Bab 8

1.3K 36 0
                                    

Bella mengeliat halus. Gebar ditarik ke atas. Rasa sejuk hingga ke tulang. Dibuka perlahan anak matanya. Bella mengeluh halus. Entah bagaimana lagi perlu dia teruskan hidup. Semuanya dirasakan berantakan sekali. Sukar untuk dia terima setiap perbuatan Darius padanya. Andai Bella bersuara, akankah Darius akan mendengarnya? Rasanya tidak. Haih...

Kriuk... Kriuk...

Bunyi perut berbunyi buat Bella automatik mengusap perutnya. Lapar tapi pada masa yang sama, Bella takut nak turun. Tak nak jumpa si Darius.

" Kalau tak turun, makin lapar aku macam ni." gumam Bella perlahan.

Dengan langkah lemah, Bella bangun membersihkan diri. Dalam beberapa minit, Bella sudah keluar dari bilik air. Terbuntang mata Bella apabila Darius ada di depan matanya. Gigi diketap geram. Darah menyerbu naik ke muka hingga memerah muka Bella jadinya.

" Bella..."

Gulp!

Bella tahan nafas. Darius kini ada di depan matanya. Tangan pula melingkari pada pinggangnya. Keras kejung tubuh Bella. Tak mampu hadam apa yang terjadi ketika ini. Adakah kejadian hitam akan berlaku lagi sekali?

" Sa-saya nak ba-"

Muka Bella bagai buah tomato yang sudah masak ranum. Merah menyala. Begitu malu apabila bibirnya hangat dengan ciuman daripada Darius.

" You're talking too much sweety..."

Bella telan air liur perlahan. Berdetak hebat jantungnya dengan jarak intim antara dia dan Darius. Dada Darius ditolak agar menjauh. Apa yang Darius cuba lakukan ni?

" Sa...kit..." Bella merengek tanpa sedar.

Sakit lehernya dikerjakan Darius. Hampir menitis airmata Bella. Bella tahan sebaik mungkin. Senyum Darius sinis sekali. Bagai mengejek akan kelemahan dia.

" Ikut aku."

Tanpa isyarat, pinggang Bella dirangkul hingga ke tingkat bawah ke ruang dapur. Bella mengikut tanpa membantah. Kerusi ditarik. Tak sempat Bella nak tarik kerusi disebelah, Darius sudahpun menarik tangannya supaya duduk diatas paha lelaki itu.

" Lapar?"

Bella angguk. Mengiyakan pertanyaan itu. Nasi yang ada di depan matanya ditatap saja tanpa niat untuk makan. Tak berkelip Bella tengok semua konco Darius. Cekap membuat kerja. Menghantar makanan tepat mengikut rancangan Darius.

" Makan."

" Saya tak lapar."

" Perut dah berbunyi pun masih nak nafikan lagi?" sinis Darius menyoal.

Bella teguk air liur kasar. Kalau dengan Darius memang tak dapat dia tipu. Darius tahu tentang dirinya. Entah bagaimana lelaki itu dapat mengetahui semua benda tentangnya.

" Kenapa awak berlaku baik dengan saya?"

Darius menggeleng. Rancangan tak pernah luput dalam ingatannya untuk perempuan bernama Bella. Darius suka menyeksa Bella. Baginya Bella umpama piala yang dia dapat menangi andai Bella menangis.

" Awak tak jawab lagi soalan saya."

" Tak perlu."

Bella menghembus nafas berat. Darius tak suka bercakap sangat dengannya. Adakah kerana lelaki ini bencikannya? Andai benci, kenapa? Kenapa bencikan Bella yang tak tahu apa-apa?

" Awak bencikan saya?"

Terhenti tingkah Darius dari mengunyah makanan. Dikerling sekilas Bella sebelum keluhan berat dilepaskan lelaki itu.

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now