan Darius.

Rasa nak minum sikit-sikit. Tak nak cepat habis. Bukan senang nak minum air buatan suaminya ini. Ini pun Bella paksa Darius atas alasan Bella sakit. Kalau tidak, tak adanya Darius rajin nak buat air coklat panas untuknya.

" Pergi."

Darius menyingsing baju kemeja putihnya. Ada mesyuarat penting hari ini tapi mengenangkan Bella sakit buat Darius fikir banyak kali. Bella bukan boleh kira sangat, kalau ada perangai gilanya. Bella akan berendam dalam kolam renang sekali lagi. 

" Awak teman saya boleh tak?" 

Darius menggeleng. Deringan telefon pintarnya buat Darius bawa diri ke balkoni. Raut wajah Bella cemberut. Air coklat panas ditatap sedih. Bella nak Darius berada di sisinya. Bella senyum sinis. Ada rancangan yang Bella akan lakukan agar Darius terlekat dengannya. Bella melempar gelas yang dia pegang. 

" Pergi!!!" jerit Bella kuat.

Bella menyerabutkan rambutnya. Airmatanya meleleh membasahi raut wajah cantiknya. Bella mencengkam baju yang dia pakai. Sesekali kepala Bella menggeleng. Bella akan pastikan rancangan kali ini berjaya. Itu semestinya!

" Pergi!!! Jantan tak guna!!!" pekik Bella kuat. 

Bayang Lukman mendekat buat Bella makin menyerabutkan rambutnya. Makin kuat Bella menangis. Menggelepar Bella bila bayang itu makin mendekat. Tak lepas bibir Bella meminta pertolongan. Merah menyala muka Bella kerana menangis. Kalau orang tengok Bella saat ini pastinya dah cakap Bella gila.

Kerutan pada dahi Darius menampak apabila jeritan Bella kedengaran. Darius menghayun langkah ke arah Bella. Bulat mata Darius melihat keadaan Bella. Telefon pintarnya disimpan dalam poet seluar.

" Bella!"

Darius merapat. Tak sempat buat apa-apa lagi, barang telah dilempar padanya. Cekap Darius mengelak. Darius mengetap kuat giginya. Untuk menghentikan Bella, Darius bertindak mengenggam kedua tangan Bella.

" Bella, this is me... Darius..." Untuk pertama kalinya Darius memujuk Bella. Lembut dan penuh ikhlas.

Darius senyum manis buat Bella. Dengan tangan terketar-ketar Darius mengusap kepala Bella. Bella menangis teresak-esak. Tanpa apa-apa isyarat, tubuh Darius dipeluk. Mengigil hebat tubuh Bella. Darius fikir banyak kali untuk menyentuh Bella. Keluhan berat dilepaskan. Darius menggosok lembut belakang badan Bella.

" Kau okay tak ni? Kau jangan buat hal macam ni. Aku nak berangkat kerja ni." Darius berbisik di cuping telinga Bella.

" Saya takut... Ad-ada lelaki yang cuba rogol saya." Bella berkata dengan airmata tak lekang jatuh. Tersedu-sedan Bella menangis. Tadinya dia cuma mahu berlakon tapi ta tahu kenapa, bayang lelaki durjana yang mahu merogolnya menjelma.

Darius pejam seketika matanya. Kerana rancangannya Bella perlu hadap semua ini. Kalau Darius tak buat rancangan bodohnya ini. Pasti Bella takkan jadi fobia macam ni. Darius meraup kasar mukanya. Darius mengambil telefon pintarnya dan mendail nombor personal asisstantnya. 

" Hello Boss."

" Aku tak pergi kerja hari ini." Darius mengerling Bella. 

Bella masih sama. Menangis. Darius naik risau kalau begini. Andai Darius berangkat kerja dalam Bella keadaan sebegini. Kemungkinan besar Bella boleh bunuh diri. Tak mustahil. 

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now