Bab 20

924 30 2
                                    

Stella meneguk air keras. Sesekali airmatanya mengalir. Kenangan dia dan Darius terimbas kembali. Layanan lelaki itu padanya. Air jernih itu kian memenuhi pipi Stella. Stella rindukan Darius. Darius tak suka kalau Stella minum arak dan kerana itulah dia tidak minum sejak dulu. Cuma lepas hubungan dia dan Darius teruk, Stella jadi kian liar. Pergi kelab malam dan selalu keluar malam.

Stella dah berlaku kejam dengan keluarga Darius. Tak mungkin Darius akan menerimanya kembali. Darius pun dah nampak tak ada perasaan padanya. Kosong pandangan mata itu apabila bertemu dengan anak matanya. Terimbas kenangan dulu, di mana anak mata itu penuh dengan cinta.

Flashback...

Stella menanti Darius. Bibirnya terkutik senyum manis. Rindu nak jumpa Darius. Walaupun baru beberapa hari tak jumpa lelaki tampan itu.

Dari jauh Darius melambai padanya. Stella buat tak nampak. Sengaja nak bagi Darius merajuk. Tawa kecil terbit dari bibir Stella melihat muncung Darius. Darius sedih bila dia tak layan lelaki itu.

" Sayang..." Darius memeluk erat tubuh Stella.

Stella sembunyi senyum. Menggeliat geli Stella apabila jari Darius bermain di lehernya. Gelak Stella kuat terhambur. Mereka kini ada di depan Pantai. Tempat mereka selalu bertemu bersama. Darius melabuhkan duduk di sebelah Stella. Penuh manja Darius baringkan kepalanya di atas paha Stella. Biarpun bangku yang didudukinya ini sepertinya tak muat dengan badan sasanya. Tetap Darius nak bermanja dengan Stella. Rindu dekat Stella.

" Sayang rindu Dar tak?" soal Darius dengan senyuman menggoda. Siap pakej kenyit mata diberinya.

" Tak. Buat apa rindu Dar. Stel benci Dar." rajuk Stella sengaja. Pura-pura.

" Tak boleh benci. Kalau benci tak boleh kahwin dengan Dar. Tak nak kahwin dengan Dar? Hmm?" Darius mengusap lembut dagu Stella. Muncung panjang lelaki itu kian menampak. Dah lagak itik dah.

" Gelilah!" marah Stella. Manja sekali marah yang disuarakan.

" Dar sayang Stella."

" Stel pun sayang Darius." Stella mencubit manja pipi Darius. Gelak tawa Darius menghiasi suasana pantai itu.

End flashback.

Stella menghempas gelas di atas meja. Ketawa kuat terhambur keluar dari bibirnya. Dah mabuk teruk si Stella ini. Kalau orang tengok pun memang nampak macam orang gila yang sesat dari negara orang. Pandangan Stella nampak kabur seorang lelaki yang mendekat Stella nampak macam Darius. Stella bangun. Merapati Dahlan. Kawan baiknya. Dipeluk erat tubuh Dahlan. Senang hati, Dahlan membalas. Digosok belakang badan Stella.

" You okay?" soal Dahlan risau.

Stella tak pernah mabuk teruk macam ni. Biasanya Stella akan minum sikit saja. Tapi kenapa hari ini banyak sangat diteguknya? Stella tertekan?

Stella menggeleng. Muka Dahlan dimainnya. Semua lelaki yang dia tengok adalah muka Darius. Stella dah larut dalam mabuknya. Kerana itu Allah melarang setiap manusia meneguk air haram itu. Air arak mampu memabukkan manusia sehingga tidak sedar diri. Stella kelihatan ada dalam dunianya sendiri.

Hampir Stella mahu cium Dahlan. Dahlan menolak lembut. Tak akan dia biarkan Stella mabuk begini. Biarpun ini adalah peluang keemasnya untuk mendapatkan Stella. Tak akan dia hitamkan hidup Stella. Dahlan nak Stella cinta dan sayangkannya secara ikhlas. Itu saja.

" Stel..."

Dahlan menarik tangan Stella duduk di atas sebuah kerusi. Stella ketawa dengan airmata. Darius dah geli dengannya. Stella nak cium pun tak bagi.

" Darius... You dah bencikan I ke?" soal Stella sayu.

