Bab 22

899 35 2
                                    

Bella dah berkurung lama dalam kamar mandi. Malu nak keluar dengan bathrobe seksi ini. Dah telan air liur banyak kali. Berdebar yang tidak dapat dihilangkan biarpun dah banyak kali Bella beristighfar untuk menenangkan hatinya. Bella malu nak tunjuk tubuhnya pada Darius. Memang Darius pernah nampak tubuhnya dulu. Tapi kini, Bella pakai baju semua dalam bilik air terus. Bella tak ingat nak bawak pakaiannya. Nak bawak macam mana kalau Darius yang dukung dia tadi.

Tok! Tok! Tok!

" Kau mandikan lembu ke sampai ambil masa yang lama? Cepatlah!" gesa Darius penuh geram.

Dah tiga jam dalam bilik air. Darius pulak sejak tadi pakai tuala. Niat nak mandi. Tapi mandinya tak jadi apabila Bella mengambil masa yang lama untuk keluar. Rasanya Bella dah tak nak keluar. Mungkin nak jadikan bilik air sebagai bilik tidurnya untuk malam ini? Masalah betullah si Bella ni.

" Kejap awak." sahut Bella dari dalam kamar mandi.

Darius meraup kasar mukanya. Rokok yang ada di atas meja dicapai dan dibawa bersama ke balkoni. Angin sepoi-sepoi mengena pada setiap permukaan mukanya. Keluhan berat dilepaskan. Pemandangan di depan mata ditatap. Tak ada rumah lain selain rumah Darius. Darius tak sukakan hidup berjiran. Bagi Darius, cukuplah hidup dia sendiri selepas kepergian Mama dan Papanya itu. Darius bawa lidah ke lelangit mulut. Fikir tentang dirinya yang dah tak hisap rokok kerana Bella. Darius nampak Bella tak suka dia hisap rokok. Bella batuk-batuk kerana dia. Tanpa ragu-ragu, Darius buang kotak rokok miliknya.

" Kenapa awak dah tak hisap rokok?" sergah Bella tanpa salam.

Darius tidak terkejut. Malah lelaki itu mengerling sekilas Bella yang ada di sebelahnya ketika ini. Tak dengar pulak pintu tandas dikuak. Mungkin kerana dia mengelamun terlalu lama buat Darius tak peka dengan keadaan sekeliling.

" Saya tanya awak ni, kenapa dah tak hisap rokok?" soal Bella ingin tahu.

Bella gembira melihat kotak rokok itu telah hilang dari pemandangannya. Sungguh rokok buat hidup Bella sengsara. Nak tahu kenapa sengsara?

Yelah, bila Darius hisap rokok, pasti dada Bella sakit. Bau pun dah buat Bella tak mampu bernafas. Apatah lagi kalau Bella yang hisap rokok itu. Bella mati terus agaknya kalau hisap benda alah itu.

" Because of you. You are the reason." perlahan Darius keluarkan kata. Macam tak nak bagi Bella dengar pun ada.

" Apa awak cakap?"

Bella kurang dengar. Darius menjeling tajam si Bella. Sengaja Bella buat tak nak dengar agar dia mengaku akan yang satu itu.

" Sebab kau. Aku tak nak kau batuk lagi. Aku tak nak kau mati awal."

" Tahu pun. Ingat dah tak ingat mati. Kalau tidak saya nak belikan kain kapan. Nak balut awak. Mana tahu awak mati esok sebab hisap rokok." balas Bella pedas.

Darius mendekat. Bella sengih menampakkan barisan giginya yang putih bersinar. Ditolak tubuh Darius yang kini menghimpit tubuh kecilnya. Pasti sakit hati Bella cakap macam tu. Tapi Bella cakap benda betullah. Dalam Al-Quran sendiri mengatakan rokok haram. Tapi sayang, ada jugak yang hisap biarpun haram. Macam couplelah. Tahu haram tetap couple jugak. Benda haram itulah manusia suka. Haih...

" Kau suka aku mati?"

" Tak sebab kalau awak mati, saya tak boleh nak rasa kasih sayang awak. Kasih sayang awak mahal tau." Bella menggoda Darius. Tubuh sasa Darius yang tidak berbaju itu diusap lembut.

Pak!

" Tak payah nak goda aku. Aku tak tergoda." Darius menganggu suasana romantik.

Bella mencebik. Darius ditolak menjauh darinya. Darius ketawa sinis. Bella nampak merajuk. Darius merapati Bella. Darius melanggar bahu Bella.

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now