Bella mendecit tidak suka. Gaun cantik paras paha yang Darius bagi padanya dipandang jelek. Kalau Bella tak pakai kena marah. Terpaksa Bella anggukan saja. Mahu saja Bella menangis. Bella tak selesa pakai baju macam ni. Terlalu seksi baginya. Apa yang cuba Darius lakukan pun Bella tak tahu.
Bunyi kuakan pintu buat Bella paling kepalanya pandang pintu. Raut wajah beku Darius menjadi santapan Bella.
"Are you ready?"
Bella menggeleng. Nak bersedia macam mana kalau baju yang dipakainya terlalu terdedah. Berdosanya Bella rasa. Bella berura-ura nak masuk kamar mandi.
" Tak payah tukar." tegas Darius tanpa perasaan.
Penuh terpaksa Bella mengangguk. Darius merangkul erat pinggang Bella. Tak ada nafas Bella dengan keadaan rapat mereka berdua. Jujur Bella akui Darius nampak kacak berpakaian kot. Dahi Bella berkerut apabila Darius sepertinya meletak sesuatu pada baju yang dipakainya.
" Rilex, nothing bad happen. Okay?" Darius tersenyum sinis.
" Kau pandai pertahankan diri?"
Biarpun aneh dengan pertanyaan itu, Bella anggukkan saja.
" Sikit."
Darius angguk. Usai menyudahkan kerjanya. Darius membawa Bella turun ke bawah. Bella memboloskan diri ke dalam kereta diikuti Darius. Bella telan air liur kasar. Van di sebelahnya dipandang gerun. Semuanya muka lelaki dalam van itu menakutkan. Tak lupa juga, di sebelah pemandu ada seorang yang sedang menaip lincah pada laptop. Kenapa semua nampak berkumpul ni? Ada apa?
" Done Master!"
Usai mendapat laungan itu, terus Darius masuk ke dalam kereta mewah miliknya. Mini earpiece dipakai pada kedua telinganya. Diikuti setiap konco Darius. Pistol setiap dalam poket. Kalau dah habis peluru pun, konco-konconya ada sebagai back up.
"Do what we plan."
Konco-konco Darius mengangguk. Menderum laju kereta Darius keluar dari banglo mewahnya. Diikuti konco-konconya dibelakang.
"Don't get caught."Bergema suara suara Darius dalam dua van itu.
" Alright Boss."
Perlahan van dipandu. Mengikut apa yang dikatakan Darius. Bella di dalam kereta tercengang. Rasa takut apabila suasana seperti cemas. Apa lagi yang Darius rancang sebenarnya?
" Awak, kita nak pergi mana?"
" Somewhere." jawab Darius sinis.
Bella telan air liur kasar. Tangannya setia meramas baju yang dipakainya. Sungguh Bella tak nafikan yang dia takut dengan keadaan sebegini. Bagai ada sesuatu yang akan terjadi nanti.
Dalam beberapa minit, kereta mewah Darius telahpun sampai di depan Istana besar. Istana milik Raid Blacker. Tersungging senyum sinis di bibir Darius. Ini masanya untuk dia beraksi. Konco-konconya ada beberapa meter darinya. Bersedia andai menerima arahan dari Darius.
Darius keluar dari kereta diikuti Bella. Topeng muka dikeluarkan dan dihulur pada Bella. Bella memakainya. Peroleh debaran apabila Darius memegang elok tepi pinggangnya. Membawa Bella masuk ke dalam Istana mewah itu.
" Excuse me..." Pengawal itu melarang Darius masuk.
Darius mengundur ke belakang beberapa tapak. Tak jadi masuk. Memberi peluang untuk pengawal itu check dirinya terlebih dahulu. Darius senyum sinis. Pengawal itu mengangguk. Nama lelaki ini ada di dalam list sebagai orang besar dalam majlis ini.
YOU ARE READING
The Ruthless Mafia ( IN EDITING)
RomansaBook 20 [ Dαrius & B€llα ] Darius Ryan Amsyar seorang lelaki tak ada perasaan. Semua dibunuhnya andai bermain api dengannya. Disebabkan kejadian hitam itu membuatkan dia berubah seratus peratus menjadi seorang yang kejam. tidak ad...