Bab 12

1.2K 38 2
                                    

Bella meliarkan mata ke kira dan ke kanan. Sejak tadi dia mencari kelibatan Darius. Tapi kemunculan tak ada menjelma di depan matanya. Bahkan bayang pun Bella tak jumpa. Bella menggaru kepala yang tidak gatal. Mana Darius?

" Darius..." Bibir Bella mengumam nama Darius. Tak lekang mata itu pandang Darius yang ada di sekitar kolam renang.

Kelihatan Darius sedang enak mengelamun. Sepertinya Darius ada di dalam dunianya sendiri. Tak ada yang lain. Hanya lelaki itu saja. Bella bawa diri merapat. Betul-betul di sebelah Darius. Rasanya kalau Bella tolak Darius, memang dah masuk kolam. Tapi itu bukan kemahuannya, Bella cuma nak tahu apa yang difikir Darius.

" Awak okay?"

Darius diam membisu. Mata itu masih setia menatap pada air jernih dalam kolam renang itu. Bella dapat agak, pasti kolam ini selalu dibersihkan airnya. Kalau tidak, tak adanya bersih sampai warna biru laut. Bersih tanpa sebarang cacat cela dari sampah.

" Kalau awak ada masalah... Ceritalah dekat saya. Saya ada untuk awak. Saya tahu dari dulu lagi awak pendam masalah awak. Kenapa tidak awak luahkan semuanya? Saya yakin, lepas awak luah. Awak akan rasa tenang, setenangnya..." Bella senyum manis. Memberi semangat pada Darius.

Biarpun raut wajah Darius beku saja tapi Bella tahu, Darius menyimpan seribu satu luka yang tak dapat lelaki itu hamburkan dari dulu. Ketika ini, Bella mahu menjadi orang penting untuk Darius. Perempuan yang sentiasa ada untuk Darius.

" I have been with my girlfriend for ten years. I love her and it is the beginning of everything. When you are missing someone, time seems to move slower." Darius meluah dengan suara perlahan. Sedih dan sebak yang tertahan. Luluh apabila dia merindu Papa dan Mamanya yang sudah tiada. Sakit merindui orang yang telah tiada.Yang paling tragis, dia tak ada sesiapa dalam dunia ini. Keluarganya mati kerana dia. Adilkah?

" Awak rindukan siapa?"

" The death of any loved parent is is an incalculable lasting blow. Because no one ever loves you again like that."

Bella telan air liur kasar. Faham dengan kata kiasan yang diberi Darius. Muka Darius nampak lain. Pucat dan penuh dengan rasa sakit. Raut wajah beku itu juga berubah dilandai kesedihan yang begitu mendalam.

" Macam mana keluarga awak boleh mati?"

Darius pejam seketika matanya. Bella perasaan tangan Darius bergetar. Tanpa disuruh, Bella mengenggam erat tangan Darius. Memberi kekuatan pada lelaki itu. Bella senyum apabila tangan besar Darius membalas genggamannya.

" Dulu, aku ada seorang kekasih. Dalam sepuluh tahun aku berhubungan dengan dia. Aku sayang dia. Sangat-sangat. Satu hari, Keluarga aku nak buat kejutan pada aku. Khas untuk hari jadi aku." Darius senyum sikit. Mengingatkan kenangan itu buat Darius gembira. Tak lama, senyum Darius pudar. Terimbas kejadian yang tidak disangka menghilangkan rasa teruja dan gembira dalam diri Darius.

" Aku tak sangka, sekelip mata perempuan yang aku cinta memaksa aku bunuh family aku."

Rahang Darius bergerak-gerak. Teringat dia pegang pistol dan pistol itu bertubi-tubi menembak Papa dan Mamanya. Paling sakit baginya, melihat adik perempuannya dirogol di depan mata dan dia... Dengan terpaksa menembak adiknya sendiri.

" Maksud awak?"

" Stella yang paksa aku pegang pistol. Stella yang ambil tangan aku dan..."

Darius menggeleng. Bayangan setiap pembunuhannya menjelma dalam otak fikirannya. Darius diikat. Darius menembak. Berkali Darius cuba membuang tapi sia-sia. Kejadian itu tak pernah luput dalam ingatannya dan ini juga salah satu sebab Darius mengeraskan hati dari menerima perempuan dalam hidupnya. Darius bencikan perempuan!

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now