Bab 5

1.8K 43 3
                                    

Bella mengeluh halus. Tak tahu sama ada perlu dia menangis atau buat apa. Cincin yang ada di jari ditatap. Tak sangka dia dan Darius dah kahwin. Bella tak nak terima perkahwinan ini. Bella dah merayu dan Bella dah buat macam-macam agar lelaki itu batalkan perkahwinan ini tapi Darius bukan? Kalau dia nak, dia akan dapatkan.

" Termenung apa? Masa depan?" Suara Darius memecahkan lamunan Bella.

Bella panggung kepala pandang Darius. Muka lelaki itu beku tanpa perasaan. Kacak itu ada tapi tak mampu memberi rasa gembira pada Bella akan perkahwinan ini. Kalau orang lain, mungkin akan gembira dapat berkahwin dengan lelaki kacak tapi bukan Bella.

" Boleh awak ceraikan saya?"

Buk!

Kan dah kena lempar bantal. Bella menjeling geram sang suami. Sesedap rasa nak main lempar-lempar bantal. Kalau kena badan tak apa. Ni tepat kena muka. Sakit tau!

" Kau yang nak aku kahwin dengan kau, sekarang nak cerai balik? Kau ni ada otak ke tak?"

" Otak saya ada dekat punggung." Bella berkata geram.

Darius senyum senget.

" Meh aku check."

Bella bangun mendadak. Bulat mata Bella apabila jarak Darius dengannya makin dekat. Terjadilah acara kejar mengejar antara suami isteri di dalam bilik itu. Apabila kepenatan, Bella berhenti berjalan. Dibaringkan tubuh di atas katil. Bella angkat tangan. Mengaku kalah yang stamina dia memang kurang.

" Aku nak tunjuk something dekat kau." Bella angkat kening.

Tak sempat buat apa-apa, tubuhnya ditarik agar mengikut langkah si Darius. Bella mengikut tanpa bantahan. Baju masih tidak ditukarnya. Sama jugak dengan Darius. Konco-konco Darius automatik tunduk hormat apabila sang ketua melalui setiap pintu. Bella telan air liur kasar. Banyaknya bilik. Malu pulak jadinya Bella bila mereka main tunduk-tunduk ni. Bella turut sama tunduk hormat.

" Behave Bella." Darius peluk leher Bella erat. Tak bagi Bella buat hal. Ada ke patut buat hal yang sama macam konco-konconya?

" Betullah. Diorang tunduk hormat. Saya pun kena buat sekali." polos Bella berkata.

Darius menggeleng. Anak buahnya hampir ketawa. Nasib baik Darius sempat cover line. Buat isyarat mata, diam terus meraka. Bella ni buat malulah!

Dahi Bella berkerut apabila Darius bawanya ke bilik bawah tanah.

" Kita nak buat apa dekat sini?"

Darius muncung mulut pada seseorang yang duduk di atas kerusi. Terbuntang mata Bella melihat keadaan kaki dan tangan Adam diikat pada kerusi. Muka Adam penuh dengan lebam.

" A-adam..."

Mendekat, tak semena tubuhnya ditarik rapat dengan Darius. Bella panggung kepala pandang sang suami dengan airmata penuh di pipi.

" Jangan buat Adam macam tu awak. Adam tak bersalah. Saya yang bersalah." rayu Bella dengan airmata yang kian memenuhi setiap pelusuk pipinya.

Darius senyum senget. Pistol diacu pada Adam. Menggeletar Bella melihat akan kelakuan Darius. Jangan cakap Darius nak bunuh Adam. Bella mengapai tangan ke atas. Cuba mendapatkan pistol.

" Jangan bunuh Adam. Adam tak salah. Please awak..." rayu Bella lagi. Tapi sayang...

Bang!

Bang!

Terkulai layu begitu saja tubuh Adam bila ditembak Darius. Bella hilang kata. Tubuhnya hampir jatuh. Melurut ke bawah lantai. Bella menangis. Menangis kerana dia penyebab kematian Adam. Kalau Adam tak selamatkan dia. Adam takkan dibunuh.

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now