Bab 14

1.1K 43 3
                                    

Darius menyingsing baju kemeja miliknya. Fail dibelek. Terasa haus pada kerongkongnya buat Darius meneguk air kopi buatannya. Sesekali kepala itu mengangguk apabila berpuas hati.

" Darius!"

Tanpa ketukan pintu, Suraya masuk ke dalam bilik Darius. Penuh mengada Suraya duduk diatas riba Darius. Darius mendecit halus. Tak suka dengan keberadaan Suraya di dalam pejabat.

" Keluar." halau Darius dengan suara mendatar.

Suraya menggeleng. Suka hati mak bapak dia peluk si Darius. Hampir renyuk kertas yang dipegang Darius ketika ini. Tak suka dengan perbuatan lepas Suraya padanya.

" You, I rindu you. You tak rindu I? Jom teman I makan. Nak?" ajak Suraya mengada.

Terjerit Suraya apabila dia dicempung. Senyum Suraya melebar. Sweet rasa bila Darius cempung dia ni. Tapi tak lama...

" Auch!"

Sakit pinggang Suraya. Begitu saja Darius melempar tubuhnya di atas sofa. Darius kini dah tak duduk di atas kerusi kerjanya. Takut si Suraya menggedik sekali lagi. Suraya ada saja perangai ulat beluncasnya itu.

" Sebelum I hilang sabar, baik you keluar dari bilik I. I malas nak layan you. Blah!" halau Darius tanpa perasaan.

Suraya buat muka. Suraya bangun dari sofa. Suraya mengundur ke belakang apabila tubuhnya mahu dipeluk Suraya sekali lagi.

" Kenapa you susah sangat nak faham I? you tahu I sayang you bukan?"

" And you tahu I tak suka you bukan?" Darius tak pandang si Bella. Malah fail yang dipegang sejak tadi ditatapnya. Fokus Darius baca biarpun Bella menganggunya.

" Tapi..."

Bunyi nada dering telefon buat Darius laju mencapai telefon pintarnya. Tertera nama Bella dan laju Darius angkat panggilan.

" Tsk... Tsk... Tsk... Awak..."

" Kau kenapa ni? Asal menangis?" Darius dah tak senang duduk. Failnya disimpan di atas meja.

" Siapa yang call you tu?" soal Suraya ingin tahu.

Hilang esakan Bella mendengar suara perempuan lain. Hancur hatinya. Darius curang dengannya selama ini. Bella pejam seketika mata. Lupa yang Darius bukannya sayangkan dia. Malah Darius hanya jadikan Bella isteri kerana paksaan Bella. Bukan kerana benda lain.

" Maaf ganggu awak berdating. Maafkan saya."

Tut.

" Hey! Bella! Bella!" Darius menyerabutkan kepalanya. Ditatap tajam si Suraya.

Suraya kecut perut. Menggeletar hebat kakinya. Nak jatuh membuatkan Suraya berpaut pada sofa. Mengimbangi tubuhnya.

" Semua ini sebab kau! Kau tahu tak?!" jerkah Darius kuat.

Darius mengambil kotnya di atas kerusi dan disangkut pada lengannya. Ditinggalkan Suraya terkontang-kanting di dalam biliknya itu. Suraya mengetap kuat giginya. Laju langkahnya dihayun ikut sekali Darius. Tak sempat berlari masuk ke dalam lif, lif sudahpun tertutup.

" Kurang ajar!" Suraya mengumam penuh geram.

Darius mendail nombor Bella berkali-kali dan setiap panggilannya itu ditolak begitu saja. Nampak gayanya memang Bella dah merajuk teruk dengannya. Darius meraup kasar mukanya. Tak pernah dia risau begini kerana seorang perempuan. Bella yang pertama.

" Bella angkat. Baik tak payah pakai telefon kalau kau tak angkat macam ni." Darius mengumam sendiri. Geram!

Ting!

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now