Dahlan mengeluh kuat. Tempat diambil di sebelah Stella. Stella nampak sedih. Dahlan memeluk bahu Stella. Diusap lembut bahu itu. Perempuan kesayangannya ini selalu tertekan. Kasihan pulak Dahlan melihatnya.

" You tak boleh macam ni Stella. I risaukan you. Kalau you terus mabuk macam ni, hati I boleh sakit. Tolong jangan mabuk macam ni lagi. Okay? Janji dekat I tau." Dahlan melontarkan kata penuh kerisauan.

" I rindukan you, Darius. I sayangkan you. Tapi kenapa you buat semua ini dekat I? You jahat! Kejam! Kenapa you buat I sayangkan you and sekarang you rancang macam-macam untuk keluarga I. Apa niat you sebenarnya? I sayangkan you... Kenapa you buat I macam ni... Darius... Darius..." Teresak-esak Stella menangis.

Dahlan memeluk tubuh Stella. Stella membalas. Tidak berlagu Stella menangis di dalam kelab malam mewah itu. Dahlan memujuk tanpa jemu. Mana nak jemu kalau Stella adalah perempuan yang dia puja selama ini. Stella saja yang jual mahal dengannya. Masih menanti Darius. Katanya, Darius akan terus sayangkan dia. Stella bencikan Darius dan pada masa yang sama Stella sayangkan Darius. Stella bencikan Darius kerana kejadian itu.

Ya,

Kejadian yang hampir meragut segala-gala. Stella nampak kejam dalam setiap balas dendamnya. Tapi sayang, dendam itu bertukar menjadi sayang. Cinta dan keikhlasan Darius membuka hati Stella untuk mencintai lelaki itu. Bagi Dahlan, Darius tak perlu diberi peluang. Biarlah dia yang ambil peluang ini daripada lelaki tidak guna itu.

" Kalau you dah tahu dia jahat. You tak perlu tagih cinta dia. You tahu I sayangkan you sejak dulu. Tapi kenapa you tetap menanti dia? Sedangkan you dah lama tahu jawapan dia still kepada tidak." Dahlan mengusap lembut rambut panjang Stella. Risau hatinya tengok keadaan Stella macam ni. Kalau mabuk biasa tak apa. Ni tak, teruk sangat ni.

Stella ketawa kuat. Airmata keluar dari celah mata Stella. Naik bimbang Dahlan apabila Stella menghayun langkah mahu keluar ke kelab malam. Kalau betul Stella nak balik, Dahlan boleh tumpangkan keretanya.

" You nak balik?"

" I nak balik dengan Darius. I nak Darius. I tak nak sesiapa selain dia." Dahlan menggeleng.

Dipapah tubuh Stella keluar dari kelab. Tepisan Stella tidak dihiraukan. Mengalah, akhirnya Stella biarkan saja setiap perbuatan Dahlan padanya. Dahlan masukkan tubuh Stella di dalam kereta miliknya.

" Darius... Darius... Darius..." Tak lekang bibir itu dari menyebut nama lelaki kesayangannya itu.

Dahlan memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Menderum laju kereta Dahlan keluar dari kawasan kelab malam. Dahlan tahan hati mendengar nama Darius meniti di bibir Stella.

Dahlan memarking kereta masuk ke dalam garaj. Dahlan keluar kereta menuju pintu belah tepi pemandu. Ketawa kecil terbit dari bibir Dahlan apabila Stella telahpun tidur.

Dahlan mencempung tubuh Stella. Kakinya naik tangga menuju ke tingkat atas masuk ke dalam biliknya. Dibaringkan tubuh Stella penuh cermat. Keluhan berat dilepaskan. Dahlan sukakan Stella. Sejak kecil sehingga kini, persahabatan antara dia, Darius dan Stella putus kerana salah faham yang terjadi.

" Stel... I sayangkan you. Boleh tak kalau you bagi I peluang untuk mencintai you? I tahu, you terlalu sayangkan Darius. You nampak Darius je dalam anak mata you. Tapi... I nak jadi pengganti dia." Dahlan mencium bertalu-talu tangan halus Stella.

Dibaringkan tubuhnya disebelah Stella. Dipeluk erat tubuh Stella. Gumam Stella kedengaran perlahan. Dahlan ketap gigi. Sebak dan sedih apabila nama Darius menjadi sebutan Stella. Celah mata Dahlan keluar air jernih. Air mata jantan yang membuktikan dia cintakan Stella.

 

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now