Bab 19

831 30 1
                                    

Stella mengamuk. Semua barang yang ada di dalam biliknya dihempas begitu saja. Rambutnya diserabutkan. Video yang dihantar Darius menaikkan kemarahannya. Adiknya hampir dirogol oleh konco Darius. Teganya lelaki itu membalas dendam sampai begini sekali. Papa dan Mamanya masuk ke dalam hospital untuk dirawat. Disebabkan Darius Papanya sakit jantung.

" You main api dengan I... You memang mencabar kesabaran I. Tunggu... I akan pastikan you mati di tangan I. You tunggulah!" jerit Stella kuat.

Bunyi nada dering telefon berbunyi buat Stella laju mengangkat. Stella dah tahu siapa yang akan hubunginya. Kerana itu Stella tak takut untuk hambur terus kemarahannya pada si Darius.

" Hey you! Jantan tak guna! Jangan ganggu family I. Apa lagi yang you tak puas hati dengan family I? You memang tak takut mati kan?!" hambur Stella penuh kemarahan.

Darius ketawa sinis. Paling suka Darius melihat Stella dalam keadaan marah. Stella menghiburkan hati Darius dalam diam. Itu baru sikit Darius membalas setiap perbuatan Stella. Belum sepenuhnya lagi. Agaknya kalau Darius matikan terus keluarga Stella. Apakah reaksi Stella ya?

Feel what i felt before...

Darius ketawa kecil. Sinis sekali tawanya itu.

" Stella..." Bagai mengejek suara itu padanya.

Stella mengenggam erat telefonnya. Kalau ikut hati yang membara. Dah lama telefon ini dicampak pada dinding. Stella tak puas hati lagi nak bercakap dengan Darius. Mahu tahu apa sebab utama lelaki itu menganggu keluarganya. Kalau sebab dendam, buatlah dekat Stella aje. Jangan ganggu keluarganya!

" You dengar sini, you jangan berani kacau keluarga I lagi. Jangan sampai... Mayat isteri kesayangan you mati di tangan I." ugut Stella dengan muka tegang.

Darius angkat kedua keningnya. Tak kesah pun dengan ugutan Stella. Kalau Stella nak ganggu Bella, langkah mayatnya dulu. Ingat Darius bodoh?

Darius takkan bagi Bella sentuh Stella walaupun seinci. Kalau berani, dipancung terus kepala si Stella itu.

" You're playing my game now. Either i will find a way or i will make one. if you touch my wife..." Darius senyum senget.

" You are dead." bisik Darius di celah gigi.

Stella mengempal kuat penumbuknya. Talian dimatikan tanpa sempat dia habiskan kata walaupun sepatah. Stella berang. Dilempar telefon pintarnya di atas tilam katilnya. Semua barang yang ada di dalam biliknya dipecahkan dan dihumban ke bawah lantai.

" Argh!!! Jantan tak guna! Kau tunggu Darius! Kau tunggu!!!" Stella mengamuk penuh dengan amarahnya.

Hani di sebalik pintu menggeleng. Kalau dia kacau Stella, besar kemungkinan barang akan tercampak padanya. Baik bagi Stella tenang dahulu. Bunyi kuakan pintu buat Hani terkejut. Stella menjeling tajam kawan baiknya itu. Stella hayun kaki menuruni tangga. Lagi baik kalau dia pergi ke kelab malam. Stella pun sekarang serabut sangat. Rasa nak bunuh diri pun ada.

" Kau nak pergi mana Stel?"

" Club."

Stella memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Stella memandu laju untuk ke kelab malam. Tak sampai separuh jalan, kereta Stella rosak. Stella menghempas tangannya pada stereng.

" Menyusahkan!" amuk Stella dengan linangan airmata.

Stella takut dengan semua rancangan Darius. Boleh jadi Darius akan bunuh dia dalam masa terdekat ini. Stella tahu Darius mahukan keadilan atas setiap perbuatannya dulu.

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now